Bersamakah Kita Dalam Perjuangan Pembebasan al-Aqsa?

Siri ‘Palestina Jangan Dilupakan’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII

. . .
~Hello~
and
Salamun A’laikum to those with the ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

[NOTE: kandungan artikel diambil drpd laman web yang berkaitan & petikan2 drpd isi kandungan kertas edaran sempena kempen PKP(Palestin,Kami Perihatin) anjuran (gandingan)IMAM-MSC & Aqsa Syarif Berhad]

Panduan utk pembaca :

  •  1. Apa kata org Amerika sendiri mengenai negara mereka(Amerika Syarikat/AS) mengenai negara haram Zionis Israel. [JUMP TO]
  •  2. Apa peranan kita setelah mengetahui apa y telah dilakukan oleh AS & masyarakat Yahudi di seluruh berhubung kait dgn negara haram Zionis Israel? [JUMP TO]
  •  3. Boikot! Boikot! Boikot! Apa y di jawab oleh ulamak kita, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ttg mesti boikot! [JUMP TO]

.

Hakikat sebenar sekarang yang perlu kita tahu!

Sekurang-kurangnya sebanyak $8.2 juta setiap hari Amerika Syarikat(AS) memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel & $0 kepada Palestin selama (tahun anggaran) 2011.

Semenjak ‘October War 1973’(nama lain: ‘Yom Kippur War’;’Ramadan War’), Washington telah memberikan tahap sokongan kepada Israel jauh melebihi jumlah yang diberikan kepada negara-negara lain. Israel telah menjadi penerima terbesar bantuan tahunan : ekonomi & ketenteraan secara langsung drpd AS sejak 1976, dan merupakan jumlah penerima terbesar sejak Perang Dunia ke-II. Jumlah bantuan secara langsung tersebut kpd Israel lebih daripada $140 bilion pada tahun 2003. Israel menerima sekitar $3 bilion bantuan asing secara langsung setiap tahun, yang kira-kira se-perlima drpd seluruh anggaran bantuan luar AS. Dalam terma ‘per kapita’, AS memberi setiap warga Israel, subsidi secara langsung sekitar $500 setiap tahun. Berdasarkan hal ini, sangatlah mudah kita melihat & menyedari bahawa Israel sekarang menjadi sebuah negara industri yang kaya dengan pendapatan per kapita lebih kurang sama dengan negara Korea Selatan atau Sepanyol.

– John J. Mearsheimer & Stephen M. Walt
“The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy”.

[maklumat lanjut : KLIK DI SINI]

Nota Penulis :

Saudara2-ku! Biasakah kamu mendengar fenomena di mana rakyat Amerika tidak tahu-menahu mengenai apa y berlaku sebenarnya pada dunia ini? apakah haq y benar disebalik tindakan kerajaan mereka? dan lain2. Ini kerana media massa mereka dikawal kerajaan & org tertentu agar maklumat y disampaikan kpd rakyat adalah mengikut versi y memutar-belitkan fakta sebenar justeru memandulkan pemikiran mereka.

Nah! Adakah kita juga seperti mereka? Kemungkinan juga. Oleh itu, mari kita membuka minda & hati utk memahami apa y sebenarnya berlaku & fakta2 penting berkisarkan Zionis Israel, Amerika Syarikat & Palestin. Jom! KLIK DI SINI.

(Click here to the top)

.

Peranan Kita?

1. Kita faham & tahu apa yang sedang berlaku di Palestin. Kita tahu apa yang diperlakukan oleh Zionis Israel terhadap saudara2 kita di Palestin! Kita tahu Amerika Syarikat membantu Zionis Israel!

2. Kita marah kepada mereka(Zionis Israel & Amerika Syarikat). Kita lakukan demonstrasi di hadapan kedutaan AS di Malaysia. Kita lakukan itu & ini. Persoalannya, adakah memberi kesan kepada mereka?

3. Israel tidak mampu bertapak di tanah Palestin tanpa bantuan AS. Zionis tidak mampu membina negara haram Israel tanpa dana yang mencukupi. Persoalannya, dari manakah bantuan dana itu didapati?

