Demi Masa.


~ Hello ~

and

Salamun A’laikum to those have ‘faith’ ( i.e Mukminin ) – QS 06 : 54

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Marilah ! Janganlah kita bermalas-malasan. Jika kita bermalas-malasan, kita akan ketinggalan dalam melakukan perbuatan2 yang baik, amalan2 soleh, atau dalam bahasa Inggeris : ‘ good deeds ‘. Sesungguhnya, sudah tentu setiap perbuatan yang baik itu ada ganjaran pahalanya daripada Tuhan yang Maha Memberi ( al-Wahhab ) subahanahu wa ta’ala.

Jikalau suka  bermalas-malasan, pasti kita akan kekurangan dan terlepas dalam melakukan perbuatan baik dan amalan soleh. Justeru itu, kita akan rugi dalam mengumpul pahala, seperti yang kita tahu, ia merupakan bekalan kita semasa Hari Kebangkitan Manusia selepas setiap insan itu menikmati MAUT ( al-yaumul Qiyamah i.e The Day of Resurrection ).

Sungguh, Allah subhanahu wa ta’ala sudah pun mengingati kita  :

Maka sesiapa yang berat timbangannya ( i.e pahala ) ,( manakala ringan timbangan dosanya). Maka dia di dalam kehidupan yang di redhai ( i.e syurga Allah subhanahu wa ta’ala ). Dan sesiapa yang ringan timbangannya ( i.e pahala ), ( manakala berat timbangan dosanya ). Maka tempat kembalinya adalah ( neraka ) Hawiyyah. Dan tahukah kamu apakah ( neraka ) Hawiyyah itu ? ( Neraka Hawiyyah itu adalah ) Api yang sangat panas. ” ( Quran al-Karim. Surah al-Qaria’h. i.e Tajuk ke 101 : ayat 6-11 )

Tahukah kamu bahwa masa adalah SALAH SATU daripada ciptaan2 Allah a’zza wa jalla ? [ NOTE : Don’t be annoyed with this question, I know you knew it already ! In case to remind you, thank you . ]

Fikirkanlah ! Bumi  berputar di atas paksinya, manakala bulan merupakan satelit semula jadi bumi juga berputar di atas paksinya, berputar mengelilingi bumi pada orbitnya. Begitu juga bumi mengililingi matahari pada orbitnya. Lengkapnya fasa-fasa bulan daripada anak bulan ke satu lagi anak bulan melahirkan ‘Lunar Calender‘ yang digunakan dalam Kalender Tahun Hijrah. Sebaliknya, lengkap satu putaran bumi mengelilingi matahari melahirkan ‘Solar Calender‘ di mana ia digunakan dalam Kalender Tahun Masihi.

Setiap kedudukan matahari di atas kepala kita, daripada terbitnya ia dari timur dan terbenamnya ia dari barat menjadi ilham manusia kepada ukuran masa bagi saat,minit dan jam di mana lengkapnya 24 jam menandakan 1 hari telah berlalu.

Terbit dan terbenamnya matahari itu menjadikan 1 hari itu terbahagi kepada 2 iaitu siang ( day ) dan malam ( night ).

Nah ! Apakah kita tertinggal melakukan perbuatan dan amalan yang mendatangkan keuntungan dunia dan akhirat kerana bermalas-malasan dengan sengaja ?

Oh wahai generasi anak Adam, tahukah kamu bahawa kamu sudah rugi setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun ? Apakah tiada peringatan datang kepadamu ? Ataupun kita sengaja mengabaikan peringatan2 Allah subhanahu wa taa’la ?

Demi masa. ( Manusia kira bahawa dia tahu hal ehwal mengenai masa, penyusunan dan ketetapan masa, walhal Maha Suci Allah subhanahu wa taa’la, Dia yang menciptakan masa, maka Dia yang maha mengetahui berbanding  manusia. ) Sesungguhnya al-Insan ( manusia ) dalam kerugian ( iaini SEMUA jatuh ke dalam neraka ). KECUALI ( orang-orang ) yang beriman ( believers ) serta beramal soleh serta saling berwasiat ( menasihati,berpesan ) dengan al-Haq ( kebenaran ) serta saling berwasiat dengan sabar.” ( Quran al-Karim. Surah al-A’sr. i.e Tajuk ke 103 : Ayat 1-3 )

Apakah tidak jelas lagi ? Atau kita tahu tetapi tidak memahaminya ? Atau kita tahu, sudah cukup faham tetapi tidak melaksanakannya ? Cuba kita beralih kepada soalan yang penting ini : Apakah yang dimaksudkan dengan Iman ? Sudah tentu kita akan menjawab berdasarkan jawapan skema iaitu : ” membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan melakukannya dengan perbuatan. ” Tidak kah kita terperangkap dengan jawapan kita tadi dan tertanya2 adakah kita ini tergolong dalam orang beriman mengikut difinisi tersebut ?

