Beramal-lah wahai diri!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

|Entry ini sudah ditulis sejak 29.7.2017|
father and son
Throwback gambar bersama-sama Fateh ketika ini, dan melihat sekarang ini tatkala menghadiri Family Day IKRAM Health di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah mengingatkan ketika dahulu beramal dengan laju dalam dakwah dan tarbiyah (d&t) di zaman universiti dahulu (Moscow), namun futur tatkala turun di medan amal sebenar seawal mulanya housemenship di Hospital Selayang ketika itu.

Aku gagahkan diri semasa posting pertama di jabatan perubatan, memulakan baitul muslim kerana sudah tahap wajib ke atas diri semasa itu, menempuh dunia baru dalam berumah tangga, mendapat cahaya mata lagi, akhirnya kami suami dan isteri mula tersedar akan sudah jauhnya kami dalam dunia d&t, maka resolusi-resolusi yang di buat antara kami sentiasa diperbaiki dan dilaksanakan.

Syura sentiasa diadakan antara kami berdua, tidak kira dalam suasana formal atau santai, menelanjangkan kelemahan dengan melunturkan ke-egoan serta berlapang dada, akhirnya resolusi-resolusi dikeluarkan oleh kami dan sentiasa diperbaiki agar tsabat di dalam jalan d&t.

family day

Sesungguhnya, buat pertama kalinya menghadiri Family Day IKRAM Health ini, terbeliak biji mata, terbuka kota fikiran yang sudah lama tertutup, rupa-rupanya sangat berat dan panjang d&t ini terutama dalam menjalankannya melalui dunia kesihatan ini.

Terlalu kecil dan sedikitnya amalanku, tetapi para ikhwah semua berlapang dada dan faham, namun itu bukan alasan untuk aku berada di comfort zone.

Surah Taubah : ayat 105, Allah subhanu wa taa’la berfirman :
“Dan katakanlah ‘Beramal-lah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya berserta prang mukmin akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata’, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Jazakallahu khairn kathira, Ummu Fateh Dr. Norshazwani Binti Hj. Othman

Wallahu taa’la a’lam.

al faqir Abu Fateh
P.s – Pada jam 1630H hari ini, 29.7.2017, telah kembalinya nenek ku Hjh Kamsinah ke rahmatullah. Perasaanku sangat bercampur baur, walaupun sedang meng-edit entry ini. Allahummaghfirlaha warhamha wa’fu a’nha.

Ihya Ramadan : Hidupkan Ramadan!

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dalam bulan Ramadan, amalan tradisi yang tidak pernah malap dalam kalangan masyarakat melayu adalah, ketika hampir waktu berbuka, pasti emak kita mengirim juadah yang dimasak ke rumah-rumah jiran, malah emak kita juga menerimanya daripada mereka. Amalan turun-temurun ini adalah satu adat tradisi sejak zaman-berzaman, dan sebagai seorang anak yang melihat ibu yang sungguh-sungguh melakukan itu, terasa ingin meneruskannya kerana dari pandanganku adalah satu amalan yang sangat baik.

Sebenarnya, amalan tradisi itu bukan satu kebiasaan atau adat masyarakat tertentu. Percayalah, ia adalah sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah ﷺ lebih seribu empat ratus tahun lalu. Ya, mungkin kita menganggapnya satu adat, dan kita melakukannya kerana asas amalan masyarakat kaum melayu yang berbudi dan sopan santun. Namun, ketika dahulu, barangkali, sunnah Baginda ﷺ sudah hidup dalam kehidupan masyarakat muslim dahulu kala, diturunkan dari zaman ke zaman, diperlihatkan kepada generasi ke generasi akan datang, lalu diikuti tanpa banyak soal. Maka, akhirnya, tercetak pada mentaliti kita bahawa ia adalah satu amalan tradisi atau adat, maka tidak tahu-menahu pun ia adalah sunnah nabi ﷺ.

Saya berhasrat untuk merungkaikan ketidak tahuan kita akan perkara ini, malah memperelokkan lagi amalan ini ditambah dengan amalan-amalan yang lain, agar ia bukan satu bentuk turun-temurun yang pandang sekadar ‘baik’ sahaja, malah ia merupakan amalan soleh serta diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wa taa’la. Ini berbalik kepada, setiap amalan itu perlulah diketahui mengapa ia dilakukan. Islam mengajar, setiap amalan itu pasti dengan niat dan tujuan. Niat yang ikhlas dan tujuan mengimarahkan Ramadan dengan sunnah Baginda ﷺ dengan amalan sunat ini ke arah objektif bulan Ramadan itu sendiri yang sudah termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 183; لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ; supaya kita bertaqwa.