4. Zionis mendapat dana daripada hasil perniagaan & sokongon bantuan drpd syarikat2 perniagaan dari seluruh dunia. Siapa y terlibat? Apakah syarikat2 & barangan y membantu ekonomi, turut serta dgn pembinaan negara haram Zionis Israel itu?

Sahabat2-ku, kenalilah & amatilah benar2 di laman web ini : [KLIK PADA GAMBAR]


|Visit new website : Innovative Minds|
|View by Brands – brands & labels to boycott|

5. Terdapat satu cara damai untuk menunjukkan perasaan tidak setuju kepada sebarang penindasan & diperlakukan kepada penduduk Palestin terutamanya di GAZA, iaitu memboikot barangan yang membawa hasil cukai kepada negara Zionis Israel & Amerika Syarikat!

6. Statement : “Bukan ada kesan pun kalau kita boikot barangan2 Israel, orang lain guna juga~

Bagi saudara2-ku yang beragama Islam, mari kita perhatikan apa y disabdakan Baginda, Muhammad salallahu a’laihi wa salam :

Tidaklah berlaku Qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu & pohon kayu; lalu batu & pohon kayu itu berkata : “Hai org Islam! Ini, org Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!”, kecuali pohon Gharqad, kerana sesungguhnya pohon itu adalah drpd pohon Yahudi.

(Riwayat Bukhari & Muslim – drpd Abu Hurairah radiallahu a’nhu)

7. Berdasarkan hadith di atas, kemenangan umat Islam di Palestin adalah kemenangan yang pasti, ini adalah janji Allah subhanahu wa taa’la. Apa yang penting adalah kebersamaan kita dlm usaha utk kemenangan Palestin ini. Allah subhanahu wa taala tidak pernah meletakkan syarat kejayaan dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, bahkan usaha utk mencapai kejayaan itulah y akan dinilai oleh Allah subhanahu wa taa’la. Moga2 kebersamaan kita ini akan menjadi sebab-sebab utk balasan syurga Allah subhanahu wa taa’la di akhirat kelak. Insha Allah.

8. Utk maklumat pembaca, kempen boikot ini memang di sokong bukan setakat kaum Muslimin, malah mereka y bukan Islam y terkesan betapa hodoh & buruknya perangai Zionis Israel & sekutu2nya menindas secara zalim penduduk Palestin dgn menghalal segala cara demi pendudukan Yahudi di Tanah Suci itu. Meskipun kesedaran mereka bukanlah berasaskan agama tetapi, dari segi ‘Human Rights’, Zionis Israel itu memang sudah melampaui batas.

9. Sebagai contoh y terkenal dlm melaksanakan gerakan global menggunakan cara ini adalah : BDS Movement (Boycott, Devistment & Sanctions). [layari laman web rasmi BDS and fahami tujuan ia ditubuhkan & sebagainya : KLIK DI SINI]

(Click here to the top)

.

Fatwa Boikot!

Nota Penulis :

Marilah kita perhatikan apa y dikatakan oleh seorang ulamak y dikenali, Dr.Yusuf al-Qaradhawi, mengenai pendapat beliau khasnya dlm berjihad di jalan Allah subhanahu wa taa’la, dan penekanan satu cara damai sesuai utk umat Islam di seluruh dunia dlm membantu saudara2 kita di Palestin menghadapi musuh Allah subhanahu wa taa’la, iaitu Zionis Israel, Amerika Syarikat & konco2nya.

Insha Allah, bacalah dahulu, amatilah & fikirkanlah; Kamu mempunyai hak utk menilai isi kandungan fatwa beliau selepas habis membacanya.

Fatwa Boikot :
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi (Mesir/Qatar)
14 Muharam 1423 AH.
04 April 2002.
[Text Fatwa in English: Please CLICK HERE]

Soalan: “Apakah kita dibenarkan untuk membeli barangan dari sumber-sumber Israel, walaupun wang ini boleh digunakan untuk membantu “mesin perang” Yahudi?

Ini adalah Jihad untuk membebaskan tanah Islam drpd orang2 yang menyerang atau menakluki mereka(penduduk Palestin). Zionis Israel adalah musuh Islam. Jihad ini merupakan kewajipan dan tugas y suci, pertama kpd rakyat Palestin. Jika kaum Muslim di situ tidak boleh menawarkan ‘resistance‘ y mencukupi, maka umat Islam dari negara2 jiran diwajibkan untuk membantu. Jika ini masih belum mencukupi maka semua Muslim di seluruh dunia mesti membantu.

