Pemangsa yang sukakan kecomelan.

 

Kami sudah berpagi pagian menuju ke Waterfront Hotel,JB.

Asalnya, kami dijadualkan untuk ke Segamat bagi menghadiri kursus pengurusan Tuberculosis peringkat Jabatan Kesihatan Negeri. Saat akhir kami dimaklumkan tarikhnya ditunda. Makanya, hari yang lapang itu sudah pasti perlu direncanakan untuk aktiviti keilmuan bagi menggantikan aktiviti ilmu yang sudah ditunda.

Dengan pantas, suami mencadangkan kami menghadiri Talk “Lindungi Diri dan Keluarga, Perangi Pedofilia dan Jenayah Siber” anjuran Ikram Johor dan Jewel (Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor). Panel terdiri daripada pakar dalam setiap bidang, Saudara Syed Azmi, Pegawai Polis Kanan, Doktor Pakar Psikiatrik. Alhamdulillah bertemu jodoh juga kami dengan aktiviti luar usrah kami ini. Memang apabila naqibah mewar warkan aktiviti ini, kami sedikit terkilan kerana “clash” dengan kursus TB. Subhanallah, susunan Allah amat cantik.

P_20160924_132129.jpg


Ingin dikejar gerabak itu.

Sesampai di sana, kelihatan lautan manusia yang amat ramai. Bukan sekadar  kelihatan ahli Ikram , rama juga  yang hadir adalah non muslim dan masyarakat awam. Mashaallah, saya amat kagum dengan kegigihan warga Ikram Johor yang sangat aktif menganjurkan aktiviti kemasyarakatan , terbuka kepada semua lapisan ; muslim/non muslim; bertudung labuh/tidak (baca :belum) bertudung. Teringat ketika saya bergelar pelajar di Ipoh, kerap kali i/akhwat memuji gerakan dakwah di Johor lantaran kekuatan tenaga kerja yang sangat aktif. Akhirnya setelah bertahun berkelana, kami kembali berkhidmat di Johor. Saya membenarkan kata-kata yang pernah saya dengari dahulu. Sememangnya i/akawat di Johor amat hebat masyaallah. Saya yang baru beberapa bulan berpindah, sekejap saya sudah dapat ramai kenalan dan capaian serta menghadiri banyak aktiviti ilmiah anjuran Ikram Kulai/Johor.

Inshaallah jauh di sudut hati, moga Allah pilih kami kembali untuk mengerahkan kudrat yang masih bersisa ke jalan ini melalui pentas dakwah ini. Jika dahulu kami sangat basah jiwa mentajmik rakan pelajar , moga Allah lorongkan jiwa kami untuk kembali menghangatkan himmah dan hamasah serta mengejar kembali gerabak dakwah yang telah lama meninggalkan kami dek himpitan housemanship yang sangat menguji seluruh jiwa. Malah ini adalah salah satu objektif kami disatukan di bawah Baitul Muslim. Membina individu , keluarga dan masyarakat muslim.

Inshaallah, akan kami kejar gerabak dakwah itu!


 

huckle1

Richard Huckle , Pedofilia British yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak Malaysia.

 

Lampiran 1: Ucaptama Ketua Wanita Ikram Datin Paduka Che Asmah

a) Pedofilia : Istilah yang dikaitkan dengan individu yang (i) terlalu obses kepada kanak-kanak (ii) kurang keyakinan berdampingan dengan wanita (ii)mempunyai masalah interpersonal relationship.

b)ibu bapa masa kini perlu menuntut ilmu dan mengikuti perkembangan semasa. Hadiri sebanyak mana majlis ilmu yang berkaitan keibubapaan. Buka mata, buka minda.

c)Ibu bapa perlu membimbing anak melayari internet. Jangan lepaskan mereka dengan gadget yang berinternet tanpa pemantauan.

d) Ibu bapa perlu mengamalkan komunikasi terbuka. Kerap bercakap dan berbual-bual dengan anak-anak serta mempunyai hubungan yang baik dengan guru.

e) konsep pendidikan seksual:

(i) haya’- malu. perlu ajar anak-anak untuk berasa malu

(ii) menutup aurat dan mengetahui bahagian tubuh yang sensitif.

(iii) menjaga pergaulan

 

Lampiran 2: Syed Azmi (aktivis)

Semasa Syed Azmi mengambil alih pentas bicara, memang sudah terserlah ketokohan beliau sebagai pejuang masyarakat. Beliau mahir berinteraksi dan sangat berkobar-kobar butir bicaranya. Moga lebih ramai ketokohan anak muda akan lahir memperjuangkan rakyat marhaen.

Berikut butiran bicaranya yang saya sempat rakamkan.

(a) Gejala pedofilia berlaku di segenap masyarakat. Broken family/keluarga terhormat/ sekolah harian/sekolah asrama/ tahfiz. Siapa yang lakukan? keluarga/cikgu/ustaz/kawan

(b) Mengapa banyak kes “under reported’? sebab mahu jaga nama keluarga/ rasa malu.

(c) masyarakat kita suka menghukum. hanya tahu menuding jari padahal nasib kanak-kanak itu yang harus menjadi prioriti. Tetapi yang disibukkan siapa yang patut disalahkan.

(d)There are 6 steps in grooming process of pedophilia:

(i) target the victim

(ii)gain trust

(iii) fill the need

(iv) isolation

(v)make the relationship sexual

(vi) maintain the control.

(e) Apabila berhadapan dengan kes pedofilia, apa yang perlu dilakukan?

(i) Tenang! Tenangkan diri dan tenangkan mangsa. Apabila sudah tenang, baru buat report. Kerana banyak kes, apabila sudah sampai balai polis, mangsa nak tarik report sebab tiba-tiba takut.

(ii) Pembuat aduan perlu siapkan mental dan fizikal ketika membuat report. Membuat report melalui pelbagai tahapan. Perlu ke hospital dan melalui pemeriksaan doktor. Ini memakan masa berjam-jam sehingga terpaksa bermalam di hospital. Syed Azmi sendiri menyediakan beg yang berisi selimut, makanan, minuman untuk dirinya dan mangsa kerana pasti si mangsa akan berasa lapar/penat ditambah perasaan takut. Persiapan ini sedikit sebanyak dapat membuatkan mangsa selesa dan tidak takut untuk meneruskan membuat laporan polis sehingga selesai.

(f) Ketahulilah! Tanpa laporan kepada pihak berwajib, tidak akan ada statistik dikumpulkan. Tanpa statistik, tidak mungkin ahli Dewan dan parlimen akan bersidang untuk  mengusulkan undang-undang bagi memastikan penjenayah ini dihadapkan kemuka pengadilan.

Beliau menamatkan kalamnya dengan, jika kita mahu berbuat bakti dan berdakwah, berdakwahlah kepada masyarakat yang “underprivileged”. Jika kita hanya berdakwah kepada sesama golongan kita yang memang sudah baik, siapa yang mahu berdakwah kepada mereka yang dipandang hina oleh masyarakat?

Satu retotik yang sangat dalam maknanya

Lampiran 3: Segmen forum.

Antara soalan yang paling menarik diajukan adalah daripada audien yang merupakan pakar sakit puan Hospital Sultanah Aminah, JB. Soalannya:

Seringkali pihak doktor mendapat kes yang disyaki terdapat unsur sexual abuse. Namun, apabila diperiksa, tiada koyakan pada selaput dara. Kemungkinan besar, mangsa hanya diraba dan tiada tusukan atau unsur rogol berlaku. Melihat situasi ini, ramai ibu bapa tidak mahu meneruskan membuat laporan polis kerana ingin menjaga aib keluarga dan mahu selesaikan dalam keluarga sahaja. Sebagai doktor, apakan yang boleh kami lakukan supaya kes sebegini mendapat perhatian pihak berwajib memandangkan keluarga enggan membuat laporan?

Jawapan:

Walaupun keluarga enggan membuat laporan, kanak-kanak tersebut sebenarnya sudah dalam situasi bahaya. Apabila mangsa pulang semula ke rumah, mangsa terdedah kepada ancaman “predator” yang menggangunya. Mungkin dia akan diugut jika mendedahkan perbuatan jahat pemangsa.

Oleh itu, hendaklah pihak pegawai perubatan membuat laporan sama ada terang-terangan atau secara anonymous melalui cara berikut:

(i) talian nur 15999- doktor boleh memberi maklumat mangsa/ suspek/kejadian dan doktor boleh merahsiakan identiti beliau. Dengan “alert button” sebegini, pihak berwajib akan mengambil perhatian dan meletakkan geri geri mangsa dan suspek dalam pemantauan. Ini dapat mengelakkan sebarang kejadian yang lebih buruk berlaku seperti rogol/ugut dan sebagainya.

(ii) menurut DSP Tan, terdapat akta (maaf saya lupa akta nya, boleh tanya pada yang lebih berpengetahuan), pegawai perubatan harus membuat laporan sebarang salah laku jenayah walaupun keluarga enggan berbuat demikian. Ini sejajar dengan tanggungjawab sosial untuk membanteras jenayah. Jadi doktor tak perlu takut untuk tampil dan membuat laporan polis.

pedofilia2

 

Sampai di sini dahulu coretan saya. Inshallah ada kesempatan, saya akan update lebih lanjut lagi.

Moga bermanfaat.

ps: Jam dah pukul 11 malam. Esok ada audit Tb. Doakan saya selaku pegawai perubatan yang akan diaudit. Allahumustaan.

 

Ummul Fateh

1 muharam 1478./ 2 Okt 2016

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s