Menilai dengan adil.

| Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |
Bahagian : I | II | III | IV | V

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Bagi sesiapa yang pernah dimasukkan ke dalam hospital atas tujuan kesihatan, pasti pernah merasai proses pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor. Bagaimanakah dia memeriksa anda? Banyak soalan ditanya? Terdapat bahagian tubuh diperiksa? Banyak prosedur dijalankan ke atas anda?

Ya, sudah semestinya secara amnya pada pemikiran para pembaca, perkara-perkara di atas ini, pasti dilakukan oleh seorang doktor kepada pesakitnya. Secara keseluruhannya, semua itu dirangkumkan ke dalam satu istilah iaitu mengambil sejarah pesakit (patient’s history or case history).

‘Sejarah pesakit’ (patient’s history) terkandung maklumat-maklumat yang sangat penting yang perlu diambil oleh para doktor dengan segala prosedur, sama ada berbentuk lisan, pemeriksaan fizikal, penggunaan material alat bantuan periksa dan sebagainya.

Bermula dengan pesakit meluahkan segala aduan tentang ketidak selesaan dan kerisauan terhadap perubahana yang berlaku pada dirinya.

Kemudian doktor bertanyakan semua persoalan-persoalan yang perlu dijawab mengenai hal ehwal kesihatan dengan skop yang lebih luas (anamnesis morbi & vitae).

Selesai dengan proses komunikasi bagi menilai apa yang berlaku secara kronologi. Tiba pula untuk melakukan pemeriksaan secara fizikal (physical examination) daripada hujung rambut ke hujung kaki, serta segala sistem tubuh badan di periksa secara observation, auscultation, palpation, percussion, dan teknik-teknik tertentu.

Selepas itu, jika terdapat keperluan bagi memahami lebih tentang perubahan dalam badan melalui cecair, doktor akan mengambil sampel darah, air kencing, cerebro-spinal fluid, dan lain-lain, bagi setiap ujian biokimia, bilangan darah (full blood count), dan sebagainya.

Sepanjang pemeriksaan di atas, berdasarkan hemat pendapat dan pengetahuan doktor, ditambah dengan indikasi-indikasi tertentu, perlu untuk pemeriksaan yang lebih advance, maka dilakukannya X-ray, CT-scan, US-scan, angiography dan sebagainya.

Beginilah secara amnya, turutan proses pemeriksaan terperinci seorang doktor kepada seorang pesakit, dengan tujuan meletakkan kesimpulan atau diagnosis yang tepat agar dapat menetapkan taktik yang sangat berkesan insha Allah membantu pemulihan penyakit.

Mengambil Contoh Kerja Doktor.

Cara, teknik, ruh dan falsafah penilaian doktor untuk menentukan apakah penyakit atau masalah yang dideritai oleh pesakit itu boleh diambil pengajaran dan manfaat mencontohinya.

Sukar untuk menafikan bahawa kita ini hidup dengan tidak tahu apa-apa selain daripada diri kita dan perkara terdekat di sekeliling kita.

Padahal, dunia sekarang sudah dibentangkan dengan pelbagai maklumat dan berita daripada pelbagai sumber. Televisyen, radio, surat akhbar, flyer, internet, ceramah terbuka dan tertutup, diskusi ilmiah, forum, debat dan sebagainya.

Kesemua sumber tersebut sangat memberi impak kepada kita dalam menilai seberapa tepat suatu isu dan keadaan yang timbul atau menjadi perbincangan sepanjang masa. Sebagai contoh, isu bumi Palestin.

Maka, penilaian yang teratur, secara kronologi, dimulakan dengan asas dan dasar, kemudian mengambil kira kepada perkembangan isu daripada sudut pandang yang luas, meyeluruh serta banyak lagi, demi menghasilkan satu kata putus atau pendirian yang adil pada hemat individu tanpa menyelitkan sifat-sifat mazmumah; tidak ikhlas, berat sebelah, beremosi negatif yang melampau-lampau seperti dendam dan tidak sabar, serta banyak lagi.

Bak kata Allah subhanahu wa taa’la dalam surah al-Maidah [5] ayat ke-8 :

يَـأَيُّهَآ الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلهِ شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ ؛

وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ ؛

اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى ؛

وَاتَّقُواْ اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksud : “Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil-lah! Kerana ia (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.”

Wallahu taa’la a’lam.

< Sebelumnya | Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” | Seterusnya >

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s