Palestin adalah tanah Kiblat pertama kaum muslimin, tanah Isra’ & Mi’raj, tanah Al-Aqsa dan wilayah y diberkati. Penakluk adalah mereka y besar permusuhannya terhadap orang beriman, dan mereka disokong oleh negara terkuat di dunia – Amerika Syarikat & masyarakat dunia(Yahudi).

Jihad adalah wajib menentang orang2 yang mengambil tanah dan mengusir penduduknya, menumpahkan darah, melanggar kehormatan, memusnahkan rumah2, membakar ladang2, dan mencemari tanah suci itu. Jihad adalah kewajipan pertama dlm semua kewajipan, dan tugas pertama ummah. Muslim diperintahkan untuk melakukan sedemikian, pertama kpd orang2 dari tanah tersebut, setelah itu jiran mereka, dan akhirnya semua umat Islam. Kita semua mesti bersatu melawan penzalim/’aggressors’. Kita bersatu dalam Islam, termasuk penyatuan kita dalam syariat Islam, penyatuan satu Qiblat, dan juga bersatu dalam berkongsi penderiataan dan harapan. Seperti Allah subhanahu wa taa’la berfirman: “Sesungguhnya umat ini, anda adalah umat y satu.” (Al-Quran, 21:92). Allah subhanahu wa taa’la juga berfirman: “Sesungguhnya orang yang beriman adalah bersaudara.” (Al-Quran, 49:10). Terdpt hadith Rasulullah salallahu a’laihi wa salam, sabdanya : “Seorang muslim adalah saudara kepada muslim y lain, dia tidak boleh menindas saudaranya, dia tidak boleh hilang kepercyaaan terhadapnya, dia tidak boleh mengecewakannya. ” [Riwayat Muslim].

Sekarang kita melihat saudara2 kita dan anak2 di Al-Aqsa dan tanah Palestin yang diberkati, bermurah hati mengorbankan darah mereka, memberikan jiwa mereka, redha di jalan Allah subhanahu wa taa’la. Semua Muslim mesti membantu mereka dengan apa2 kuasa yang mereka miliki. (Lihat Al-Quran, 8:72).

Jika orang meminta atas dasar nama agama, kita harus membantu mereka. Ke arah (mengabulkan permintaan) sokongan ini adalah dengan memboikot barangan musuh. Setiap dirham, riyal … dll digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru untuk ditembakkan ke hati saudara2 kita dan anak2 di Palestin. Untuk alasan ini, adalah WAJIB untuk tidak membantu mereka (musuh2 Islam) dgn tidak membeli barangan mereka. JIKA TIDAK, ibarat menyokong kezaliman, penindasan dan pencerobohan. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka, tugas kita adalah untuk membuat mereka lemah semampu y boleh. Kewajipan kita adalah untuk menguatkan pertahanan saudara2 kita di Tanah Suci sekuat y boleh. Jika kita tidak dapat menguatkan saudara2 kita, kita mempunyai tugas untuk membuat musuh menjadi lemah. Jika kelemahan mereka tidak dapat dicapai MELAINKAN dengan boikot, kita mesti memboikot mereka.

Barangan Amerika, persis seperti barangan “Israel” , adalah dilarang. Menjadi satu larangan juga untuk mengiklankan barangan mereka. Amerika hari ini adalah Israel yang kedua. Ia benar2 menyokong entiti Zionis. Perampas(Zionis Israel) tidak boleh melakukan sedemikian rupa tanpa sokongan Amerika. Ketidak-adilan “Israel” dan vendalisme, semuanya adalah berpunca drpd menggunakan wang Amerika, senjata Amerika, dan hak2 veto Amerika. Amerika telah melakukan ini selama puluhan tahun tanpa mengambil sebarang akibat darpd sebarang hukuman atau penentangan atas tindakannya y menindas & akibat prasangka buruk drpd dunia Islam.

Waktunya telah tiba bagi umat Islam untuk berkata “TIDAK” kepada Amerika, “TIDAK” untuk syarikat2, dan “TIDAK” untuk barangan, yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan tunggang apa y dihasilkan oleh Amerika.

