Bintang dan Dollar dalam bulan Ramadan?

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Star bermaksud bintang, manakala bucks adalah erti kepada wang dolar amerika, di mana mereka lebih memanggil bucks berbanding US dollar dalam perbualan seharian. Star + Bucks = Starbucks.

Apabila melihat kepada jualan di starbucks untuk berbuka puasa bagi umat islam di Malaysia. Rasa meremang bulu roma malah sedih jika masih ada sesiapa yang tidak mengambil berat  isu umat islam di seluruh dunia, khasnya muslimin di Palestin.

‘Boikot Israel’ sudah lama berlangsung, terutamanya maklumat dan kempen “Boycott Israel Campaign” masih berjalan sehingga saat ini. Lebih-lebih dilancarkan oleh ‘Innovative Minds’ dalam laman sesawang (website)-nya memperincikan bilangan barang-barang, jenama-jenama, syarikat-syarikat dan apa jua yang mempunyai kaitan dengan Israel, patut di boikot dengan kesedaran diri dan maklumat yang telah disisipkan begitu dalam perinciannya; justeru itu, ia menjadikan sebab “mengapa saya perlu boikot israel!?”

Begitu juga dengan Starbucks. Israel dan USA (yang merupakan rakan karib negara haram itu), sehinggakan ada orang kata, memang sangat tepatlah nama starbucks itu mengaitkan hubungan israel dan USA menerusi maksud Star = star of David, serta Bucks = US Dollar. Kedua-dua ini terang lagi bersuluh musuh kepada umat islam.


Maklumat Penting [klik]:
1. Mengapa Boikot Israel?
2. Mengapa Boikot Starbucks?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s