Kenapa ‘Islam’?

[NOTA : sekadar buah fikiran drpd penulis utk dikongsikan kpd pembaca]

~Hello~
and
Salamun A’laikum to those with ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Islam.
Mengapa agama ini di-namakan Islam?

Ada macam2 agama di muka bumi ini, & di-antaranya mendapat nama :

1) drpd seorang y menjadi ‘founder‘ kpd agama itu.
2) atau drpd bangsa, kaum & umat tertentu.

sebagai contoh :

Christianity drpd nama Jesus Christ.
Buddhism drpd nama Gautama Buddha.
Confucianism drpd nama ahli falsafah Cina, Confucius (Kǒng Fūzǐ).
Yahudi drpd pengakuan satu kabilah y di-kenali dgn nama Kabilah Yahuda.

Manakala, Islam, nama-nya tidak tertakluk kpd seseorang pengasas agama atau bangsa/umat tertentu & lain2.

TETAPI, ‘sifat khas’ y terkandung pd makna perkataan ‘Islam’ itu-lah nama ‘Islam’ datang-nya.

Islam itu sendiri mempunyai matlamat utk ‘menghiasi’ semua umat & penduduk bumi ini dgn menghiasi ‘sifat khas’ itu.

Sesiapa sahaja ber-sifat dgn sifat Islam ini, tidak kira pd zaman lampau atau zaman kini, di-kenali sbg ‘Muslim’; Hatta org pd masa depan jikalau ber-sifat dgn sifat ‘Islam’ ini juga akan di-panggil sbg ‘Muslim’.

Apa y di-maksudkan dgn perkataan ‘Islam’ di mana mengandungi ‘sifat y khas’ itu?

Jika kita rujuk mana2 kamus bahasa Arab, kita akan dapati maksud-nya : ‘submit’/menyerah, patuh & tunduk. Pada istilah-nya : ber-serah, patuh & tunduk kpd perintah & larangan Pencipta Alam ini, Allah subhanahu wa taa’la tanpa bantahan; Ini-lah ‘sifat khas’ itu y ter-kandung dlm ‘Islam’ !

Oleh sebab itu,

Adam a’laihi salam di-ciptakan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam syurga, bermakna Adam a’laihi salam kenal Allah subhanahu wa taa’la adalah Tuhan & Pencipta-nya. [Rujuk Quran : (2):30-39 & (7):11-25] Maka, dia seorang ‘Muslim’.

Nuh a’laihi salam menyeru kaum-nya supaya menyerah & kembali hanya menyembah Allah subhanahu wa taa’la. [Rujuk Quran : surah Nuh(71)] Bermakna, Nuh a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.

Ibrahim a’laihi salam; Allah subhanahu wa taa’la memerintah-nya agar ber-serah diri; lalu Ibrahim menjawab :”aku ber-serah diri kpd Tuhan seluruh alam“. [Rujuk Quran : (2):131] Maka, Ibrahim a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.

Begitu juga dgn nabi & rasul y lain; Mereka adalah ‘Muslim’, sehingga nabi Muhamad ﷺ ; Baginda ﷺ tidak membawa sesuatu y baru, bahkan Baginda ﷺ membawa Islam seperti nabi & rasul sebelum-nya, maka Baginda ﷺ juga seorang ‘Muslim’.

Di-sebabkan mereka adalah nabi & rasul menghiasi diri dgn ber-sifat seorang y patuh & tunduk kpd Allah subhanahu wa taa’la, di-beri tugas & ke-khususan[Baca Selanjutnya] agar ‘sifat Islam’ itu di-sampaikan kpd kaum & umat y tidak ber-sifat Islam, dgn makna lain, agar mereka menjadi ‘Muslim’.

Ini-lah Islam! Dan org y ber-amal & ber-sifat Islam itu di-kenali sbg Muslim!

Kita perhatikan para rasul sebelum nabi Muhamad ﷺ , ber-asal drpd bangsa & kaum y ber-beza2, di-utuskan agar meng-‘Islam’-kan kaum mereka masing2.

sebagai contoh,

Salleh a’laihi salam kpd kaum Thamud.
Hud a’laihi salam kpd kaum A’d.
Nuh a’laihi salam kpd kaum-nya di-kenali sbg kaum Nuh.
Musa a’laihi salam kpd Bani Israel.
I’sa a’laihi salam juga kpd Bani Israel.

TETAPI, Muhamad ﷺ , adalah rasul ber-bangsa Arab; juga merupakan penutup segala rasul, tiada nabi & rasul selepas-nya ﷺ ; di-kenali sbg Rasul akhir zaman ﷺ ; Demikian itu, ‘mission‘ Baginda bukan setakat membawa Islam kpd kaum-nya y ber-bangsa Arab, malah dgn Islam, menjadi Rahmat utk umat penduduk di muka bumi ini. [Rujuk Quran : (21):107]

Atas dasar kefahaman ini, berpandukan kita ini adalah umat akhir zaman, maka memang benar-lah Islam itu BUKAN terletak secara ‘exclusive‘ pd satu bangsa, atau warna kulit, atau mana2 kaum tertentu!

TETAPI perbezaan-perbezaan y ada pada kita ini bukan-lah utk memandang rendah di mana kita sungguh ber-beza antara satu sama lain, & lain2. CUMA, hanya sekadar utk kita ber-kenalan satu sama lain!

[ Surah al-Hujurat(49):13 ]

يأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَـكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئِلَ لِتَعَـرَفُواْ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ

اللَّهِ أَتْقَـكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Makna : “Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu drpd seorang lelaki & seorang perempuan, kemudian Kami jadi-kan kamu ber-bangsa-bangsa & ber-suku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling ber-taqwa. Sungguh Allah maha mengetahui, maha teliti“.

Di-sebabkan Islam, & kita adalah Muslim, semua perbezaan itu boleh di-letakkan nombor (2), tetapi PERSAUDARAAN ISLAM y merupakan salah satu sifat Islam itu adalah nombor (1) sejak nabi Adam a’laihi salam sehingga-lah kini & akan datang bg sesiapa y Muslim! [Rujuk Quran : (49):10]

[NOTA: Untuk pengetahuan umum] Oleh sebab itu, hakikat ikatan per-saudaraan sesama Muslim ini di-fahami oleh Malcolm X / Al-Hajj Malik al-Shabazz rahimahullah, mem-perkenal & men-cadangkan agar Islam di-jadikan asas kpd rakyat, kerana sifat Islam itu sudah membawa kpd penyatuan, ter-jaga & meningkatkan maruah seseorang, ke-adilan & ter-pelihara hak seseorang & lain2 ; di USA pd zaman beliau. [Tonton ucapan beliau]

sumber :
Dasar-dasar Islam.
[Abu al-A’la al-Maududi]

_________________________________
Allahu Taa’la A’lam
Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.
_________________________________

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s