Akal yang sempurna tapi mudah di abaikan.

Tajuk : Akal yang sempurna tapi mudah di abaikan.
(penulisan dari sudut pandang org biasa yg bukan “Ostad”)

cameron_1

Hello & Salamun A’laikum – QS 06:54

Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Pernahkah semasa kita melihat hutan yang menghijau, pelbagai pokok yang tumbuh disana yang berbilang usia yang berbeza, ternampak di sana pelbagai haiwan liar seperti burung yang tertenggek di atas dedahan pohon yg usang dan rendang, burung yg berterbangan secara berkumuplan malah ada yg bersedirian, monyet2 dengan gelagatnya beraktiviti di dalam sana, di atas pula dibumbungi langit yang cerah, berkepul-kepulan awanan dan sebagainya. Melihat kpd pemandangan sedemikian, datang rasa damai di mata dan di hati, subhanallah! cantiknya ciptaan Allah subhanahu wa taa’la.

Terfikir pula yang kita kita hidup pd zaman di mana depan mata kita sendiri melihat perangai dan sikap manusia mementingkan sifat kerakusan memenuhi nafsu untuk tidak menjaga alam sekitar dgn baik; sampah merata-rata, kadang-kala anak kecil yg dibawa oleh ibu bapa juga tidak dibendung drpd melakukan sebahagian tindakan vendalisme; pembangunan kawasan yg mendatangkan pencemaran dan sebagainya.

Perkara beginilah yang membuat kita terfikir dan menilai serta mencari penyelesaian dengan sebaik-baiknya, lalu melahirkan tindakan yg di atas ijtihad pandangan mendalam adalah salah satu nilai yg sgt bernilai tinggi, semua orang mampu buat tapi sgt mudah dan senang di abaikan dek melebihkan tindakan berlandaskan hawa nafsu mengikis neraca pertimbangan melalui akal yg di ciptakan Allah subhanahu wa ta’ala dgn sempurna secara optimum dalam menterjemah tindakan dalam bentuk perbutatan.

Dalam al Quran al Karim, byk ayat-ayat yg diterangkan kepada kita mengenai apa itu manusia yg digelar sebagai Ulul Albab. Golongan ini bukanlah insan yg terpilih seperti kenabian atau kerasulan. Tidak juga memerlukan penurunan wahyu drpd Allah subhanahu wa taa’la melalui perantaraan malaikat Jibril a’laihisalam. Tidak perlu drpd susur galur keturunan para wali, darah diraja, bangsawan dan seumpamanya yg dianggap mulia dan dibanggakan.

Golongan atau generasi atau insan yang digelar Ulul Albab ini adalah mereka yang berada di atas petunjuk (hidayah) iaini cara hidup (ad Deen) islam yg menyuluruh sbg satu neraca bg segalanya dalam meggunakan potensi manusia yg semua ada iaitu terletak di dalam tempurung kepala dan di dalam dada kita iaitu akal (عقل ) dan hati (قلب ) .

Ayat-ayat Quran al Karim yang menjelaskan mereka adalah Ulul albab :

1/ surah al Baqarah ayat 179, 197 dam 269

ayat 179 (baca 178 dahulu) :
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (178)

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran (أولوا الألبب), supaya kamu bertaqwa. (179)

ayat 197 :
. . Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya) (أولوا الألبب).

ayat 269 :
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya (أولوا الألبب)

2/ surah A li Imran ayat 7 dan 190

ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran (أولوا الألبب). (7)

ayat 190 (dan baca 191 juga) :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (أولوا الألبب) (190)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (191)

3/ surah al Maidah ayat 100

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran (أولوا الألبب), supaya kamu berjaya. (100)

4/ surah Yusuf ayat 111

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran (أولوا الألبب). (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (111)

5/ surah ar Ra’d ayat 19

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) (19)

6/ surah Ibrahim ayat 52

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran (أولوا الألبب), beringat dan insaf. (52)

7/ surah Sad ayat 29 dan 43

ayat 29 :
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) beringat mengambil iktibar (29)

ayat 43 :
(baca 41 dan 42 dahulu – mengenai nabi Ayub a’laihi salam tertkena penyakit tetapi diganggu hasutan syaitan lalu baginda berdoa kpd Allah subanahu wa ta’ala, mala dikabulkan doa serta disembuhkannya) kemudian ayat seterusnya;

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya – keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang). (43)

8/ surah az Zumar ayat 9, 18 dan 21

ayat 9 :
. . . “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب). (9)

ayat 18 (baca 17 dahulu) :
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu (17)

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب). (18)

ayat 21 :
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) . (21)

9/ surah Ghafir ayat 54 (baca ayat 53 dahulu)

Dalam ayat 53, Allah subnahu wa ta’ala memberitahu kita ketika zaman nabi Musa a’laihi salam menjadi rasul kpd umatnya iaitu Bani Israil, telah turun kpd mereka kitab Taurat sbg panduan; ayat seterusnya,

Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) (54)

10/ surah at Talaq ayat 10 (baca 1 sampai 9 dahulu)

Awal surah ini pd ayat 1 hingga 6, Allah subhanahu wa ta’ala menerangkan perintah hukum cerai – i’dah kpd kita.

