Ujian Lisan.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

“Markah (peperiksaan) bukanlah ukuran kepada akal kepintaran kita”.

Secara akademiknya, barangkali susah untuk membuktikan petikan kata tersebut kerana, jikalau kita lihat, sepanjang hidup kita dalam konteks pendidikan di negara Malaysia, dari sekolah rendah ke sekolah menengah, markah itulah yang menjadi pentingnya individu dalam menentukan kedudukan kelas mana (daripada peringkat terbaik hingga yang lemah) bakal ditempatkan pada tahun hadapan. Secara kasarnya, “markah” sudah melambangkan penentuan golongan mana kita akan dikumpulkan berdasarkan kepintaran kita.

Saya kurang bersetuju sedemikian rupa malah dengan kaedah tersebut. Selepas saya tamat pengajian menengah dengan keputusan yang cemerlang, alhamdulillah, 2006, saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke negara yang baru lebih sedekad jatuhnya fahaman komunis iaitu Persekutuan Russia. Sesungguhnya, pengajaran dan pembelajaran di sini, rata-rata berbeza, terbalik seratus lapan puluh darjah daripada tanah air sendiri.

Ternyata, penyelesaian hanya dengan buku dan fakta itu tidak memadai untuk menilai dan mendapatkan jawapan, lalu pengalaman yang luas, insha Allah, mampu membuka minda dan pengetahuan dalam memahami dan belajar, sekali gus sedikit demi sedikit mendekati kepada jawapan yang sekian lama dicari.

Ujian-ujian mata pelajaran yang berasaskan atau mengutamakan lisan adalah antara yang terbaik untuk menilai kefahaman dan sejauh mana kita mendalami sesuatu ilmu. Ujian lisan bukan sahaja kita menyatakan jawapan dengan mulut dan suara, malah ia akan membabitkan pelbagai faktor yang diambil kira, seperti, tingkah laku (attitude), tindak balas (response), penerangan (explanation), dan banyak lagi. Maka, jikalau satu fakulti itu mempunyai seratus pelajar, maka kita akan dapati pelbagai persembahan jawapan-jawapan pelajar kepada pemeriksa.

Kadang-kadang, semasa dalam sesi ujian ini, peluang untuk membentangkan hujah kepada pendirian jawapan kita juga berlaku. Sesi diskusi bersama pemeriksa tidak terkecuali juga, sehinggakan informasi yang jarang didapati sepanjang sesi kuliah dan seminar yang lepas, ‘secara percuma’ menjadi ilmu tambahan hasil dapatan ujian lisan ini.

Sangat ajaib bagi sesiapa yang memanfaatkan serta memahami falsafah kepada pentingnya ujian lisan bagi setiap individu. Bukan sahaja melibatkan ciri-ciri yang dinyatakan tadi, malah mengasah keterampilan dan sedikit sebanyak nilai kepimpinan setiap jiwa kita.Tambahan , proses ini dilakukan selama enam tahun bagi sesiapa yang mengambil bidang perubatan di Russia ini.

Nah, secara tidak langsung kita mendapati antara pembelajaran yang berkesan itu bukan setakat dengar, melihat, menulis, menghafal, membaca, dan menelaah. Kesemua ini mestilah diluahkan dalam bentuk lisan sama ada, dibahaskan, dibincang, untuk tidak bersetuju dan sebagainya. Ini kerana, akhir kepada proses ujian lisan ini tertumpu kepada  persetujuan bersama antara pelajar dan pemeriksa sama ada tepat atau hampirnya kepada benar dalam segalam persembahan jawapan. Selesai sesi ujian, pemeriksa menilai dengan empat markah: “2”- gagal, “3”- memuaskan, “4”- baik dan “5”- cemerlang.

Oleh itu, setiap dari kita, perlu mewujudkan apa-apa medium yang berasaskan lisan dalam menilai akal kefahaman kita kepada sesuatu perkara selepas mengkaji dan mempelajari melalui segala kaedah. Penegasan saya kepada petikan kata-kata di awal penulisan ini, adalah benar. Markah hanya satu cara dalam institusi pendidikan untuk menilai, tapi ia bukan segala-galanya walaupun bagus dan baik. Hakikat ini perlu disedari, sebagai doktor contohnya, kemahiran(skills) dalam komunikasi, pemeriksaan kondisi pesakit, memutakhirkan keputusan; serta tingkah laku(attitude) yang profesional adalah penilaian kepada bagus atau tidaknya seorang doktor itu, bukanlah markah.

Allahu Taa’la A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s