Berjuang : Pada Waktu Senang & Susah.

Hello & Salamun A’laikum – QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Abu Ayub al-Ansari r.a.

Nama beliau adlh Khalid bin Zaid, cucu kpd Malik bin Najjar. Beliau termasuk dlm golongan 70 org drpd Yathrib(Madinah) mengangkat sumpah setia kpd nabi Muhamad dlm Baia’h Aqabah ke-2 di Makkah.

Dlm peristiwa hijrah Rasulullah . Tatkala tibanya Baginda di Madinah dgn menunggangi unta, rumah Abu Ayub al-Ansari telh ditetapkan Allah subhanahu wa taa’la utk menjadi kediaman sementara Nabi ﷺ, sementara menunggu masjid & bilik siap dibina.

Semenjak Islam benar2x bertapak & mula dipimpin oleh Rasulullah ; Seruan jihad dlm Islam disambut oleh Abu Ayub al-Ansari & didambakannya utk syahid di jln Allah subhanahu wa taa’la.

Dgn itu, beliau tidak pernah tertinggal utk melibatkan diri dlm peperangan baik semasa Rasulullah masih hidup, mahu pun selepas kewafatan Baginda ; & sudah tentu meskipun beliau sudah uzur tua.

Ini tidak menjadi masalah kpd-nya kerana keinginannya utk berjihad, ditambah pula dgn saranan, perintah & anjuran Allah subhanahu wa taa’la : [surah at-Taubah(09):41]

انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Makna : “Pergilah kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat ; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Meskipun keadaan y berat itu adalh diri-nya y sudah tua, maka beliau tidak mahu berputus asa dgn cinta utk mendapatkan syahid.

Hiduplah Beliau sbg prajurit yang mengisi lorong2x barisan para pejuang.

Sehinggalah suatu hari, bala tentera bergerak menuju ke arah Constantinople, beliau tidak terkecuali turut serta.

Setelah itu, beliau menimpa luka y berat, saatnya tiba utk menemui Rabb-nya, Allah a’zza wa jalla. Lalu, beliau di jenguk oleh panglima perang ketika itu(Bani Umaiyyah), Yazid bin Mua’wiyah & ditanyakan hajat terakhir Abu Ayub al-Ansari radiallahu a’nhu.

Maka ditunaikannya; iaitu jasad beliau dibawa dgn kuda-nya se-jauh2x jarak yg dpt ditempuh musuh; di situ-lah jasadnya dikuburkan.

Ini kerana, harapan beliau agar telapak kuda kaum muslimin dpt didengarinya tatkala waktu itu tanda kemenangan telah tercapai dgn membawa cahaya islam di kota Constantinople.

Inilah ringkasan kisah Abu Ayub al-Ansari, Zaid bin Khalid : Pejuang di waktu senang mahupun susah.
[Karekteristik 60 org sahabat Rasulullah – Khalid Muh. Khalid]

Pengajaran :

1. Mencontohi semangat & fahamnya firman Allah subhanahu wa taa’la [QS 09:41], ber-mujahadah-lah, dgn apa y ada pd diri kita : jiwa/diri & harta, tanpa mengambil apa2x alasan utk tidak melaksanakannya dlm masa senang atau berat.

2. Jika segala2x y kita lakukakan dgn berpaksi-kan serta matlamat-nya utk menemui Allah subhanahu wa taa’la; apa2x shj hal & keadaan y membuatkan rasa senang malah terpaksa utk melakukan sesuatu y menunjukkan kita ber-jihad pd jln-Nya, laksanakan-lah. . .ini krn kita mencari redha & rahmat-Nya.

3. Ketahui-lah apa2x keadaan y senang & (terutamanya) y berat/susah, agar kita cuba ber-sedia & sedaya-upaya utk menempuhnya lebih2x pd masa akan dtg.

4. Bagi mencapai satu matlamat itu memerlukan masa & usaha y panjang. Begitu juga dgn islam. Untuk menegakkan islam di hati2x setiap individu mungkin memakan masa dakwah y pjg. Yakinnya kita dgn atas jalan dakwah y kita bawa ini, dgn izin Allah subhanahu wa taa’la pasti akan tercapai. Amati-lah contoh bagaimana Constantinople berada di tangan Muslim hampir 800 tahun usaha mendapatkannya.

[BACA: Jejak Tokoh : Sultan Muhammad Al-Fateh]

[BACA: Story of Abu Ayyub al-Ansari]

Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s