Ikhlas: Rahsia Cemerlangnya Kehidupan Seorang Muslim.

| Siri “Menjadi Muslim Sejati” |
Bahagian : I | II | III | IV | V | VI | VII

~ Hello~
and
Salamun A’laikum to those are in ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Sabda Rasulullah

إنّما الْأعْمالُ بِالنِّياتِ وَ إنَّما لِكُلِّ امْرئٍ ما نَوَى

فمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللّهِ وَ رَسُولِهِ ، فَهِجْرَتُهُ إلَى اللهِ وَ رَسُولِهِ

فمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيا يُصيبُها أوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا

فَهِجْرَتُهُ إلى ما هاجَرَ إلَيْهِ

[Mutafaq a’laih]-Drpd Umar al-Khattab r.a.

Ibnu Masu’d radiallahu a’nhu ada menceritakan, sebuah peristiwa hijrah kaum muslimin drpd Makkah ke Madinah, terdapat seorang dlm kalangan mereka yg berhijrah agar tujuannya mengikuti seorang gadis bernama Ummi Qais yg berhijrah & akhirnya utk menikahinya.

Dlm peristiwa hijrah ini, & kelakuan seorang lelaki itu-lah, lalu ter-ucap-lah sebuah hadith ini yg jelas menerangkan ttg NIAT.

Maksud hadith : “Sungguh amalan2x itu dgn niat2x; dan setiap urusan / perbuatan itu dgn apa yg di-niat; maka sesiapa yg hijrah-nya kpd / utk Allah & Rasul-Nya; Maka hijrah-nya itu utk Allah & Rasul-Nya; maka sesiapa hijrah-nya utk dunia yg hendak di-perolehi atau perempuan utk di-nikahi; MAKA hijrah-nya itu kpd apa yg (niat) hijrah ke atasnya.”

1) Cth perbuatan / amalan ketika itu adalah hijrah. Hijrah ketika itu adalah satu tuntutan drpd Allah & Rasul-Nya kpd kaum muslimin.

2) Lalu, meskipun dr segi pandangan kasar-nya kita melihat semua org bergerak menuju ke Madinah, perbuatan itu di-nama-kan hijrah.

3) TETAPI, martabat hijrah itu bergantung kpd niat masing2x, sama ada :

  •   Ikhlas = kerana Allah & Rasul-Nya.
  •   Tidak / selain ikhlas = kerana dunia, perempuan & lain2x.

NIAT & IKHLAS.

Ringkasan definisi.

نية Niat (bahasa) = terkandung 2 ciri:

  • i. Qasad : Tujuan hati.
  • ii. Iradah : Kehendak hati.

Niat (syarak) = hati yg ter-gerak utk melakukan sesuatu dgn mengharapkan redha Allah subhanahu wa taa’la & menampkkan dia patuh & tunduk kpd-Nya.


Jika di-lihat maksud niat dr segi syarak itu, definisi itu tidak lain menjurus kpd ke-ikhlas-an.

Maka, اخلاص ikhlas (bahasa) = خلص /Khalos/ = concluded

ikhlas (syarak) = men-suci-kan niat, perkataan & perbuatan cukup hanya kpd Allah subhanahu wa taa’la.

1) Nah! Amati-lah pd definisi niat & ikhlas dr segi syarak, bahawa niat & ikhlas itu memg di-tuntut & saling berhubung antara satu sama lain. Malah, jikalau definisi ini di-masuk-kan ke dlm hadith tadi, sgt sesuai & mudah di-fahami (moga2x🙂 )

2) Ingat-lah! Nabiber-sabda :

إنَّ اللّهَ لا يَنظُرُ إلى اَجْسامِكُمْ ، و لا إلى صُوَّرِكُم
و لَكِنْ ينظر إلى قُلوبِكم و اَعْمالِكُمْ

Maksud : “Sungguh Allah tidak melihat pd tubuh badan-mu & tidak pd rupa paras-mu, TETAPI Dia melihat pd HATI-mu & AMALAN-mu.” [HR Muslim]-Drpd Abu hurairah r.a.