Ayat 7 Allah subhanahu wa ta’ala mengkhabarkan perihal kemampuan dlm memberi nafkah dgn kaitan kurniaan rezeki dari Nya.

Ayat 8 dan 9 Allah subhanahu wa ta’ala memberitahu bhw ada umatnya dahulu mendustakan Nya dengan menlanggar perintah Nya di mana penyampai Nya adalah rasul – rasul yg di utus Nya. Maka Allah subhanahu wa ta’ala beri amaran yg semua amal itu di hitung, masa Hari perhitungan itu memanglah layak ke neraka (nau’zubillahi min zalik), barulah tahu kebenarannya dah terpampang di depan mata, tp dok dustakannye. . . kan dah rugi, menyesal tiada gunanya, nasi dah jadi bubur dah . . .

Lalu ayat seterusnya (kena baca 11 juga),
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna (أولوا الألبب) dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan – (10)

(dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh – dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian. (11)

Contoh mengaitkan dengan Isu Semasa.

Antara isu yg sedang ‘hot’ sekarang adalah mengenai satu forum diskusi yg bakal diadakan (10hb ri tu tak jadi, nantikannya pd 17hb Feb 2016). Tajuk EKSTRIMISM AGAMA DI MALAYSIA oleh ustaz Asri dan ustaz Zamihan.

Macam-macam hal berlaku sampai wujudnya platform diskusi ini. Tidak perlulah buat kronologi sehingga tercetusnya tarikh 17hb dan bertempat di PutraJaya nanti.

Sungguh menghairankan sejak daripada itu, pelbagai pihak termasuk sesetengah org cerdik pandai agama mengeluarkan memberi pandangan seolah-olah isu dan program (mereka kata) DEBAT (mungkin mereka juga menafsirkan berBALAH) ini tidak perlu diteruskan kerana boleh membawa kpd perpecahan umat islam secara umumnya.

Pd asalnya, sememangnya ingin dibuat pendebatan, saya yakin mereka memikirkan kemashlahatan umat maka sejak daripada awal-awal lagi tajuknya dan programnya hanyalah berbentuk DISKUSI atau nama lain PERBINCANGAN. Dimana kedua-dua panel di atas pentas yg sama, di tempat yg sama, di hadapan orang ramai yg mungkin ada di antara mereka itu yg cerdik pandai, dan akhirnya penghujungnya Allahu ta’ala a’lam bakal ada satu penyelesaian, atau masih berbeza pandangan, atau tak tahu lah apa yg akan berlaku penghujungnya nanti.

Natijahnya, orang ramai terutamananya umat islam akan menilai dan memilih.

Nanti ada orang baling kerusi kah? Bertumbuk sakan kah? Tidak bertegur sapa kah? Etc . .
Itu bukan akhlak islami tu. Tanya diri, adakah diriku muslim?

Sangat mengarut menyatakan perihal sedemikian membawa perpecahan yg merugikan. Cuba bayangkan di dalam internet terutamanya di Youtube?, sudah berapa banyak ceramah ustaz Asri dan ustaz Zamihan? Sudah berapa lama mereka berforum, berceramah, berkuliah, bersesi soal jawab dgn org ramai di bumi Malaysia ini?

Apakah perpecahan itu berlaku tatkala program diskusi itu berlaku. Tidak! Malang sekali, kalau nak mengira sedemikian rupa, sebenarnya sudah bertahun-tahun lamanya umat islam Malaysia ini berpecah. Apa tidakmya, kita sudah pun dibentangkan dan mencernakan dengan segala yg didapatkan melalui wadah yg bertahun-tahun lamanya melibatkan kedua-dua ustaz ini.

Ahah! Bukankah sepatutnya kita ini adalah seperti yg disebut dalam al Quran, surah az Zumar ayat 18 (baca di atas)?
Eh mestilah kan! Kita kan umat islam. . . Quran al Karim adalah ‘reference’ kita. Kita umat Muhammad sallahu a’laihi wa salam, bukan?

Allahumma faqihna fiddin. .
Ya Allah! Faqih kan lah kami dalam memahami ad Deen ini (islam)

Allah ta’ala a’lam
Allah subhanahu wa ta’ala knows best.

Al Faqir Abu Fateh
13 Februari 2016pd jam 1532

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s