Amalan yang diperkatakan sejak awal penulisan ini adalah sebahagian galakan dalam isi khutbah nabi Muhammad ﷺ pada hujung bulan Syaaban bakal memasuki bulan Ramadan, diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, daripada Salman al-Farisi radiallahu a’nhu. Berikut adalah isi-isi penting khutbah:

[NOTA: Untuk membaca teks penuh Khutbah Rasulullah , sila klik di SINI]

0. Ramadan adalah bulan berkat, terdapat satu malam lebih baik daripada seribu bulan. Allah jadikan puasa dalam bulan ini adalah ibadah wajib, dan solat malamnya adalah ibadah sunat.

1. Dalam bulan Ramadan, mendekatkan diri kepada Allah dengan melakasanakan satu amalan sunat, perbandingannya sama seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan-bulan yang lain.

2. Melakukan amalan wajib dalam Ramadan, perbandingannya sama seperti melakukan amalan wajib tujuh puluh kali ganda dalam bulan-bulan lain.

3. Ramadan adalah bulan sabar; sesiapa sabar, ganjarannya syurga.

4. Ramadan adalah bulan diberi keluasan dan ditambahkan rezeki kepada orang-orang beriman.

5. Sesiapa yang memberi orang makan untuk berbuka (iftar) kepada orang berpuasa (saum) walaupun hanya sebijik kurma atau seteguk air biasa atau seteguk susu; Allah memberi ganjaran kepadanya berupa keampuanan dosa-dosa, bebas daripada api neraka, dan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit.

6. Sesiapa yang memberi minum sampai kenyang kepada orang berpuasa; Allah memberi ganjaran kepadanya diberikan minuman daripada telaga nabi di hari Qiamat kelak yang menyebabkan dia tidak haus sehingga masuk ke syurga.

7. Bulan Ramadan, pada permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka.

8. Sesiapa yang meringankan beban hamba sahaya dalam bulan Ramadan; maka Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari neraka.

9. Ada dua perkara yang Allah redha kepada kita iaitu: bersaksi tiada ilah kecuali Allah, dan bermohon keampunan daripadaNya.

10. Ada dua perkara yang kita tidak boleh hindarkan kerana amat memerlukannya iaitu: meminta syurga daripada Allah, dan meminta dihindarkan dari api neraka daripadaNya.

________________________
Selamat Beramal.
Wallahu taa’la a’lam
________________________

Khutbah Rasulullah
Memasuki bulan Suci Ramadan

Ibn Khuzaimah telah meriwayatkan dari Salman radiallahu a’nhu, yang berkata: Rasulullah ﷺ berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda ﷺ bersabda:

«أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيْمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيْضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيْهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيْهِ فَرِيْضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِيْنَ فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيْهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَرَ فِيْهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوْبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكاَنَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ»، قَالُوْا: لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفْطِرُ الصَّائِمَ، فَقَالَ: «يُعْطِي اللهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ، أَوْ شُرْبَةِ مَاءٍ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوْكِهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ، وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: (1) خَصْلَتَيْنِ تُرْضُوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ، (2) وَخَصْلَتَيْنِ لاَ غِنىَ بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ الَّلتَانِ تُرْضُوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ: فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَتَسْتَغْفِرُوْنَهُ، وَأَمَّا الَّلتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا: فَتَسْأَلُوْنَ اللهَ الْجَنَّةَ، وَتَعُوْذُوْنَ بِهِ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ أَشْبَعَ فِيْهِ صَائِمًا سَقَاهُ اللهُ مِنْ حَوْضِيْ شُرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتىَّ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ»

“Wahai manusia, sungguh kalian dinaungi satu bulan yang mulia lagi penuh berkah. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasa di dalamnya sebagai amalan wajib. Shalat malamnya sebagai ibadah sunah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebajikan, maka sebanding dengan orang yang melaksanakan amalan wajib di bulan yang lain. Dan, barangsiapa yang melaksanakan kewajiban di dalamnya, maka hal itu seperti orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajiban di pada bulan lain. Ia adalah bulan sabar, dan sabar itu balasannya adalah surga. Bulan dimana diberikan keluasaan, dan bulan ditambahkannya rizki orang-orang yang beriman. Barangsiapa memberikan makanan kepada seseorang yang shaum untuk berbuka, maka hal itu akan menjadi ampunan bagi dosa-dosanya dan menjadi pembebas dari api neraka, dan ia akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun.

