Janji Kami Sebagai Doktor.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Segala pujian hanya bagi Allah subhanahu wa taa’la, dan daripadaNya segala ilmu kami memohon dan Dia-lah yang mentaqdirkan dan menetapkan rezeki bagi setiap hambaNya.

Daripada kesinambungan saya tentang sumpah seorang doktor, benarlah, sungguh kami memikul ikrar sumpah itu dengan atas kesedaran kami setelah bersedia selama enam tahun sekurang-kurangnya. Secara jujur, saya gemar untuk memegang ikrar janji sebagai seorang doktor muslim di dalam The Oath of a Muslim Doctor. Selari dengan tujuan hidup manusia iaitu utk melengkapkan kehidupan tertumpu kepada U’budiyah, maka Oath ini sangat berkesan kepada saya.

Namun begitu, apa kurangnya Hippocratic Oath (Modern Version), ia juga baik pada dasarnya, kerana secara fitrah, semua amal kerja mesti tertumpu atas niat dan perbuatan yang membawa dan ke arah kebaikan.

Isi-isi penting, ikrar sumpah yang terkandung dalam Hippocratic Oath (Modern Version) seperti berikut :

1. Menghormati kerja sumbangan kajian ilmu saintifik dalam kalangan saintis doktor, dan suka berkongsi ilmu tersebut seperti ilmu yang kita punyai suka untuk beri kepada orang lain.

2. Mengubati penyakit dengan segala prosedur yang diperlukan, dan elak daripada rawatan melebihi had atau kurang memberi rawatan yang sepatutnya.

3. Sentiasa ingat bahawa kemesraan, simpati dan persefahaman boleh didapati dalam seni dunia perubatan dan sains walaupun ia boleh didapati pada pisau bedah pakar bedah ataupun ubat-ubatan pakar farmasi.

4. Tidak berasa malu untuk menyatakan “saya tidak tahu”, dan memerlukan bantuan sahabat lain (doktor) untuk membantu dalam memulihkan pesakit.

5. Menghormati privasi pesakit, kadang-kadang ada masalah yang tidak diberitahu kepada saya kerana risau seolah-olah satu dunia akan tahu.

6. Mesti berhati-hati dalam perihal hidup dan mati. Jika saya menyelamatkan nyawa pesakit, alhamdulillah. Tetapi, di atas tangan saya juga, pesakit boleh meninggal dunia. Tanggungjawab yang sangat “hebat beratnya” ini mestilah dipikul dengan teramatlah rendah diri dan sangat sedar akan kelemahan diri. Oleh itu, usah mengada-ngada ambil peranan malaikat maut atau menyekutukan Allah subhanahu wa taa’la  (seoalah saya yang boleh tentukan pesakit hidup atau mati).

7. Beringat dan janganlah meletakkan “mind set” ‘saya merawat demam atau sel tumor, dan lain-lain’. Tetapi, sepatutnya ‘saya merawat orang yang sakit (pesakit)!’ di mana penyakit pesakit itu ada kebarangkalian boleh menjejaskan ahli keluarga dan orang terdekat dengannya, malah ekonomi pesakit tersebut. Tanggungjawab merawat mesti melibatkan perkara-perkara yang berkait-rapat dan mesti ambil berat seoptimumnya.

8. Akan cuba untuk mencegah penyakit semampu yang boleh. Mencegah itu diutamakan daripada merawat.

9. Mesti beringat, walaupun saya seorang doktor, tetapi saya tetap sebahagian daripada masyarakat, mempunyai kewajipan khas untuk manusia dari segi jasmani, rohani dan minda (akal).

Rujuk: Hippocratic Oath (Modern Version)

Oleh itu, inilah ikrar kami, di mana orang memanggil sebagai “sumpah”, “janji” malah apa pun perkataan seumpama dengannya; Namun disebalik perkataan itu hanya satu iaitu : “Kamu bertanggung jawab memikul kewajipan untuk buat apa yang diikrarkan, melanggarnya adalah suatu yang mesti diadili. Sungguh, pengawasan, saksi dan pengadilan yang terbaik mengatasi segala-galanya adalah Allah subhanahu wa taa’la !”

Wallahu Taa’la A’lam

One thought on “Janji Kami Sebagai Doktor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s