Mencari Hidayah Tuhan~

| Siri “Menjadi Muslim Sejati” |
Bahagian : I | II | III | IV | V | VI | VII

. . .

~Hello~
and
Salamun A’laikum to those are with ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Panduan kepada pembaca :

  1. Sahabat sekalian! Pernahkah anda tahu atau pernah membaca kisah sahabat Rasulullah saw, Salman al-Farisi ra. dalam mencari hidayah Allah swt.? [JUMP TO]
  2. Sharing daripada penulis mengenai hidayah Allah swt. [JUMP TO]
  3. Selain daripada kisah sahabat yang menjadikan pengajaran kepada kita, ada kisah yang benar-benar berlaku dalam kalangan saudara kita bertahun-tahun lamanya dalam mencari hidayah Allah swt. [JUMP TO]


.
Ringkasan sejarah Salman al-Farisi radiallahu a’nhu,

Salman al-Farisi r.a.

Salman al-Farisi berasal daripada Isfahan & warga kampung bernama ‘Ji’. Bapanya seorang ketua kampung & sangat menyayangi anaknya, Salman, seperti menatang minyak yang penuh. Salman mencurahkan baktinya dalam agama Majusi dgn tugasan menjaga nyalaan api agar tidak terpadam. Bapanya memiliki sebidang tanah, lalu suatu hari Salman disuruh pergi ke sana.

Dalam perjalanan, Salman melewati sebuah gereja Nasrani(Kristian) & tertarik dgn cara mereka beribadah lantas terdetik hatinya bahawa agama Nasrani yg berasal dari Syria ini lebih baik drpd agamanya, Majusi.

Tatkala Salman pulang, kemudian bertemu bapanya lalu mereka berkonflik setelah menyatakan apa yg difikirkan mengenai agama Nasrani itu. Akibat drpd itu, dia dikurung & dirantai. Sempat dia mengirim berita kpd org Nasrani utk menghebahkan anutannya dlm agama mereka & jikalau terdapat rombongan dr Syria, diminta beritahunya sebelum mereka kembali kerana Salman ingin ikut bersama.

Permintaan itu terkabul, lalu dia berjaya melepaskan diri & menuju ke Syria.

Di Syria, dia bertanyakan jika ada seorag ahli dlm bidang agama Nasrani, didapatinya & tinggallah Salman bersamanya( Biskop gereja ).

Biskop itu tidak baik dlm agamanya kerana mengumpul sedekah orang ramai & menggunakannya utk tujuan peribadi.

Selepas Biskop itu meninggal dunia, dia diganti oleh Biskop yg baru & lebih baik agamanya sehingga Salman sgt menyayanginya.

Tibalah masa Biskop yg baik itu meninggal dunia. Ketika dia sdg nazak, Salman bertanyakan hajatnya utk mendampingi ahli agama sepertinya selepas peninggalannya.

Lalu dicadangkan bertemu dgn ahli agama seperti biskop tersebut di Mosul & tinggal sehingga waktu yg dikehendaki Allah subhanahu wa taa’la.

Seperti biasa atas takdir Allah subhanahu wa taa’la, Salman terpaksa berulang mencari ahli agama utk didampingi & diketemukannya di Nashibin, kemudian selepas itu di A’muria (wilayah Rom).

Ketika di A’muria, sebelum ahli agama menemui ajal, dia memberi wasiat kpd Salman utk kpd siapa harus dia temui selepas dirinya, ujarnya :

Anakku! Tiada seorg pun yg ku kenal serupa dgn kita keadaannya & dpt kupercayakan engkau padanya. Tetapi skrg telah dekat datangnya masa kebangkitan seorang nabi yg mengikuti agama Ibrahim secara murni. Dia nanti akan berhijrah ke suatu tempat yang ditumbuhi kurma & terletak di antara 2 bidang tanah berbatu-bata hitam. Seandainya engkau dpt pergi ke sana, temuilah dia! Dia mempunyai tanda-tanda yg jelas iaitu, dia tidak mahu makan makanan sedekah; sebaliknya bersedia menerima hadiah; dan di bahunya terdapat cap kenabian yang bila engkau melihatnya, segeralah engkau mengenalinya.

Suatu hari, Salman bertemu satu rombongan dari Jazirah Arab, lalu dia memberi cadangan agar membawanya ke negeri mereka sebgai tukaran sapi-sapi & kambing-kambing yg dia perolehi, dan mereka bersetuju.

Perjalanan dimulai & tibalah di sebuah negeri bernama Wadil Qura. Tetapi Salman dianiaya & dijual kpd seorg Yahudi, Salman menjadi hamba.

