CCTV

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most merciful.

Selepas penat menghabis waktu menghadiri seminar sepanjang hari, semua pelajar beredar dan menuju ke tempat penginapan masing-masing. Tidak terlepas dua orang sahabat karib ini, Ahmad dan Muhammad, juga bergegas ke hostel yang mereka diami di kawasan universiti mereka. Dalam perjalanan mereka sambil melihat-lihat pemandangan kawasan universiti dan senja petang yang indah menguning, lantas perbualan mereka berlangsung:

Ahmad : Muhammad! Aku terasa nak berjinak-jinak dalam perniagaan-lah!

Muhammad : Bagus! Boleh aku join sekali? Apa yang engkau nak jual?

Ahmad : Boleh saja. Aku percayakan engkau untuk jadi partner bisnes aku nanti, sebab aku dah kenal peribadi engkau, jadi aku percaya sangat pada engkau. Itulah. . .aku tak pasti lagi nak jual apa.

Muhammad : Aku cadangkan engkau mulakan dengan jualan makanan ringan. Apa kata kita jual pelbagai kerepek kemudian kita letak di tingkat bawah hostel kita. Sebungkus harganya seringgit. Peringkat permulaan ni, kita jual lima puluh bungkus. Sebelahnya kita letak tabung untuk pembeli bayar letak sahaja dalam tabung tuh. Makanya, kita tak perlulah tunggu pelanggan. Malah kita biarkannya, dan kita terus sibuk dengan kerja kita di kampus. Amacam?

Ahmad : Bagus juga idea engkau, Muhammad. Tapi. . risiko ruginya tinggi tau! Selalunya-lah, aku risau kalau-kalau nanti barangan jualan ada orang ambil, tapi tabungnya tak terisi juga dengan duit beliannya. Bahkan kita tak tahu siapa yang mengambilnya. Susah kita nanti.

Muhammad : Cakap pasal perkara ni. Aku pun risau juga. Sebenarnya idea ni timbul sebab ada kawan aku dulu pernah buat. Jadi sebab tuh aku terus cadangkan pada engkau. Iya-lah, memang berlaku pada kawan aku tuh.

Ahmad : Kan~! Susah kalau orang-orang kita ni, yang panggil dirinya muslim, tetapi tiada sifat “ihsan”. Dalam hadith Jibril riwayat Muslim, nabi Muhammad ﷺ mendifinisikan “ihsan” itu iaitu: “Tatkala kamu beribadat kepada Allah seoalah-olah kamu melihatNya;Jika kamu tidak merasakan melihatNya,sesungguhnya Dia melihat kamu!”. Analoginya, seperti CCTV Allah. Meskipun setiap perbuatan kita ini baik atau buruk;kita boleh terlepas dari keterlihatan oleh makhluk di muka bumi ni, tetapi Allah subhanahu wa ta’ala sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Muhammad : Betul tu, Ahmad. ish ish ish *menggeleng kepala* Manakan tidaknya mereka nak merasakan seperti begitu. Bahkan ihsan ini sangat rapat dengan soal aqidah kita. Aqidah ini adalah kepercayaan yang mendalam,kemudian dengan yakinnya akan kepercayaannya tu akhirnya menimbulkan keimanan. Makanya, Aqidah islamiah-nya yang tidak kukuh atau kuat, masakan diorang nak merasakan ihsan tersebut. Ini yang berat nih!

Ahmad : Na’uzubillahi min zalik (Kami mohon perlindungan dengan Allah daripada perkara sedemikian).

Muhammad : Beginilah, Ahmad. Apa kata kita buat juga. Tetapi untuk seminggu dua sahaja. Kita buat untuk survey ada pembeli yang berminat atau tidak. Cuma rugi sikit lah kita waktu tu, huhuhu. Setuju?🙂

Allahu ta’ala A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s