3) Mengapa perlu meng-ikhlas-kan niat?

  •   Kerana perintah Allah subhanahu wa taa’la [surah al-Bayyinah(98):5]


وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ

Maksud :“Padahal mereka tidak di-perintah-kan KECUALI menyembah Allah, (dgn) ikhlas se-mata2x kerana al-Deen. .”

  • syarat terima-nya amalan.
  • hidup sentiasa bahagia.
  • di-permudah-kan segala urusan.
  • di-sayangi & di-hormati oleh makhluk Allah (di bumi & di langit).

4) Tips2x utk mengekalkan ke-ikhlasan.
[NOTA: diambil drpd nasihat2x org2x yg insha Allah golongan mereka yg ikhlas]

  • ber-dasarkan ILMU.
  • jauhi populariti & pujian.
  • ber-semangat dlm melakukan benda2x baik.
  • ber-segera kebaikan / jgn tangguh2x.
  • sabar & tidak mengeluh.
  • menyembunyikan amalan.
  • tekun dlm ke-dua2x situasi iman : semasa naik & semasa turun(futur).

5) ILMU sgt penting terutama-nya dgn ber-sumber-kan Quran & Sunnah; kerana dgn ilmu juga kita dpt ber-jaga2x, sentiasa ber-ingat, tahu di mana-kah letak-nya diri kita dlm ke-ikhlas-an.

6) Faktor yg mendorong kpd ikhlas:

Ilmu, Qiamullail, Cinta akhirat, Zuhud (Dunia tidak di hati,tetapi di genggaman kita), *latihan,*latihan*latihan. . .

7) Faktor yg memusnahkan ikhlas:

Jahil, Riya’(suka dilihat), Cinta dunia, U’jub(kagum dgn diri sendiri), Suma’h(suka didengari perihal dirinya), Takbur(membesarkan diri), Habuan dunia, etc.

Kesimpulan-nya, kita tahu memg susah utk mengikhlas-kan diri dlm niat, perkataan & perbuatan kita. Jgn-lah biar-kan diri di-‘provoke‘ dek hasutan syaitan supaya kita ber-putus asa utk men-jadi hamba Allah yg ikhlas. Percaya-lah! Banyak-nya ber-latih suatu hari nanti dgn izin Allah subhanahu wa taa’la dpt kita ter-golong golongan Mukhlisin. Biar-lah nampak tidak ikhlas pd awal-nya, tetapi jgn-lah ber-putus asa utk melatih diri.

Sebelum mengakhiri, mari kita hayati & mengambil manfaat nasihat Imam an-Nawawi rahimahullah ttg amal yg ikhlas di-mana amalan yg MENEPATI SYARAK itu di-serta-kan dgn niat yg BAIK [klik: SUMBER] :

1. Amal dikerja-kan krn takut kpd Allah. Dikenali sbg Ibadat Hamba.

2. Amal dikerja-kan krn ingin mendapatkan syurga & pahala serta menjauhi neraka. Dikenali sbg Ibadat Saudagar.

3. Amal dikerja-kan krn melaksanakan hak KEHAMBAAN kpd Tuhan, MALU kpd-Nya, utk buktikan KESYUKURAN, & merasakan masih CUAI & BIMBANG kalau2x amalan tidak di-terima-Nya. Dikenali sbg Ibadat Merdeka.

Oleh itu, kaut-lah ke-ikhlasan kita sama ada ke-tiga2x-nya atau kerana salah satu-nya. Insha Allah, moga2x kita dpt mencapai keikhlasan dlm ber-amal. Ameen.

_____________________________________
Allahu Taa’la A’lam.
Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.
_____________________________________

One thought on “Ikhlas: Rahsia Cemerlangnya Kehidupan Seorang Muslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s