Jaulah usrati (part 2)

bismillahirrahmanirahim

tarikh jaulah 2-4 februari 2016

 

Jpeg

Jpeg

“Baba, malam tadi ummi stay up tau, buat research accomodation bajet yang ada di Tioman. Nah ni listnya, cuba baba tengok,” ujar saya sambil menyerahkan buku nota khas untuk jaulah kami kali ini. Menjadi kebiasaan kami, saya selaku “chief de mission” mewujudkan buku kecil ala ala travelog yang mengandungi senarai penginapan, pengangkutan, perancangan perjalanan, belanjawan untuk jaulah keluarga kami.

Dalam bab women vs men ni, menurut seminar keibu bapaan yang dikelola oleh Pak Uteh yang pernah kami hadiri, memang wanita mempunyai kelebihan “jaringan sel-sel otak” yang lebih bercabang dan mampu multi tasking lebih baik daripada lelaki. Makanya menjadi tugas saya untuk bertindak selaku master mind dalam perancangan jaulah seperti ini.

Zauj pula kebiasaannya akan meneliti “kertas kerja ” yang disediakan oleh saya, dianalisa dengan kedudukan kewangan, masa dan lain-lain. Kami akan bersyura bersama dan keputusan dicapai melalui persetujuan bersama.

Ini adalah salah satu wasilah juga untuk memupuk persefahaman dan interaksi dalam keluarga. Jujur saya katakan, sebagai pasangan doktor (houseman), masa kami sangat terhad. Pernah berhari hari kami tidak sempat bercakap dan tidak berjumpa. Hanya berhubung melalui whatsapp. Terkadang, disebabkan kurang interaksi, ditambah beban kerja yang mendesak, boleh berlaku salah faham. (Namun alhamdulillah, sepanjang baitul muslim kami, kami tidak pernah bertengkar, jazakumullahukhair kepada zauj yang sangat penyabar dan tidak pernah meninggikan suara walaupun perangai saya kadang-kadang sukar dijangka. hihi)

Maka, jaulah adalah “projek usahasama” yang sangat berkesan untuk memupuk persefahaman, ukhwah ,ithar serta thiqah ahli jaulah kepada ketua jaulah merangkap ketua keluarga. Semua inilah yang kita pelajari melalui usrah dan jaulah yang kita pernah sertai sewaktu student dulu, kan adik-adik? (Rindu pula pada adik-adik usrah saya. Allah)

Baiklah, sebagai permulaan saya kongsikan perjalanan kami sebelum ke Tioman.

a)Pemilihan penginapan bajet.

Matlamat utama jualah adalah untuk mengutip pengalaman kembara dan mengukuhkan ukhwah. Jadi penginapan mewah sudah tentu terkeluar daripada perancangan. Saya akan membaca review blog mengenai penginapan bajet terutama percutian yang melibatkan keluarga yang mempunyai anak kecil. Nak tahu bajet kami? semestinya kurang RM 100 semalam.  Sebab matlamat utama adalah untuk menikmati keindahan alam di luar ciptaan Allah, bukan pemandangan di dalam chalet , kan?

b)Lokasi

Terdapat 5 perhentian jeti yang menyediakan kemudahan penginapan. Kita perlu tetapkan di mana penginapan kita, dan mengetahui jeti mana yang perlu kita berhenti.

i)jeti Genting

ii)jeti Paya

iii)jeti Tekek

iii)jeti Air Batang

iii)jeti Salang

Bagi kami, setelah membaca review blog, saya memilih untuk menginap di Salang memandangkan pantainya yang lebih cantik dan terdapat banyak penginapan yang bajet di situ. Walaupun terletak di jeti terakhir , tapi memandangkan ia menepati bajet, belasah aje lah. Hehe. Sebenarnya jarak jeti ke jeti taklah terlalu jauh dengan menaiki feri, beza dalam 5-10 minit sahaja. Cuma, semasa saya dah mabuk laut tahap 4 tu, memang rasa menyesal sangatlah sebab kenapa tak pilih jeti yang pertama untuk berhenti. Tapi menyesal sekejap je, sebab sampai je ke Salang, wah subhanallah cantiknya! Dan memang tak salah saya berkampung di Salang, orang-orangnya baik dan peramah serta pantainya memang cantik amat. Sangat semulajadi sebab belum ada binaan bangunan seperti di sesetengah jeti lain.