Para sahabat berkata: “Tidak semua kami mempunyai sesuatu untuk memberikan makan orang yang berpuasa.” Nabi ﷺ pun bersabda:

“Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, meski berupa biji kurma atau seteguk air, atau seteguk susu. Bulan ini adalah bulan yang di permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan bagian akhirnya adalah pembebas dari api neraka. Barangsiapa meringankan tugas hamba sahaya di bulan Ramadhan, maka Allah akan mengampuninya dan akan membebaskannya dari api neraka. Ada dua perkara yang akan menjadikan Tuhan kalian ridha, dan dua perkara lagi tidak bisa kalian hindarkan (*bermakna ia amat diperlukan oleh kalian). Dua perkara yang menjadikan Tuhan kalian redha adalah bersaksi, bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan memohon ampunan kepada-Nya. Sedangkan dua perkara yang tidak bisa kalian hindarkan adalah kalian harus meminta surga kepada Allah, dan berlindung kepada-Nya dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa sehingga kenyang, maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari telaga-ku dengan sekali tegukan yang akan menjadikannya tidak dahaga setelah itu, hingga dia masuk surga.”

[Ibn Huzaimah, Shahih Ibn Huzaimah, juz VII, hal. 115]

Janji Kami Sebagai Doktor.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Segala pujian hanya bagi Allah subhanahu wa taa’la, dan daripadaNya segala ilmu kami memohon dan Dia-lah yang mentaqdirkan dan menetapkan rezeki bagi setiap hambaNya.

Daripada kesinambungan saya tentang sumpah seorang doktor, benarlah, sungguh kami memikul ikrar sumpah itu dengan atas kesedaran kami setelah bersedia selama enam tahun sekurang-kurangnya. Secara jujur, saya gemar untuk memegang ikrar janji sebagai seorang doktor muslim di dalam The Oath of a Muslim Doctor. Selari dengan tujuan hidup manusia iaitu utk melengkapkan kehidupan tertumpu kepada U’budiyah, maka Oath ini sangat berkesan kepada saya.

Namun begitu, apa kurangnya Hippocratic Oath (Modern Version), ia juga baik pada dasarnya, kerana secara fitrah, semua amal kerja mesti tertumpu atas niat dan perbuatan yang membawa dan ke arah kebaikan.

Isi-isi penting, ikrar sumpah yang terkandung dalam Hippocratic Oath (Modern Version) seperti berikut :

1. Menghormati kerja sumbangan kajian ilmu saintifik dalam kalangan saintis doktor, dan suka berkongsi ilmu tersebut seperti ilmu yang kita punyai suka untuk beri kepada orang lain.

2. Mengubati penyakit dengan segala prosedur yang diperlukan, dan elak daripada rawatan melebihi had atau kurang memberi rawatan yang sepatutnya.

3. Sentiasa ingat bahawa kemesraan, simpati dan persefahaman boleh didapati dalam seni dunia perubatan dan sains walaupun ia boleh didapati pada pisau bedah pakar bedah ataupun ubat-ubatan pakar farmasi.

4. Tidak berasa malu untuk menyatakan “saya tidak tahu”, dan memerlukan bantuan sahabat lain (doktor) untuk membantu dalam memulihkan pesakit.

5. Menghormati privasi pesakit, kadang-kadang ada masalah yang tidak diberitahu kepada saya kerana risau seolah-olah satu dunia akan tahu.

6. Mesti berhati-hati dalam perihal hidup dan mati. Jika saya menyelamatkan nyawa pesakit, alhamdulillah. Tetapi, di atas tangan saya juga, pesakit boleh meninggal dunia. Tanggungjawab yang sangat “hebat beratnya” ini mestilah dipikul dengan teramatlah rendah diri dan sangat sedar akan kelemahan diri. Oleh itu, usah mengada-ngada ambil peranan malaikat maut atau menyekutukan Allah subhanahu wa taa’la  (seoalah saya yang boleh tentukan pesakit hidup atau mati).