Si Yahudi tersebut kemudian menjualnya kpd seorg Yahudi drpd bani Quraidhah, kemudian dibawanya ke Yathrib. Apabila sampai lantas Salman yakin bahawa itulah negeri yg telah diberitahukannya sbg tmpt seorg nabi akan berhijrah.

Salman tinggal sebagai seorg hamba & bekerja di kebun kurma bani Quraidhah.

Suatu hari, dtg seorang saudara sepupu tuan Salman memberitahu kehadiran seorg lelaki di Quba & mengaku sbg nabi kpd tuannya.

Mendengar perbualan itu, Salman berada di puncak pokok kurma bergetar tubuhnya bagai bergoncang pokok kurma & hampir jatuh ke atas tuannya yg berada di bawah.

Lalu Salman bertanyakan kpd lelaki Yahudi perihal lelaki yg mengakui sbg nabi, tetapi dia dipukul oleh tuannya krn bukanlah kedudukan Salman utk bertanyakan perihal itu.

Ketika hari petang, Salman mengumpul makanan yg dia miliki & segera ke rombongan Rasulullah salallahu a’laihi wa salam di Quba.

Dipelawakan makanan tersebut kepada Baginda salallahu a’laihi wa salam & sahabat2 sbg sedekah, namun yg memakan makanan tersebut hanya sahabat Baginda salallahu a’laihi wa salam sahaja.

Pada keesokan hari, Salman kembali kpd Rasulullah salallahu a’laihi wa salam & sahabat2 dgn sejumlah makanan atas dasar hadiah, ketika ini makanan dimakan oleh Baginda salallahu a’laihi wa salam & para sahabat.

Kedua-dua tanda ini membawa satu kepastian bahawa benarlah lelaki itu adalah seorang nabi kecuali tanda yang ketiga.

Tidak beberapa lama selepas itu, Salman mencari Rasulullah salallahu a’laihi wa salam & mendapatinya di Baqi’ sdg mengiringi jenazah & dikelilingi para sahabat. Baginda salallahu a’laihi wa salam ketika itu memakai 2 lembar kain lebar, 1 sbg sarung & 1 lagi sbg baju.

Salman bertemu baginda & ditoleh-tolehnya agar dapat melihat sesuatu yg dicarinya.

Nabi salallahu a’laihi wa salam memahami pencarian Salman lalu menyingkap kain burdah dari lehernya sehingga ternampak pada bahunya tanda yang dicari oleh Salman, cap kenabian.

Selepas terbukti ketiga-tiga tanda itu, Salman terus meratap & mencium Baginda salallahu a’laihi wa salam sambil menangis. Lalu, Salman menceritakan kisahnya dari awal kepada Baginda salallahu a’laihi wa salam, maka Islam-lah Salman akhirnya.

[NOTA: Ambil drpd buku Karakteristik Perihidup 60 Sahabat Rasulullah : Khalid Muh.Khalid]

(Click here to the top)

.


1. Betapa besarnya pengajaran kisah Salman al-Farisi radiallahu a’nhu dalam bersungguh-sungguh mencari kebenaran dalam agama itu, bukan setakat kepada kita yang beragama Islam, bahkan untuk mereka yang bukan Islam.

2. Mengapa kita yang beragama Islam juga perlu mengambil contoh kisah sahabat dalam pencarian hidayah Allah subhanahu wa taa’la?

3. Mari kita menyingkap pemikiran kita yang barangkali kita terlepas pandang. Alhamdulillah kita dilahirkan daripada kedua ibu bapa yang Muslim. Mudah difahami, jikalau ibu bapa Muslim maka anaknya secara automatik adalah Muslim.

4. Sungguh penggabungan diri persindirian kepada Islam, sebenarnya bukanlah secara warisan.

5. Kerana hidayah / petunjuk itu milik Allah subhanahu wa taa’la.

[ Surah al-Lail(92) : ayat 13 ]

إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى

Makna : ” Sungguh Kamilah yang memberi hidayah(petunjuk).”

Masih ingatkah kita sirah Rasulullah sallahu a’laihi wa salam? Tatkala bapa saudara kesayangan baginda, Abu Talib sedang nazak, baginda merayu agar Abu Talib menganuti Islam & baginda menjadi hujah kepada bapa saudaranya itu di hari kiamat kelak. Namun Abu Talib menolak & nabi salallahu a’laihi wa salam teramatlah duka cita akan kepergiannya tambahan pula dengan keadaannya tidak beriman, lalu Allah subhanahu wa taa’la menurunkan wahyu :

[ Surah al-Qasas(28) : ayat 56 ]

إِنَّكَ لاَ تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Makna : “Sungguh engkau tidak dapat memberi hidayah(petunjuk) kepada orang yang engkau kasihi; tetapi Allah memberi hidayah(petunjuk) kepada kepada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima hidayah(petunjuk).”