A’li bin Abi Talib radiallahu a’nhu, berkata: “Kamu mempunyai tiga musuh; musuh kamu, rakan kpd musuh kamu, dan rakan kpd rakan musuh kamu“. Amerika Syarikat hari ini lebih daripada ‘rakan’ untuk musuh kita, sanggup melakukan apa sahaja sehingga menghancurkan negara sendiri demi Israel. Umat Islam di dunia jumlahnya sekitar 1.3 bilion, boleh menyebabkan penderitaan kpd Amerika Syarikat dan rakan2nya dengan memboikot mereka. Ini merupakan kewajipan agama kita di atas jalan Allah suhbahanu wa taa’la. Setiap Muslim yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, apabila ada alternatif barangan dari negara2 lain adalah melakukan tindakan y haram. Mereka jelas melakukan dosa besar, yang merupakan jenayah terhadap hukum Allah subhanahu wa taa’la, yang sengaja meminta hukuman drpd Allah subhanahu wa taa’la, dan penghinaan terhadap rakyat Palestin.

Saudara kita di “Israel” dan Amerika dipaksa untuk berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah subhanahu wa taa’la tidak meminta kamu untuk melakukan apa yang tidak boleh kamu lakukan; hanya apa yang boleh dilakukan.

Allah subhanahu wa taa’la berfirman: “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu . . .” (Al-Quran, 64:16).

Nabi salallahu a’laihi wa salam bersabda: “Jika aku memerintahkan kamu untuk melakukan sesuatu, lakukan seberapa banyak yang kamu mampu“. Kaum Muslimin di Amerika harus bekerja dengan syarikat yang kurang memusuhi Islam, kurang bersekutu dgn Zionis. Boikot syarikat2 Zionis sebanyak yang kamu boleh.

Warga Arab dan Muslimin mesti memboikot semua syarikat yang berpihak terhadap Zionisme dan menyokong Israel, tidak kira syarikat tersebut berasal drpd negara mana pun (contohnya Marks and Spencer), dan sesiapa sahaja y menyokong dan membantu negara Zionis “Israel”.

Boikot adalah senjata yang sangat tajam, yang digunakan di masa lalu dan baru-baru ini. Hal ini digunakan oleh kaum pagan di Mekah terhadap Nabi Muhammad salallahu a’laihi wa salam dan sahabat2 baginda. Hal ini menyebabkan kerugian besar bagi mereka, bahkan mereka terpaksa memakan daun. Ini juga digunakan oleh sahabat Rasulullah salallahu a’laihi wa salam untuk menentang pagan di Madinah.

Kita juga dpt melihat terdapat bangsa dunia menggunakan boikot dalam perjuangan mereka untuk pembebasan drpd penjajahan. Sebagai contoh yang terkenal adalah Gandhi yang meminta warga India untuk memboikot barangan Inggeris & ia sangat berkesan. Boikot adalah kuasa di tangan bangsa dan rakyat itu sendiri. Kerajaan tidak boleh memaksa orang untuk membeli barang dari negara tertentu.

Mari kita gunakan senjata ini untuk melawan musuh kebangsaan dan agama kita, dan membuat mereka tahu bahawa kita masih hidup, dan bahawa umat ini tidak akan mati, insha Allah. Boikot mempunyai kesan yang berbeza-beza; betapa perlunya memperbaharui maklumat serta didikan kpd umat, dalam bagaimana untuk membebaskan diri drpd perhambaan mengikut selera orang lain. Mereka menggalakkan kita untuk menjadi ketagih dalam hal2 tidak bermanfaat, mereka memang merosakkan kita.

Boikot merupakan satu demonstrasi oleh saudara2 Muslim & merupakan simbol kesatuan umat. Ini adalah tugas kita untuk mengatakan bahawa kita tidak akan mengkhianati saudara2 kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan menyertai dalam pembuatan keuntungan bagi pihak musuh. Boikot, ini adalah satu ‘resistance’ yang lebih rendah, yang akan membantu ‘resistance’ yang lebih besar dilakukan oleh saudara2 kita di Tanah Suci Anbiya’, dan sempadannya dibentengi dgn jihad.

