Peluang Mendapat Ganjaran yang Banyak~

~Hello~

and

Salamun A’laikum to those with ‘Faith’ ( i.e Mukminin ). QS 06:54

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

1. Cuba kita lihat2 dan renungkan sebentar. Pernah dengar tak orang cakap atau diberitahu, bahawa “sebagai seorang beragama Islam ni, kita hendaklah beribadah kepada Allah tak kira masa, di mana2 saja kite berada dan tentunya itu merpakan salah satu tujuan hidup kita.”

2. Tidak kisah la mcm mana bunyinya kata2 tersebut, namun point y ingin dilontarkan itu sememangnya utk mengingatkan kita bahawa :

  • a. Kita ni Muslim ( org y beragama Islam ).
  • b. Dihidupkan dgn ( antaranya ) tujuan, utk beribadah.
  • c. Kepada Allah subhanahu wa taa’la.
  • d. Pada waktu tertentu saja ke? TIDAK, bila2 masa & di mana2 jua.

3. Mesti kita teringat kan, ye la sejak kita di bangku sekolah dulu2 ( atau masih bersekolah ), yang kita sering kali di ulang-ulangi di ajar, termasuk adanya PAFA, dan semestinya terdapat dalam sillibus buku teks sekolah dlm subjek pendidikan Islam TENTANG Rukun Islam.

4. Alhamdulillah, semua org tahu. Kalau di tanya, mungkin dgn satu nafas saja sudah boleh senaraikan kelima-lima rukun tersebut. Bahkan kita tahu yang terkandung dalam rukun itu adalah berbentuk ibadah. Maka, seorang Muslimwajib la melaksankakannya.

5. Berbalik kepada no.1 dan no.2, apa y diseru agar “. . beribadah pada bila2 masa & d mana2 saja. . “.

Jikalau kita ‘membelek2’ kembali pengetahuan mengenai ibadah y kita lakukan berdasarkan rukun Islam itu,

  • a. Ucap 2 kalimah syahadah. “Yes! Ada~ waktu solat ada sebut!”
  • b. Solat. “Yes! Buat~ 5 kali. . Time Subuh pukul 5.50 pagi, Zohor 1.15 ptg, Asar 4.40 ptg, Maghrib 7.10 mlm dan Isyak kol 8.30 mlm.” ( sebagai contoh waktu2nya tu ).
  • c. Puasa.” Yes! Buat~ Time Ramadhan~ Penuh plak tuh~ (>.<)”
  • d. Zakat. Hum….”saya kecik lagi/masih dlm tanggungan org tua, jd mereka selesaikan utk saya~” / “Ye ada …ada…ada buat! Zakat fitrah tiap2 tahun. Lagipun duit gaji ada potong utk zakat , huhu^^”
  • e. Haji bagi yang mampu. “Saya masih belum mampu lagi” / “Dah daftar kat abung Haji, ikut turn nanti,dia panggil la.”

6. Yes, ibdah2 di atas adalah ibadah khususiah dimana memang wajib di dilakukan. Namun, perasan tak kita ibadah2 itu mempunyai waktu tertentu yang ditetapkan? Dengan erti kata lain tidak lah pada setiap saat,minit dan jam.

7. Kalau kita dengar balik seruan agar ‘beribadah la pada setiap masa’,adakah kita fahami apa y diserukan itu? ^^Sudah tentulah dia mengajak kita agar kita mempraktikkan ibadah kita pada setiap saat,minit dan jam~ Bukan setakat 5 yang diatas sahaja.

8. Eh~ Begitu ka? Yep! Sebenarnya konsep yang hendak dibawa ialah, “Perhambakanlah diri kita ni kepada Allah subhanahu wa taa’la~” . Perkataan : ‘Ibadah‘, terdpt nya perkataan ‘A’bd‘ ( A’in + Ba + Dal ) membawa maksud ‘hamba’ dlm bhs Malaysia. Jadi Seorang Muslim = Seorang Hamba Allah.

9. Hamba manusia : sentiasa ingat + patuh apa tuan dia suruh. Kemudian kenalah ‘alert‘ setiap masa kalau ada apa2 tuan dia suruh ka nanti. Pemikiran dia pasti akan diselitkan dengan ‘memikirkan mengenai tuannya‘ + dlm masa y sama tgh buat kerja + riadah sket + sbgnya. .

10. Kita, hamba manusia? Boleh jadi. . . *hati2. . perbuatan kita ni boleh hamba kepada sesiapa* . Tolak tepi benda tu.Kita = Hamba Allah. Jadi perhambaan itu mestilah diselitkan dengan mengingati Tuhan dalam setiap masa dalam setiap perbuatan di mana saja kita berada. Dengan kata lain : “Bukankah satu perhambaan itu kita patuh ; tunduk apa yang disuruh, tinggalkan apa y dilarang dan sentiasa ingat akanNya~!?”

11. Macm mana nak buat? Alhamdulillah, bukan kah kita telah dibekalkan al-Quran dan as-Sunnah? Kembalilah kepada kedua2 sumber tersebut.

12. Moga2 ibadah2 kita y dilakukan itu diterima + diredhai + dirahmati + diberi ganjaran pahala daripadaNya.

Sebagai contoh untuk faham :

13. Daripada perkara2 yang sekecil2nya yang dianggap remeh kepada perkara2 y sebesarnya seperti kelima-lima rukun Islam itu adalah satu bentuk perhambaan kita kepada Allah (Ibadah).

14. [Surah al-Baqarah(2):168] (maksudnya)

“Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah ikut langkah2 syaitan. Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

**langkah2 syaitan : makan benda2 haram,membazir,kotor,dan sebagainya.

15. [Surah al-Baqarah(2):195] (maksudnya)

“. . .dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri . . .”

**pengajaran : Tak payah la mencari penyakit, sbg contoh sengaja nak menghisap rokok meskipun tahu merokok adalah faktor risiko kepada penyakit sistem pernafasan & kanser/barah. Tak payah la cari masalah, sbg contoh mengumpat perihal kawan sendiri padahal jikalau dia tahu kamu mengumpat mengenainya bakal menimbulkan ketegangan dlm persahabatan,bermusuhan dan sebagainya~

16. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim] (maksudnya)

“Iman itu lebih daripada 70 atau lebih daripada 60 cabang, yang paling afdhal adalah kalimah “Laa ilaha ill Allahdan yang paling rendah ialahmembuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang daripada iman.”

17. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim] (maksudnya)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata akan yang baik atau hendaklah dia diam. Dan barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

18. Terlalu banyak utk disenaraikan perkara2 y di suruh, di tuntut, di larang dan sebagainya bagi ruang yang terhad ini. Nah! Perkara2 diatas itu jika dilaksanakan adalah bentuk satu perhambaan kita kepada yang Maha Esa, A’zza wa Jalla.

  • a. Kita pergi pasar borong, kita pilih bahan2 masakan y baik2 lagi halal. Kita makan daripadanya. Bukankah kita menepati ketaatan kepadaNya bermakna kita memperhambakan diri kepadaNya. Moga2 kita diredhai,dirahmati dan ada pahala disitu,serta makanan itu diberkati dengan izinNya.
  • b. Kita kuat sangat bercakap. Kadang2 ‘excited’ sangat bercakap habis semua penyedap2 percakapan seperti : B** i, S**l, ^&/*@! dan sebagainya, terlepas drpd percakapan. Dalam keadaan begini diam lah, berfikirlah. Cakaplah baik2. Moga2 disitu ada ganjaran daripadaNya dengan izinNya.

19. Saya nak cadangkan satu buku,sesuai untuk kita memahami diri kita ini yang bergelar muslim. Klik : [Apa Ertinya Saya Menganut Islam daripada Sheikh Dr. Fathi Yakan].

_________________________________

Allahu Taa’la A’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

________________________________


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s