6. Nah! Kembali kita dengan pengajaran daripada kisah pencarian hidayah Salman al-Farisi radiallahu a’nhu, kesungguhan & kesabaran beliau menjadi bukti kepada terimanya dia akan petunjuk Allah subhanahu wa taa’la, maka setiap orang perlu mencarinya.

9. Sebab itu, kita faham bahawa ibu bapa bertanggung jawab dalam mendidik/men-tharbiyyah anak-anak agar ketika dia sudah mempunyai akal dan mengaut pengalaman kehidupan, mereka tidak putus-putus mencari redha & petunjuk Allah subhanallahu wa taa’la agar kekal dalam naungan-NYa & beriman hingga ke akhir hayat.

10. Yakinilah kita sebagai Muslim, cinta akan Allah subhanahu wa taa’la & rasul-Nya sallahu a’laihi wa salam, berada di bawah petunjuk-Nya; kita berada dalam agama yang benar, Alhamdulillah.

11. Oleh itu, kurniaan ini hendaklah kita pelihara supaya tidak gentar & goyahnya pendirian kita kelak; Jom! sama-sama kita amalkan :

a.) Menjadikan Allah subhanahu wa taa’la sebenar-benar wali/pemimpin kita. Dia segala-galanya.

[ Surah al-Baqarah(2) : ayat 257 ]

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ ءامَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَـتِ إِلَى النُّورِ

Makna : ” Allah wali orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya(Iman). .”

b.) Mengikuti pentunjuk Rasulullah salallahu a’laihi wa salam.

As-Sunnah baginda sahaja akan membawa kepada matlamat kita berada dibawah Islam yang sebenar dan menuju kepada redha Allah subhanahu wa taa’la.

c.) Memasuki atau mengamalkan Islam secara keseluruhannya.

[ Surah al-Baqarah(2) : ayat 208 ]

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَتِ الشَّيْطَـنِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Makna : ” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan & janganlah kamu ikuti langakah Syaitan, sungguh dia musuh yang nyata bagi kamu!

d.) Kita tahu point-point di atas, tetapi kita kena faham sebenar2nya bahawa Iblis/Syaitan merupakan musuh kita selama-lamanya. Sungguh dia tidak lengah untuk menjauhkan kita daripada jalan Allah subhanahu wa taa’la yang lurus.

[ Surah al-A’raf(7) : ayat 16-17 ]

قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَطَكَ الْمُسْتَقِيمَ – ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَـنِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَـكِرِينَ

Makna : ” (Iblis) berkata (kpd Allah) : ‘Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka daripada jalan-Mu yang lurus; kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak pasti kebanyakan mereka tidak bersyukur.’

e.) Sentiasa berdoa :

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Makna : ” Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setalah Engkau berikan hidayah(petunjuk) kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, Sungguh Engkau Maha Memberi!” [ Surah ali I’mran(3) : ayat 8 ]

f.) Allahu taa’la a’lam. Mungkin ada cara lain yang tidak disenaraikan di sini🙂

12. [NOTA: Nasihat2 ini juga utk penulis juga] Janganlah kita bersangka buruk terhadap Allah subhanahu wa taa’la & mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya diperkatakan, sebagai contoh : “tidak dapat hidayah” , “belum sampai seru lagi” dan sebagainya.

13. Sungguh Allah subhanahu wa taa’la maha mengetahui perihal hamba-hambaNya, dan kita ini hanya banyak menduga-duga. Oleh itu, carilah & berusahalah! Jangan mudah putus asa! Insha Allah, di situ terdapat hikmah & kebaikannya jikalau kita fahami.

(Click here to the top)

.

Menariknya! Pada zaman sekarang ini juga, terdapat kisah yang memberi kita keinsafan & pengajaran sama seperti kita mengambil kisah Salman al-Farisi radiallahu a’nhu.

Jom tonton bersama kisah seorang yang asalnya seorang beragama Hindu & mencapai peringkat Brahmin(menjadi sami). Beliau juga mencari agama yang sebenar bertahun-tahun lamanya.

Beliau bernama Ustaz Mohammad Fitri bin A’bdullah.

Sumber bacaan : [ klik di sini ]

________________________________________
Allahu Taa’la A’lam
Allah subhanahu wa taa’la Knows the Best.
________________________________________

3 thoughts on “Mencari Hidayah Tuhan~

  1. I know dis person, Ust Fitri Abdullah.. Now he open restaurant for preaching in Bukit Sentosa Rawang.. I hope Islam will always be my way..Give me strength and Your Guidance ya Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s