Jika setiap orang Yahudi di dunia menganggap dirinya sbg seorang tentera, menyokong Israel sebanyak yang boleh, SUDAH SEMESTINYA setiap Muslim menggunakan jiwa dan kekayaannya sbg seorang askar untuk membebaskan Al-Aqsa. Sekurang2nya [Muslim] kamu lakukan dgn memboikot barangan musuh. Allah subhanahu wa taa’la berfirman: “Wahai org2 y beriman, bahawa kamu adalah pelindung antara satu sama lain“. Jika kamu tidak melaksanakan apa y difirmankan, bermakna adanya pembahagian besar antara kita dan ‘corruption‘.

Jika pelanggan membeli barangan Yahudi atau Amerika, bermakna telah melakukan satu dosa besar, sudah pasti peniaga barangan tersebut dan sesiapa bertindak sebagai agen barangan adalah orang y paling besar dosanya. Bahkan jika syarikat tersebut bekerja di bawah nama yang berbeza, mereka tahu bahawa mereka menipu orang lain. Umat ​​Islam di seluruh dunia diminta untuk memaparkan kewujudan mereka, dan menunjukkan keinginannya untuk melindungi apa y terselindung. Umat ​​Islam mesti tahu siapakah sekutu2nya, dan siapakah musuh2nya. Umat Islam ​​dilarang untuk menunjukkan kelemahan, depresi, dan menerima tirani perdamaian yang di mana Zionis inginkan.

Allah subhanahu wa taa’la berfirman: “Maka janganlah kamu lemah & mengajak damai, kerana kamulah y lebih unggul & Allah bersamamu . .” [Al-Quran, 47:35]. Saudara kita dan anak perempuan, yang mengendalikan rumah, mempunyai peranan dalam hal ini, yang mungkin lebih penting daripada peranan si lelaki, karena perempuan mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang harus masuk ke dalam rumah. Dia punyai kuasa di tangan untuk membimbing anak lelaki & perempuan. Dia menanamkan semangat jihad kpada anak, dan mendidik mereka dalam apa yang mereka harus lakukan untuk umat Islam ini, dan apa yang harus mereka lakukan untuk musuh2 umat Islam, terutama dlm bidang boikot. Ketika anak2 memahami hal ini mereka pasti akan melakukan boikot secara bersungguh2.

Saya meminta semua orang y beriman, org Kristian & lain2, termasuk orang awam & golongan bangsawan di dunia untuk berdiri di pihak kami, serta menyokong hak dan kebenaran menentang kepalsuan, dan keadilan melawan ketidak adilan. Bantu untuk kemenangan si lemah, yang terbunuh setiap hari di jalan Allah subhanahu wa taa’la, yang melindungi Tanah suci.

Saya juga meminta para pekerja dari negara2 Arab dan Muslimin di seluruh dunia untuk menyokong rakyat Palestin dgn menunjukkan kemarahan mereka melalui demonstrasi menentang tirani/penzalim yang kuat, dengan mengganggu usaha ekonomi mereka(Zionis Israel & sekutu2nya) sebanyak yang boleh. Akhir sekali, saya meminta orang2 y cerdik, rasional dan berpengalaman di setiap negara untuk mewujudkan organisasi dlm melaksanakan boikot, untuk mencipta alternatif dan mengelakkan hal2 negatif, dan mendidik media massa, sehingga bangkitnya kebenaran & terhancurlah kepalsuan.

LAKSANAKANLAH!, sesungguhnya Allah subhanahu wa taa’la akan melihat apa y kamu kerjakan, begitu juga dilihat oleh Rasul-Nya serta orang2 beriman; satu hari kamu akan kembali ke dunia ghaib(hari kiamat) dan menyaksikan apa y telah kamu lakukan.”

“Fatwa ini berdasarkan bukti2 drpd al-Quran & as-Sunnah serta persetujuan umat.”

Allah subhanahu wa taa’la maha mengetahui.
[Teks Inggeris diterjemah & disusun kpd Bahasa Malaysia  oleh penulis sendiri; Minta maaf jikalau ada kesilapan,harap memahami; wasalam]

________________________________
Allahu Taa’la A’lam
Allah subhanahu wa taa’la Knows Best
________________________________

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s