Baiklah. Saya menasihati diri saya dan diri anda. Berhati-hatilah ! Bertaqwa lah ( takut akan Allah subhanahu wa taa’la ) ! Mengapa kita amat perlu berhati-hati ?

1. Saban waktu berselisih ganti. Saat demi saat. Jam demi jam. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Sungguh anak Adam itu menghampiri Maut ( i.e mati ) sebenarnya. Adakah kotak pemikiran kita hanya menyatakan umur sahaja bertambah dan kita semakin tua ? Apabila ‘muda’ itu semakin jauh dan menghampiri ‘tua’, hakikatnya, yang semakin hampir itu adalah MATI ( al-Maut ) dan HARI AKHIRAT ( al-yaumul akhirah ).

2. Janganlah meletakkan ‘azam‘ itu hanya pada setiap tahun baru menjelang. Sungguh membina individu agar menjadi lebih baik itu haruslah berlaku setiap masa. Hari ini kita silap, sudah semestinya kita harus berubah, berazam agar kesilapan tidak akan berulang pada esok harinya. Pemikiran ini ( mind set ) sepatutnya perlu disebatikan dalam pemikiran lebih2 lagi kepada orang-orang yang menjadikan satu tradisi di mana setiap tahun baru perlu dengan azam baru. Malah ada juga yang mengatakan azam tahun lepas masih tidak berjalan, kerana sikap tidak berubah dan berada di takuk yang lama. Apakah perubahan itu perlu pada setiap tahun baru atau pada setiap ketika ? Maka fikirkanlah wahai manusia yang diprogram mindanya ! ( termasuk saya )

3. Orang kata : ” Masa itu emas “. Ya, kita setuju, adapun orang mengatakan : ” Time is money “. Ya, betul juga. Tetapi, tiada kata-kata yang lebih baik melainkan Kalam Allah subhanahu wa taa’la (al-Quran al-Karim) dan kata-kata Muhammad Rasulullah salallahu a’laihi wa salam.

Daripada Ibnu Umar radiallahu a’nhuma katanya : ” Rasulullah salallahu a’laihi wa salam memegang bahuku lalu Baginda bersabda : ” Hendaklah kamu berada dalam dunia seolah-olah kamu berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan ( mengembara ). ” Dan Ibnu U’mar radiallahu a’nhuma berkata : ” Jika kamu berada di waktu petang, maka janganlah kamu menunggu pagi; dan apabila kamu berada di waktu pagi, maka janganlah kamu menunggu petang. Dan gunalah sihat kamu bagi masa sakit kamu; dan dari hidup kamu bagi masa mati kamu. ” ” ( Riwayat al-Bukhari; Hadith ke 40 dalam kitab Hadith 40 karya Imam an-Nawawi ).

4. Berhati-hatilah dengan NIAT kita ? Kenapa ? Kerana, bukan setakat perbuatan baik dan amalan soleh itu hendaklah TEPAT dan BETUL, niat individu itu juga menjadi pokok perhitungan ganjaran pahala daripada Allah subhanahu wa taa’la,

Daripada Umar bin al-khattab radiallahu a’nhu katanya : ” Aku dengar Rasulullah salallahu a’laihi wa salam bersabda : ” Setiap amalan itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya; Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang akan dia memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya; Maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. ” ” ( Muttafaqun a’laihi – dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim; Hadith no.1 dalam Kitab Hadith 40 dan Kitab Riyadush Solihin karya Imam an-Nawawi. )

Pengajaran dan komentar hadith ini senang sahaja untuk di fahami :

  • Setiap amal dan perbuatan itu sudah semestinya dengan niat.
  • Rasulullah salallahu a’laihi wa salam melafazkan hadith ini semasa peristiwa hijrah dari Makkah ke YathribMadinah ), maka situasi itu menjadi satu contoh apa yang di maksudkan Nabi salallahu a’laihi wa salam mengenai NIAT, iaitu seperti berikut :
  1. Ada orang berhijrah dengan niat kerana Allah dan RasulNya. Maka perbuatan hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya. ( Terbaik )
  2. Ada seorang hamba Allah berhijrah dengan niat hendak mengekori seorang wanita yang berhijrah ke Yathrib kerana suka dan teringin mengahwini wanita itu. Maka perbuatan hijrah itu sudah tentu dapat dengan kadar apa yang di niatkannya itu.
  • Dan ingatlah ! NIAT dan LAFAZ adalah 2 perkara yang berbeza. Niat di HATI dan Lafaz di LIDAH atau MULUT.

