Aku Ingin Ke Sana.

[Nota: penulisan ini hanya bertujuan untuk berkongsi🙂 ]

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Semalam, hari Ahad, 16.09.2012, saya difahamkan oleh pengacara rancangan pagi Assalamualaikum,Amin Idris, bahawa inspirator dan pakar motivasi yang berkesan iaitu, Stephen R.Covey telah meninggal dunia akibat komplikasi daripada kemalangan terjatuh dari basikalnya; lalu diadakan segmen khas mengenangkan buku-buku motivasi beliau terutamanya “7 Habits of Effective People”.

Secara jujurnya, berita ini baru sahaja sampai ke telinga saya, lalu saya menyemak kebenaran berita itu di wikipedia bahawa, sah beliau telah ‘pergi’ pada 16 Julai tahun ini (2012); ternyata saya terlalu sibuk dengan dunia sendiri sehingga terlupa barangkali ada orang yang telah menghebahkan pemergiannya.

Menarik tentang beliau, adalah apa yang di senaraikan oleh beliau dalam “7 Habits Of Effective People”. Ia sangat memberi kesan kepada diri saya kerana selama 24 tahun ini, pengalaman hidup telah mengajar saya cara berkesan dalam membentuk diri, namun begitu, buku beliau menambahkan keyakinan bahawa apa yang saya lakukan itu benar dan tepat secara fitrahnya.

Yang paling ketara ialah, “Begin With The End In Mind”. Saya memahaminya sebagai cita-cita. Berbalik kepada kisah hidup saya, sejak berumur 7 tahun lagi, di bangku sekolah rendah, terdapat satu buku catatan rekod pelajar di mana setiap pelajar perlu mengisikan cita-citanya, sekurang-kurangnya 3, dan perkara ini di ulang-ulangi saban tahun. Paling kerap saya menentukan cita-cita saya adalah ‘doktor’,’peguam’ dan ‘pelukis’. Ketiga-tiga ini semua berasaskan minat yang tinggi semata-mata.

Allahu taa’la a’lam (Allah lebih mengetahui), mengapa saya memilih dan cenderung kepada doktor, sedangkan tiada sesiapa dalam kalangan ahli keluarga, keluarga besar, keluarga sahabat handai, meskipun doktor yang selalu saya jumpai tatkala demam dan sakit, bukan menjadi motivasi diri untuk memilih profesion ini.

Namun, secara jujurnya, hanya satu alasan sahaja yang dapat dikemukan jika sering ditanya sejak dahulu lagi,adalah: “Dapat membantu orang lain”. Ya, inilah alasan dan niat pada peringkat awal yang sangat tinggi menggunung. Saya mesti mencari jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada cita-cita ini.

Semenjak bermulanya aktivit kokurikulum sekolah rendah, saya dengan serta-merta menganggotai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Di Peringkat sekolah rendah, tidak banyak pendedahan kepada kesihatan meskipun terlalu banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Cukup memadai menyertai PBSM pada ketika itu bagi menunjukkan kebersamaan dalam dunia kesihatan.

Peringkat sekolah menengah,dari tingkatan 1 hingga 5, adalah tempoh yang sangat penting melibatkan badan beruniform PBSM, kerana PBSM di sekolah saya teramat aktif dengan aktiviti luar sekolah (tidak kurang aktiviti dalam sekolah juga) yang melibatkan kesihatan dan perubatan, tambahan lagi hubungan yang akrab dan sering dipanggil untuk kerja-kerja sukarelawan oleh ‘PBSM Cabang Johor Bahru’ (merupakan canwangan unit PBSM peringkat daerah) ketika tingkatan 1-3 di SMKBBU JB; manakala semasa tingkatan 4-5 di SM Sains Muar telah meningkatkan keaktifan PBSM di sekolah itu; mengisi pelbagai pengalaman dan mengasah minat kepada bidang yang telah dipilih sejak dari dahulu lagi.

Dengan pelbagai rancangan di minda untuk cuba mendapatkan biasiswa dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan telah dibuat sejak seawal mungkin. Alhamdulillah (Segala pujian bagi Allah), Allah subhanahu wa taa’la telah membuka rezeki untuk menerima biasiswa penuh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ‘program luar negara’ setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diduduki pada tahun 2005, kemudian ‘terbang’ ke Moscow,Persekutuan Russia pada tahun 2006 ke I.M.Sechenov Moscow Medical Academy/MMA (sekarang: I.M.Sechenov First Moscow State Medical Academy/FMSMU).

Alhamdulillah Tsummalhamdulillah, tahun 2012, telah tamat pengajian dari fakulti perubatan dan pulang ke Malaysia bagi mengambil langkah-langkah untuk terus menjadi doktor yang sebenar. Bagaimana dengan niat yang asal dahulu? Sudah Berubahkah? Jawapannya “TIDAK”. Malah, segala pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang ini,telah mengembangkan lagi minat dan niat untuk lebih besar dan menyeluruh lagi berasaskan “membantu orang lain”.

Secara jujurnya, alasan ini pernah ditertawakan malah dianggap sangat tipu, kerana selalunya orang memilih profesion ini kerana pangkat “Dr.”, gaji yang tinggi, orang pandang tinggi dan lain-lain. Memang tidak dinafikan bahagian-bahagian sampingan itu menjadi bonus kepada mereka yang memilih bidang ini. Namun begitu, berhati-hatilah, secara fitrahnya terutamanya bagi muslim, terlalu angkuh, takbur, sombong, suma’h, ujub dengan segala aspek yang melibatkan jawatan doktor ini akan memusnah keikhlasan, maka ia keberlangsungan kepada buruknya akhlak individu itu. Maka ia akan menimbulkan kebecian makhluk bumi dan langit. Apatah lagi amalan-amalan duniawi yang boleh membawa kepada kebahagian ukhrawi dengan jawatan sudah menjadi debu, sungguh hina pada pandangan Allah, Rabb sekalian alam. Berhati-hatilah!
(Pesanan untuk diri sendiri jua)

Allahu taa’la A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s