Jaulah Usrati -Tioman part 1 (Jaulah bajet)

Bismillahirrahmanirahim

Jaulah adalah perkataan arab , bermaksud kembara. Semasa kami bergelar pelajar, jaulah adalah sebahagaian asam garam kehidupan. Tterutama bagi yang terlibat dalam usrah dan dakwah, jaulah adalah elemen penting dalam merealisasikan matlamat dakwah. Tidak kiralah jaulah untuk menambah ilmu dan pengalaman, kadangkala untuk meeting / perjumpaan bagi menganjurkan sesuatu majlis ilmu/daurah pun kami harus keluar daripada comfort zone dan berjaulah.

Berjaulah bukan semudah bercuti atau holiday atau saja jalan jalan. Ya, ia mungkin ada persamaan fizikal (jasadi) seperti perancangan tentatif perjalanan (itinerary) , beli tiket flight/bas dan sebagainya, namun dalam merangka jaulah, ia menuntut penglibatan ruhiyah. Matlamat dan niat jaulah perlu jelas. Matlamat jaulah tidak boleh tidak, mesti menguntungkan dakwah dan tarbiyah sama ada untuk individu itu sendiri atau mad’u (targetted audience).

Semasa saya bergelar student, alhamdulillah saya sempat mengutip pengalaman sebagai jaulah planner. Saya pernah berjaulah ke negeri- negeri di United Kingdom ,Spain, Ireland,  Czech republic, Makkah dan Madinah sepanjang 2 tahun setengah saya merantau. Setelah bertahun lamanya tidak berjaulah, inilah masanya saya menajamkan skill dan mengaplikasikan kemahiran yang dah berhabuk itu dalam misi jaulah terbaru kami- Jaulah Keluarga (Usrah) ke Tioman.

So Ummu Fateh in action! hehe

=====================================

Tips -tips jaulah ke tioman.

Sebelum saya mulakan catatan hari-hari kami di tioman, suka untuk saya senaraikan tips-tips jaulah ke sana mengikut pengalaman kami sekeluarga.

  1. Tetapkan niat.                                                                                                               *Sebagai isteri dan ibu, niat saya untuk berjaulah adalah untuk meluangkan masa berkualiti dengan keluarga setelah bergolok gadai menghabiskan housemanship, mendedahkan keindahan ciptaan allah kepada anak sejak usia awal termasuk bawa anak berusia setahun 8 bulan snorkelling ni laut lepas (laut ok, bukan pantai cetek hehe) untuk pupuk perasaan berani , seberani semangant Sultan Muhammad Al Fateh. Amin.
  2. Pilih masa yang sesuai. Elakkan pergi ketika angin monsun sekitar bulan October-Februari.  Angin dan ombak terlalu kuat. Ketika ini, banyak resort tutup dan jadual feri mungkin tak kerap. Paling teruk jika anda terkandas di pulau, kerana ada sahabat saya terpaksa stay 3 hari extra di pulau kerana perkhidmatan feri tergendala kerana angin kuat. Kopak juga lah poket sebab kena extend accommodation.
  3. Persiapan mabuk laut. Jika laut tenang, perjalanan mungkin mengambil masa sejam setengah hingga 2 jam. Tapi awas, jika angin kuat, aduh boleh makan masa hingga 3 jam.                                                                                   Pengalaman saya, ombak ketika itu sederhana kuat , tapi penangannya mashaaallah, rasa macam halfway tengaah laut tu, rasa nak cancelkan sahaja jaulah.Tapi kena hadap jugaklah, takkan nak berenang sendiri balik Mersing kan? Saya muntah 3 kali dalam masa 2 jam. fisiologi badan dah tunggang langgang, profuse sweating, palpitation, headache, irritable jugaklah. memang badan flat habis. Masa tu telan berkilo kilo asam boi ke, gula mentos ke, Maxolon ke ( pil tahan muntah) memang dah terlambat. Tadah je lah dengan plastik muntah. haha.  Jadi, sebelum bertolak pastikan sediakan plastik,setengah jam sebelum berlepas, bolehlah ikhtiarkan makan pil tahan muntah, makan asam ke. Inilah cabaran terbesar ke tioman bagi saya.
  4. Bawa stok makanan  sendiri.                                                                                     Sangat penting jika anda berkeluarga sebab haruslah jimat. Lebih lebih lagi bawa anak, memang kadang kadang , macam-macam lah perangainya. Nak minum, nak makan tak ikut masa. Jadi bawa sardin, tuna, roti, mineral, susu anak, termos dan lain-lain. ps: elakkan bawa mi segera atau junk food ya. Jangan biasakan amalan ini dalam keluarga. Inshaallah keluarga tarbawi adalah keluarga yang sihat.
  5. Label beg/luggage.                                                                                                       Disebabkan trauma dengan kejadian luggage kami ditinggalkan di jeti lain-jeti Tekek oleh pekerja (kerana tersilap, pekerja sangka beg itu kepunyaan penumpang yang akan menginap di Tekek sedangkan kami menginap di Salang), inshaallah pengalaman ini sangat berharga untuk dijadikan pedoman pada masa akan datang. Jadi label beg anda, contoh nama, nombor telefon , dan destinasi jeti. TULIS BESAR BESAR SUPAYA PEKERJA TAK SESUKA HATI TINGGALKAN BEG KITA DI JETI LAIN.
  6. Bawa cash yang mencukupi ,lebih baik baik bawa extra.                                      Saya dan zauj memang dah rancang kewangan mengikut bajet. Tapi disebabkan berlaku musibah beg tertinggal di jeti lain, putih mata juga lah sebab hari pertama sampai kami terpaksa beli T shirt dan seluar souvenir Tioman untuk dipakai waktu tidur. huu, memang lari bajet sikit. maklumlah baju habis kena muntah , termasuk baju zauj sebab saya muntah kat dia (hihi, jazakallah baba sebab sangat setia melayan ummi yang mabuk laut tu). Lagipun, mesin  ATM terhad ada di Pekan Tekek sahaja. Makanya, jangan lupa bawa extra cash (letakkan di luar bajet anda sebagai wang kecemasan).
  7. Bermanis muka dengan penduduk pulau.                                                             Orang pulau Tioman memang terbaik! Sangat peramah dan baik. Selain memudahkan anda bertanya jalan , fadhilat lain adalah  anda mungkin boleh kow tim harga snorkelling murah sebab orang pulau kebanyakannya memiliki bisnes servis snorkelling, kayak, bot laju, diving, chalet dan restoran. Anda bebas duduk duduk santai dengan mereka dan berbual-bual. once dah tahu, kalau mereka ada tawarkan servis yang menarik, boleh tawar menawar dengan mereka. Inshaallah mereka ni baik je, Untung-untung dapat harga murah atau free . hehe. Oh ye, kalau anda berjiwa daie kental, boleh juga berdakwah. Boleh lah masukkan unsur akhlak akhlak islami semasa berbual bual kan. Oh nak promote kalau anda tinggal di Salang, boleh try kow tim dengan Kak Rai. Kak Rai ni ada kedai souvenir dan juga perkhidmatan snorkelling. Kak Rai berkahwin dengan mat Salleh tau. Memang baik, peramah, suka menolong. Dialah yang tolong kami untuk dapatkan luggage kami. Moga Allah merahmati Kak Rai.

Setakat ini dahulu sebab hero mohamad fateh dah bangun tidur. Haruslah ummu fateh kembali ke medan , hehe.

 

 

FB_IMG_1455075951707

More pictures to come.

 

Ummu fateh

10 Feb 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s