______________________________

Kesimpulannya :

  • 1. Isilah masa sebanyak-banyaknya dengan perkara yang menguntungkan diri sendiri di dunia dan di akhirat. Itulah yang terbaik.
  • 2. Sebagai contoh, dari perkara yang kecil iaitu, ketika berbual-bual dengan rakan-rakan, berkata-kata dengan perkataan yang baik itu lebih baik daripada berkata-kata kesat ( yang selalu menjadi penyedap perbualan orang masa kini- yare yare~ *sigh* ) ; kepada perkara yang besar iaitu, kerapkanlah diri meyemak al-Quran : tilawah dan memahami terjemahannya serta ber-tadabbur ;  dan sebagainya.
  • 3. Janganlah menunggu masa yang lapang baru teringat mengenai penggunaan masa yang betul.
  • 4. Surah al-A’sr itu sendiri sudah menunjukkan jalan penyelesaian untuk menghindarkan diri daripada kerugian.
  • 5. Dan tidak lupa juga JANGAN BERMALAS-MALASAN !
  • 6. Allahu taa’la a’lam, kemungkinan ada nasihat-nasihat yang lain boleh dimanfaati bagi menggunakan masa lebih efektif disamping beribadah dalam mendapat ganjaran pahala dan redha Allah subhanahu wa taa’la.

[ credit to Hadi Pahmi, MAI, Moscow, Russian Federation ]

______________________________

Allahu taa’la a’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

___________________________


6 thoughts on “Demi Masa.

  1. Assalamu’alaikum akh raimi yg nun jauh di kota Moscow..
    syukron atas peringatan yg dikongsikan ini..indeed,it refreshes our mind’s faith towards this creati0n of time…during this tiny time left (or even ‘no’ time anymore), hopefully kita boleh menjadi muslimin yg unggul dan memahami pengertian hadiah ‘masa’ drp Allah ta’ala… meskipun kadang-kala kita sering terleka dgn rahmat ini, tapi insyaAllah dgn saling memanfaatkan nilai ukhuwwah yg terbentuk dan kita saling mengingatkan satu dgn yg lain.. barakallah. Ukhuwwah fillah abadan abada! ~ nun jauh dari kota selatan, Volgograd ^_-

    • waa’laikumussalam akhi, Dr.Ramdan di Volgovrad…..

      Jangan lupa ya…..

      Salah 1 daripada 10 Muwossafat tharbiyyah adalah : ” Menjaga masa “, ya ~

      Ukhwah fillah ~ 🙂
      -Doc.Raimi-

  2. Artikel yang menarik, terima kasih atas peringatan ini, dan saya setuju dengan ‘azam’ yg awak cakap tu.Mulakan hari dengan niat dah kira macam azam juga kan?

    Saya pernah dengar yang hidup ni umpama waktu diantara solat maghrib dan isyak, atau antara azan dan iqomah..jap, mana satu yang tepat?

    Kalau orang cakap kehidupan ni pendek, awak setuju?Personal opinion please.

    😉 Thanx.

    • salam….

      Ya, sangat setuju, meskipun ramai yang salah konsep mengenai niat.Sebenarnya, setiap perbuatan y dilakukan, of course dgn ‘azam’ dari dirinya ( niat ). Maka perbuatan y ingin dilakukan itu di katakan semasa dia dalam waras/sedar/conscious/tahu apa y dia lakukan.

      saya tidak pernah dgr kedua-dua statement perumpamaan hidup tersebut.Minta maaf.

      Kalau orang ckp kehidupan ni pendek.Yes,I agree. Apa lagi yang perlu diragukan.Setiap hari kita membaca,memahami al-Quran itu,menjadikan satu peringatan kepada kita. Apakah nilai kehidupan di dunia ini,dan betapa sedarnya orang yang beriman mengenai kehidupan selepas mati/Hari Kebangkitan/al-Yaumul Qiyamah itu.

      Senang cerita,kehidupan y kekal abadi/immortal bila? Kalau ikut keterangan daripada al-Quran? Of course, hari qiyamah kan? 🙂 Maka sudah tentu hidup ini akan merasai mati,meskipun dia berumur 200 tahun, itu juga di anggap ‘pendek’. Just my opinion. huhu…

    • Thank you rainbow11….

      I put direct link at the photo to your page in flickr…

      I really like your photo so much..

      thanks again

Leave a comment