7. Beringat dan janganlah meletakkan “mind set” ‘saya merawat demam atau sel tumor, dan lain-lain’. Tetapi, sepatutnya ‘saya merawat orang yang sakit (pesakit)!’ di mana penyakit pesakit itu ada kebarangkalian boleh menjejaskan ahli keluarga dan orang terdekat dengannya, malah ekonomi pesakit tersebut. Tanggungjawab merawat mesti melibatkan perkara-perkara yang berkait-rapat dan mesti ambil berat seoptimumnya.

8. Akan cuba untuk mencegah penyakit semampu yang boleh. Mencegah itu diutamakan daripada merawat.

9. Mesti beringat, walaupun saya seorang doktor, tetapi saya tetap sebahagian daripada masyarakat, mempunyai kewajipan khas untuk manusia dari segi jasmani, rohani dan minda (akal).

Rujuk: Hippocratic Oath (Modern Version)

Oleh itu, inilah ikrar kami, di mana orang memanggil sebagai “sumpah”, “janji” malah apa pun perkataan seumpama dengannya; Namun disebalik perkataan itu hanya satu iaitu : “Kamu bertanggung jawab memikul kewajipan untuk buat apa yang diikrarkan, melanggarnya adalah suatu yang mesti diadili. Sungguh, pengawasan, saksi dan pengadilan yang terbaik mengatasi segala-galanya adalah Allah subhanahu wa taa’la !”

Wallahu Taa’la A’lam

Sumpah Seorang Doktor.

| Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |
Bahagian : I | II | III | IV | V

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Syahadatain dalam bahasa arab yang bererti dua kalimah syahadah. Apakah yang dimaksudkan sedimikian itu? Ia adalah :

لا إله إلاّ الله و محمد رسول الله

Maksud : “Tiada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.”

Antara kepentingan pengakuan kalimah ini adalah merupakan pintu kepada masuknya ke dalam islam. Sebagai akibatnya, kalimah ini merevolusikan rohani, jasmani dan akal kita, daripada kita terawang-awang atau terikat kepada ciptaanNya kepada fokus hanya padaNya (rabbani), daripada kita terinspirasi dan mengikut telunjuk manusia yang lemah dan serba kekurangan kepada mengikuti nabi yang ditarbiyah khas oleh Allah membimbing ke jalanNya (sunnah Rasulullah ﷺ).

Syahadatain, satu pengakuan dan ikrar bukanlah semata-mata dibibir sahaja. Maka tidak ada satu kebetulan atau “ter”-masuk ke dalam deen ini hanya menyebut dua kalimah syahadah! Justeru itu, tatkala individu itu mengucap syahadatain, maka hendaklah dia mencakupi syarat-syarat berikut:

1. الْعِلْمُ الْمُنَافِي لِلْجَهْلِ
Ilmu menolak kejahilan,

2. اَلْيَقِيْنُ الْمُنَافِي لِلشَّكِّ
Yakin menolak ragu-ragu,

3. الإِخْلاَصُ الْمُنَافِي لِلشِّرْكِ
Ikhlas menolak syirik,

4. اَلصِّدْقُ الْمُنَافِي لِلْكَذِبِ
Benar/jujur menolak bohong/dusta,

5. اَلْمَحَبَّةُ الْمُنَافِيَةُ لِلْبُغْضِ وَالْكَرَاهَةِ
Cinta menolak benci,

6. اَلْقَبُوْلُ الْمُنَافِي لِلرَّد
Terima menolak penolakan, dan

7. الإِنقِيَادُ الْمُنَافِي للاِمْتِنَاعِ وَالتَّرك وَعَدَمِ الْعَمَلِ
Siap melaksanakan menolak abai dan enggan untuk beramal.

Secara ringkasnya, apabila seseorang itu memeluk islam dengan memasuki pintu gerbangnya iaitu syahadatain, individu itu sudah semestinya sedar akan pengetahuannya tentang islam, yakin cara hidup islam, ikhlas bukan kerana dipaksa atau suka-suka, jujur bukanlah ‘lidah bercabang’, mencintai cara hidup islam yang sebenar, menerima islam secara keseluruhannya, serta bersiap untuk beramal dan melaksanakan apa yang disyariatkan dan sebagainya.

