Bersaudara.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Sejak kecil lagi, secara fitrahnya, apabila kita bertemu dengan seseorang kemudian kita senang dengan kehadirannya dalam diri kita, lalu wujud satu ikatan secara universalnya dipanggil sebagai kawan, teman atau sahabat.

Fitrah ini tidak akan pupus malah sentiasa diadaptasikan sepanjang kita meningkat usia. Dari segi fitrah sedemikian rupa, namun apabila kita menimba ilmu dan berpengalaman dalam merentasi liku-liku kehidupan, maka bermacam-macam definisi dan falsafah boleh mengevaluasi keterikatan seseorang dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, asalnya ia tetap sama juga, individu berhubung antara satu sama lain.

Istimewanya ikatan ini dalam hidup manusia, lalu usaha bersungguh-sungguh selalu dicurahkan dengan pelbagai cara untuk mengekalkan talian antara manusia ini. Kembali kepada asas, Allah subhanahu wa taa’la yang menciptakan manusia, maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita dalam mengeratkan ikatan pertalian antara manusia, apabila dijaga dan dipelihara tidak akan renggang dan putus sampai bila-bila.

Di dalam al-Quran, hubungan ini disebut dengan nama ukhuwah, bermaksud persaudaraan. Ukhuwah diertikan dengan terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah. Masuknya kedalam islam dengan berpaksikan syahadatain

لا إله إلاّ الله و محمد رسول الله

“Tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, adalah sekukuh-kukah dan semulia-mulianya ikatan bagi para muslimin.

Selain itu, pentingnya ukhuwah ini kerana ia sangat rapat kepada keimanan, manakala, sebaliknya iaitu perpecahan pula adalah membawa kepada kekufuran. Jelas bahawa Allah subhanahu wa taa’la berfirman dalam surah al-Hujurat, “sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. .”[10] Natijahnya, para mukminin ini tidak hidup bersendirian, malah hidup bersatu hati dan rohaninya dalam kesatuan atau secara kolektif.

Menurut imam syahid Hasan al-Banna, beliau menyatakan, kesatuan ini tidak akan wujud, apabila ukhuwah para mukminin ini tidak diasaskan dengan cinta kasih sayang antara satu sama lain. Sedaya upaya cintai dan berkasih sayanglah, sungguh, minimum cinta dan kasih sayang antara mukminin itu adalah berlapang dada, manakala maksimumnya adalah ‘itsar’, iaitu mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.

Insha Allah, tiada ruginya ‘itsar’, kerana Allah subhanahu wa taa’la merakamkan sikap ini dalam surah al-Hasyr ayat ke-9, yang ditunjukkan para mukmin dalam sirah, di mana kaum ansar yang sangat mencintai kaum muhajirin, memberi apa-apa sahaja kepada saudaranya kerana mengutamakan mereka berbanding diri sendiri, tanpa menaruh sebarang perasaan sedikit pun di dalam hati. Inilah golongan yang dikatakan

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksud: “. . . dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada kebakhilan, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”[9]

Seorang mukmin yang benar itu melihat saudara-saudaranya lebih utama daripada diri sendiri, kerana, jika dia bersama-sama dengan saudaranya, maka dia akan bersama dengan yang lain. Jika dia tidak bersama merekka, dia akan terpinggir, malah mereka tetap akan bersama dengan yang lain. Situsasi ini dapat difahami dengan analogi serigala yang hanya memakan biri-biri yang terlepas bersendiri, serta seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan di mana saling mengukuhi.

Allahu Taa’la A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s