Berkahwin dengan pasangan yang tidak dikenali , tidak pernah berdating mahupun bergayut di telefon bukanlah seindah khabar seperti kisah novel bercinta sebelum berkahwin atau cinta anta anti di kalangan “budak-budak usrah”. Hakikatnya ia memerlukan kesungguhan dan keikhlasan untuk membina rumah tangga yang diredhai dan sanggup merendahkan diri dan mengakui kelemahan diri di hadapan pasangan masing-masing serta tidak malu memperbaiki diri setelah berkahwin kelak.

Begitulah keadaannya dengan kami.

Setelah kami menikah setelah 6 bulan sesi bertaaruf, kami telah mengharungi jerih payah sebagai pasangan houseman di perantauan. Alhamdulillah dikurniakan dan mengandung semasa first posting, berjaya menyusu badan penuh selama setahun. Awal 2016, kami menamatkan housemanship training dengan penuh kesyukuran.

Sepanjang tempoh itu, bukannya hidup ini ditaburi bunga mawar na indah dan dihujani dengan nikmat keseronokan semata-mata. Ada air mata, ada kesakitan, ada pergaduhan dan bermasam muka.

Itulah asam garam rumah tangga.

Setiap episod hidup, terdapat ujian. Walaupun ujian kami tidaklah hebat seperti rumah tangga sahabat lain, kami telah matang dengan ujian kami yang tersendiri.

Antara perkara yang kami pelajari sepanjang melayari baitul muslim ini adalah tidak malu menundukkan ego masing-masing dan sanggup mempelajari daripada kesilapan lalu.

Yang membuatkan proses ini menjadi indah adalah duduk di meja muhasabah dan  saling berterus terang memberitahu kelemahan diri dan pasangan tanpa berkecil hati.

Untuk mencapai natijah ini, bagi kami adalah perlu bagi pasangan suami isteri bercita-cita dan merancang untuk menghadiri majlis ilmu atau jaulah ilmu bersama-sama (atau berdua-duaan) kerana dalam jaulah itu kita akan bersama-sama mendengar ilmu , diintepretasikan daripada persepktif suami isteri .

Dalam jaulah itu,  terkadang  diuji dengan sedikit kesusahan dan ketidakselesaan.

Terkadang dihiasi dengan gurauan dan usikan suami isteri.

Terkadang diindahkan dengan layanan romantis dan kasih sayang.

Inilah manisnya buah jaulah. Iaitu ukhuwwah fillah.

Inilah intipati bermakna yang kami perolehi daripada jaulah keluarga program Twins of Faith 2017 . Mendengar cetusan ilmu daripada Sheikh dan Ustadh yang datang daripada segenap dunia dalam program tersebut telah menerbitkan rasa insaf dengan kelemahan diri serta berazam untuk menjadi muslim yang bermanfaat kepada ummah.

Perkara bonus yang boleh kita dapati jika menghadiri majlis ilmu secara berjemaah atau bersama pasangan adalah kita boleh memuhasabah dan mengaudit diri di hadapan pasangan. Hasilnya, kita akan berazam untuk meningkatkan potensi diri serta membetulkan kesilapan. Inilah yang dipanggil resolusi program.

Inilah fungsi ilmu.

Ilmu yang bermanfaat  menghasilkan amalan yang baik.

Inilah matlamat ‘twins of faith”.

Faith – Akidah  dan Twins – gabungan ilmu dan amal,

Makanya akidah yang benar perlu disertai dengan ilmu dan amal.

———————————–

Sedikit perkongsian daripada Ustadh Wael Ibrahim dalam talk- Wife Not WIFI. Pada dasarnya beliau menggariskan panduan kepada pasangan yang menghadapi masalah lebih meluangkan masa dengan gadget/media social berbanding perkara yang lebih utama. Namun tips yang diberikan beliau amat berguna dan boleh digunapakai untuk memperbaiki kualiti diri dan menjadi mukmin produktif.

Bagi individu yang menghadapi masalah tidak dapat meguruskan masa dengan produktif atau ketagih dengan gadget/aktiviti media social: Ini adalah 7 tips daripada Ustad Wael Ibrahim.

  1. Pay your attention to your intention ( beri perhatian terhadap niat asal anda)

Setelah berazam dan berniat untuk lakukan sesuatu, hendaklah kita focus terhadap tujuan itu. Jangan merewang-rewang buat kerja lain atau scroll benda lain di media social.

  1. Prioritize your work. (buat jadual priority kerja- penting/kurang penting/segera/kurang segera)
  2. Motivational cues – (tampalkan kata-kata motivasi di dinding rumah)
  3. Naming the problems- muhasabah diri dan tidak malu mengakui masalah diri. Listkan masalah diri.
  4. Be productive- plan your day!
  5. Apply knowledge that you have learnt- amalkan ilmu yang telah dipelajari. Caranya, ajarkan pada org lain. Tanpa anda sedari, anda akan istiqomah mengamalkan ilmu baru itu.
  6. Take action! Do it whether you are motivated or not- laksanakan azam anda! Walaupun level motivasi anda tidak lah berapi-api.

 

 

P_20161225_105819[1].jpg

Tips 3: Motivational cues

P_20161225_105602[1].jpg

Tips 4: Naming the problems (Muhasabah )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s