Ikrarnya lidah ini menerima islam dengan dua kalimah tersebut, sesungguhnya, Allah subhanahu wa taa’la sebaik-baik saksi kepada pengakuan kita. Lantas dengan beriman wujudnya hari kebangkitan dan kita akan bertemu denganNya. Nah! Apakah ikrar janjimu itu benar-benar ditegakkan di muka bumi? Terimalah pengadilan daripada Raja sekalian alam yang menjadi saksi kepada lidah percakapan janjimu itu di bumi, dan kini Dialah yang mengadilimu!

Mengambil daripada falsafah kepada pengisytiharan islam ini, maka elok diselitkan ke dalam semua bentuk amal kerja kita. Sebagai contoh, dalam dunia perubatan, menjadi seorang doktor. Pelajar perubatan mestilah mengharungi alam belajar sekitar lima ke enam tahun malah lebih daripada itu untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan kedoktoran. Sepanjang proses pembelajaran, segala macam didedahkan bukan setakat perkara yang melibatkan jasad manusia, malah menekankan kepada sifat rohani (psyche) dan akal insan. Sungguh, apakah doktor-doktor ini bermain-main setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus dalam dunia disiplin yang susah dan mencabar ini? Sudah semestinya tidak, bahkan mereka menerima serta mencintai untuk berkhidmat dengan kapasiti pengetahuan dan kemahiran yang telah dan sentiasa dipelajari.

Maka dengan itu, semua doktor mesti melepasi satu ikrar sumpah (oath) setelah tamat pengajian universiti sebagai pintu kepada masuknya ke dunia karier kedoktoran.

The Oath Of A Muslim Physician :
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Praise be to Allah, the Sustainer of His Creation, the All-knowing.
Glory be to Him, the Eternal, the All-Pervading.
O Allah, Thou art the only Healer,
I serve none but Thee, and, as the instrument of Thy Will,
I commit myself to Thee.
I render this Oath in Thy Holy Name and I undertake:

To be the instrument of Thy Will and Mercy, and, in all humbleness, to exercise justice, love and compassion for all Thy Creation;

To extend my hand of service to one and all, to the rich and to the poor, to friend and foe alike, regardless of race, religion or colour;

To hold human life as precious and sacred, and to protect and honour it at all times and under all circumstances in accordance with Thy Law;

To do my utmost to alleviate pain and misery, and to comfort and counsel human beings in sickness and in anxiety; To respect the confidence and guard the secrets of all my patients;

To maintain the dignity of health care, and to honour the teachers, students, and members of my profession;

To strive in the pursuit of knowledge in Thy name for the benefit of mankind, and to uphold human honour and dignity;

To acquire the courage to admit my mistakes, mend my ways and to forgive the wrongs of others;

To be ever-conscious of my duty to Allah and His Messenger (ﷺ), and to follow the precepts of Islam in private and in public.

O Allah grant me the strength, patience and dedication to adhere to this Oath at all times.

Janji-janji ini adalah satu harapan dan impian penulis kepada para doktor muslim. Agar ia diterapi dan diterjemahkan dalam perbuatan seperti janji yang sudah dilafazkan. Allah subhanahu wa taa’la sahaja yang menjadi saksi. Maka usah peduli akan pandangan hasad daripada makhluk ciptaanNya. Penting untuk sentiasa beringat, agar jangan sesekali memungkiri janji. Ingatlah, sifat-sifat pada orang munafiq itu adalah tidak menepati janji, khianat pada apa yang diamanahkan, dan berdusta atas apa yang dikatakan. Mereka menjadikan kalimah-kalimah syahadah atau sumpah-sumpah mereka sebagai perisai untuk tidak diapa-apakan diri mereka yang cenderung dan terjerumus dalam kegelapan. Begitu juga doktor, usahlah menjadikan Oath, Title, jubah putih doktor itu untuk menghalalkan segala bentuk kemungkaran nyata dan senyap, yang akhirnya mencemarkan kesucian falsafah dan amalan perubatan ini.

Wallahu taa’la a’lam.

Rujukan:
1. Syarat-syarat Syahadatain : sumber 1 | sumber 2 | sumber 3 | sumber 4
2. ‘The Oath Of A Doctor’  :*sumber 1 | sumber 2 | sumber 3

< sebelumnya | Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |