Pentingnya Kesihatan Diri + Hari AIDS Sedunia 2010.

| Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |
Bahagian : I | II | III | IV | V

~Hello~

and

Salamun A’laikum to those with ‘faith‘ ( ie. Mukminin ). QS 06:54.

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

1. Allah subhanahu wa taa’la berfirman (bermaksud) :

  • [Surah al-Baqarah(2):195]

“. . .dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri . . .”

  • [Surah an-Nisa(4):029]

“. . .dan janganlah kamu membunuh dirimu . . .”

2. Kedua2 firman Allah subhanahu wa taa’la di atas merupakan kata2 y jelas kepada manusia amnya dan kepada Muslimin khususnya; dgn menghuraikan menggunakan bahasa penulis sendiri :

  • Janganlah pandai2 sengaja mencari penyakit atau masalah yang berpunca daripada perbuatan diri sendiri.
  • Janganlah bunuh diri!

3. Jikalau pihak kementerian tertentu atau menteri tertentu dalam negara Malaysia sbg contoh menyampaikan sesuatu mesej yang penting kepada rakyat yang membawa kepentingan bersama 2 hala, kadang2 kita mungkin tidak ambil kisah, atau tidak sampai mesej tersebut kpd kita, mungkin kerana sengaja tidak ambil tahu (ignorance), mungkin juga tahu tetapi sekadar tahu sahaja (another ‘type’ of ignorance. .hahaha^^!).

4. Namun begitu, sejauh manakah kita terutamanya y bergelar Muslim dalam menilai dan mengambil keseriusan terhadap mesej y disampaikan oleh Tuhan kita, Azza wa Jalla kepada kita, hambaNya?

5. Mesej y mudah difahami dan bersifat terus-terang, barangkali tidak perlu tafsir y khusus bg ayat2 tersebut utk menyampaikan maksud sebenar apa y disampaikan. BAHKAN seperti no.2 di atas.

6. Daripada mesej Allah subhanahu wa taa’la tersebut, penulis terasa ingin berkongsi untuk sekadar membuka minda, dan mari kita berfikir sama2, moga2 ada manfaatnya.

7. Drpd ayat2 tersebut, penulis terasa sangat ingin menekan perkaitan y sangat universal kepada jatuhnya seseorang kepada kebinasaan pd diri dan terbunuhnya diri iaitu kesihatan individu.

8. Pernah penulis mendengar drpd seorg y tinggi ilmunya telah berkata : “Saya ada darah tinggi,doktor suruh saya kurangkan makan ‘ini’ dan ‘itu’,tapi setakat berberapa hari sahaja saya dapat bertahan,jadi saya terus makan apa y dia(doktor) tak bagi, saya peduli apa, Tuhan sudah mentakdirkan saya mendapat penyakit. .

9. Sungguh Allah subhanahu wa taa’la Maha Berkuasa dalam mentaqdirkan sesuatu pd setiap hamba2Nya. Penulis sbg pengamal perubatan, menilai org itu dgn tinggi kiraan Body Mass Index’/BMI nya dikaitkan dgn tekanan darah y tinggi boleh dikatakan agak relevan. Mengapa begini? Tanyalah dia~, mengapa suka meninggikan nilai BMI y boleh diertikan sebagai seorg y obesiti. Doktor hanya mencadangkan utk kbaikannya dlm mengelak drpd ‘terbunuhnya diri’ akibat drpd tekanan darah tinggi dan kesan2 mendatang, meskipun kita tahu Allah subhanahu wa taa’la Maha Mengetahui bila ajalnya anak adam itu, kita hanya menduga dan menyerah kepadaNya.

10. Marilah kita berbalik kepada ayat2 Allah subhanahu wa taa’la di no.1, YA! Meskipun kita amat2lah mengimani bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa terhdp setiap makhlukNya, namun drpdNya juga, bukankah Dia memerintahkan kita agar MENCEGAH diri daripada merosakkan diri sehingga terbunuhnya diri~!?

11. Ya, ini yang penulis ingin sampaikan. Taatilah Allah subhanahu wa taa’la dengan mencegah diri darpd kebinasaan dan terbunuhnya diri (dgn kata lain, kita mengikuti perintahnya!). Dan penulis ingin menfokuskan pencegahan tersebut drpd sudut kesihatan.

12. Sepatutnya, seorg Muslim itu faham dan perihatin perihal kesihatan meskipun dia bukanlah pengamal perubatan dll. Namun, ini adalah satu ‘common knowledge‘ yang perlu tahu oleh setiap inidividu muslim.

13. Janganlah kita sekadar tahu mengenai fiqh dan hukum-hakam, kuat beribadah, kemudian cetek pengetahuan mengenai bab2 kesihatan. Bukankah perihal kesihatan itu adalah terkandung dalam Islam juga~

14. Kita berdoa pagi & petang : ” Allahumma A’fini fi badani, wa a’fini fi sam’i wa a’fini fi basori!” (maksudnya) : Ya Allah, berilah kesihatan pd tubuhku, dan kesihatan pd pendengaranku, dan kesihatan pd pandanganku.

Cuba fikirkan, sebagai contoh, tiap2 hari pagi & petang kita berdoa memohon kesihatan, dalam masa y sama pengambilan makanan bergula berlebihan tanpa had, pada satu jangka masa, ditaqdirkan Allah subhanahu wa taa’la dia di diagnos menghidapi penyakit Kencing Manis jenis ke-2/ Diabetis Mellitus Type 2(DM type2). Dlm masa dia berdoa utk kesihatan baik dan masa itu juga dia cuba membinasakan diri.(maaf ini sekadar contoh).

15. Kesihatan yang baik, bagi seorang Muslim, bukan bermakna kita takut akan mati, malah utk kita memperbanyakkan amalan soleh, memperhambakan diri sebanyak2nya kepdaNya, terutamanya pada zmn sekarang ini, kalau boleh kita menyumbangkan sebanyak y mampu dlm kerja2 memartabatkan Islam, memulihkan umat Islam y layu, memahamkan kawan2 kita apa Islam y sebenar, mentharbiyyah seseorang agar menjadi Muslim y sebenar dsb ~

16. Moga2, dengan adanya kesihatan yang baik, kita menjadi hamba yang menuruti perintahNya (pd no.1), moga2 Allah subhanahu wa taa’la berkati kesihatan y diberi kpd hamba2Nya, dan moga2 kita menggunakan kesihatan y ada pada kita itu tertegaknya “La ilah ill Allah‘ pada diri kita, keluarga kita, masyarakat, negara kita, dan ke seluruh alam amnya.

________________________________________

Allahu Ta’ala ‘Alam
Allah subhanahu wa ta’ala Knows Best.
________________________________________

| Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” | Seterusnya >

**Promote sket :

Hari AIDS Sedunia 2010

Sila layari :

  • Mari Kenali Jenis2 Dadah secara terperinci y menjadi punca Penagih2 menagih : Jenis-jenis Dadah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s