Doa dia yang berkerusi roda

Saat kami memasuki ruang dewan, mata saya menangkap kelibat satu susuk jasad. Seorang lelaki pertengahan umur.
Berkerusi roda.
Sedang duduk di barisan tengah.
Tangannya sudah bersiap siaga memegang pen dan buku nota.
gambar.jpg
Saya dan suami mempercepatkan langkah,mencari tempat duduk yang masih berbaki. Ah,terpaksa duduk di belakang sikit. Hadirin sudah memenuhi barisan depan. Asalnya mahu sampai awal, tetapi kekangan masa dan keperluan menguruskan anak menyebabkan kami sampai minit.
Mujur Ustaz Ebit Lew belum naik ke pentas.
Mata saya mencari lagi kelibat lelaki yang berkerusi roda itu.
Entah kenapa seperti ada sesuatu yang luar biasa yang sedang saya cari pada insan tersebut.
Beliau duduk di barisan hadapan saya. Adab menuntut ilmu. Perlu sampai awal sebelum guru dan duduk di barisan hadapan.
Seperti lelaki yang berkerusi roda ini.
Pergerakannya terbatas tetapi mashaallah , sampai lebih awal daripada kami yang sempurna tubuh fizikal.
 ………………………………………………..
…………………………………………….
 ………………
Sedikit demi sedikit, saya sudah mula menjumpai apa yang saya cari pada insan ini.
Ya,Saya mula melihat sinar ketabahan pada susuk tubuh ini yang mengharungi keterbatasannya demi mengejar segunung ilmu.
………………………….
………………
Suasana dewan amat tenang.
Setenang air yang mengalir di sungai taman-taman syurga.
Bicara Ustaz Ebit Lew berkumandang, penuh sayu. Dengan penuh minat, beliau mengajar kami dan membimbing kami.
 ………………………….
Antara ribuan kalimah ilmunya yang amat menyentap sanubari apabila beliau membuka bicara tentang “menumpang doa”.
Doa.jpg
Bicaranya:
“Apabila kita melihat orang-orang yang bersungguh sungguh berdoa dan beribadat sehingga mengalir air matanya lantaran kekhusyukan, angkatlah tangan kita dan “tumpanglah” doa mereka.
………………………
Setelah mengangkat tangan, seraya berdoalah:
“Ya Allah aku menyaksikan hambaMu itu datang kepadamu dalam penuh keterbatasan. Namun dia bersungguh sungguh  menangis dan meminta kepadaMu.Aku yakin dia adalah hambaMu yg sangat istimewa kerana hatinya amat kasihkanMu sehingga luruh air matanya.Aku yakin Engkau sedang mempekenankan seribu satu doa yg sedang dia panjatkan.Ya Allah,dalam banyak-banyak doaanya yang sedang Kau makbulkan itu, berilah sedikit kepadaku. Amin”.
………………………
Sesungguhnya baru saya tahu, kita boleh menumpang doa orang-orang yang istimewa di sisi Allah. Orang yang istimewa ini amat makbul doanya di sisi Allah.
Siapakah orang yang istimewa ini?
 ……………………
………………………
Mereka adalah orang yang lembut hatinya kepada Allah.
Mereka adalah orang yang amat kasihkan Allah.
Mereka adalah orang yang sentiasa bersangka baik kepada Allah walaupun dirinya sering ditimpa ujian.
Mereka adalah orang yang hidup dalam keadaan yang susah, tetapi mereka menempuh segala keterbatasan dengan seribu kekuatan.
Tanpa lelah.
Enggan mengalah.
Walaupun payah.
 ……………………
…………………………
Dan saat itu, ada butiran hangat jatuh ke pipi.
Saya seka, perlahan.
Namun, semakin lebat ia turun membasahi.
Seakan ada awan mendung berarak menyelubungi.
Menangisi diri yang penuh khilaf dan keji.
Entah sudah berapa lama saya sudah tidak menangisi akan diri sendiri.
Hati sudah membatu barangkali.
Setiap hari bergelumang noda, namun gelapnya hati ini untuk dipasakkan dan menangis di hadapan Rabbi.
Allah..sungguh aku sudah tidak istimewa di sisi Ilahi!
……………………
Di akhir sesi. Ustaz mengajak kami untuk berdoa. Mengambil keberkatan tatkala para malaikat yang tidak pernah ingkar kepada Allah hadir memayungi majlis ilmu pada hari itu.
Ketika ustaz mengetuai doa kami, seluruh dewan menangis.
Menangisi nasib diri yang lemah dan rindunya jiwa-jiwa ini kepada sentuhan Nur Ilahi dan belaian kasih Rasullulah yang telah lama meninggalkan kami.
Menangis bersungguh-sungguh.
Meminta dengan penuh berharap.
Memohon ampun atas dosa yang tidak bertepi.
…………………..
Habis basah tudung saya dengan air mata.
Mata sudah kepedihan.
Kepala sudah berpinar-pinar.
………………..
Namun, saya tahu semua itu bukan jaminan permohonan saya diperkenan.
Tidak sedikitpun menjadi tanda aras doa saya dimakbulkan.
………………..
Perlahan-lahan saya membuka mata yang sudah membengkak.
Entah mengapa kanta mata saya memantulkan imej lelaki OKU yang juga sedang khusyuk berdoa di hadapan saya.
…………….
Seraya saya mengangkat tangan dengan lebih tinggi dan menutup doa saya dengan:
” Ya Allah, aku tahu diriku bukan hamba yang istimewa di sisiMu. Tetapi aku yakin, Engkau sedang memakbulkan doa hamba Mu yang sedang berkerusi roda itu. Kerana di saat orang lain datang dengan penuh kesempurnaan fizikal, dia datang dengan penuh keterbatasan demi mengharapkan redha-Mu.
Maka Ya Allah, izinkan aku menumpang doanya. Jika Engkau sedang memakbulkan kesemua doanya, berilah sedikit kepadaku. Aku mohon dengan amat sangat Ya Allah”
 ………………………..
……………………..
Ketika kami melangkah meninggalkan majlis, hati terasa amat sayu.
Ada azam baru dalam hati.
Seakan ada tunas kebaikan baru yang terbit dari sanubari.
Jpeg

Jpeg

Ya Allah, kau istiqomahkan kami dalam  iman ketika kami menempuhi mehnah dan tribulasi hidup berbaitul muslim dan bermasyarakat. Kau peliharakanlah kami, Norshazwani Othman , Mohamad Raimi Radin beserta zuriat-zuriat kami daripada tergelincir daripada jalan-Mu untuk membawa Addin ini keseluruh alam.
Serta rahmatilah seluruh umat manusia dengan mereka tunduk kepadaMu.
Amin Ya Rabb.
Ummul Fateh
12/10/16

Leave a comment