FB_IMG_1455075951707

c)Bagaimana menempah chalet?

Setelah membentangkan hasil research saya berkaitan chalet kepada zauj, maka sebulat suara kami memilih Nora Chalet. Terdapat beberapa chalet bajet lain di situ, antaranya Salang Pusaka, Salang Sayang , Salang Indah  , Puteri Salang Inn dan lain-lain   . Pada asalnya, saya berkenan dengan Salang Sayang yang terletak di hadapan pantai dan harganya pun murah. Tapi disebabkan kami pergi di hujung musim monsun,jadi banyak tempat masih tutup.

Contoh penginapan yang berhadapan dengan pantai seperti Salang Sayang dan Salang Beach Resort. Yang lain lebih terkebelakang sedikit. Tapi taklah terlalu jauh. Tapi tak apalah, sebab nanti memang kita akan ke pantai pun untuk menikmati pemandangan. Jadi, tak menjadi kemestian untuk mesti nak sea view kan? Tapi terpulanglah pada masing-masing.

Berbanding menggunakan emel untuk menempah, saya sarankan lebih baik call sahaja sebab mereka bukanlah seperti hotel-hotel di bandar yang ada connection yang bagus atau menggunakan trivago/agoda. Tapi kalau resort yang mewah sikit, mungkin adalah perkhidmatan trivago/agoda tu. Semasa saya call Nora chalet, pemilik seorang makcik. Tak surelah nama dia Nora ke tak, tapi memang sempoi makcik tu. Tak kisah nak check in atau check out pukul berapa. Dia selalu duduk bersantai di depan rumah dia, jadi memang kalau kita nak masuk chalet, memang selalu terserempak dia. Sangat baik, mintak jelah apa pun , dia sangat tak berkira. Rasanya dia bina chalet bukan nak untung sangat pun, mengisi masa lapang je kot.

Nak advice, di sini tak perlu nak tempah chalet air cond. Tak perlu sangat. konon konon saya pilih air cond sebab takut Fateh panas tengah hari nanti. Tapi most of the day, memang kat luar je dan acceptable je pakai kipas. Malam pun, kami pasang air cond sekejap je dah sejuk sangat. Harga bilik air cond RM 80 , bilik kipas RM 60. Kelengkapan asas sahaja lah tapi selesa. Kalau nak kettle, mintak je.

Jpeg

Jpeg

 

d)Makanan

Di sini harga makanan memang sedikit mahal, tapi janganlah compare dengan harga di tanah besar. mereka ni kesianlah sebab kena angkut bahan mentah guna boat, jadi memanglah makanan mahal sikit. contoh nasi goreng biasa dalam RM 7. Mahal dalam +RM 2 lah. Acceptable lagi. Dinasihatkan kalau roti, air mineral,biskut, , sardin sila bawa sendiri. Sebab sangat tak berbaloi setakat makanan macam tu nak beli kat sini. Bajet makan kami RM7 satu kepala.

Jpeg

Jpeg

 

e) Snorkelling

Terdapat banyak kiosk yang menawarkan perkhimatan snorkelling di sini. Cuma kena pandai survey dan tawar menawar. Saya nak promote Kiosk Kak Rai atau dipanggil Shukry Batek. Kak Rai ni penduduk Tioman yang berkahwin dengan seorang Mat Salleh. Kak Rai memiliki kedai cenderahati yang komersil dan harganya berpatutan. Untuk harga pakej snorkelling kami, RM 70 satu kepala. Fateh dia bagi free. Dia tak berkira sangat, nak pulangkan set snorkelling pukul berapa pun tak kisah. Dialah yang bantu kami dapatkan luggage kami yang tertinggal di Jeti Tekek tu. Memang wanita yang baik hati.

Jpeg

 

Setakat ini dulu perkongsian. Bukan main struggle kaum ibu bekerja nak menghabiskan satu entry blog.

 

ummu fateh

19 feb 2016

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s