Potty training funny ways for dummies err..mummies.. ( Part 1: Dry by day)

 

Sebenarnya saya ada berkongsi sedikit cerita dan pengalaman saya potty train anak sedikit masa lalu di dada FB. Cuma tidaklah dinyatakan tips atau panduan kerana saya pun menggunakan resepi dan tips orang lain dan saya masih belum nampak keberhasilannya. Masa tu, peringkat cuba jaya.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, mengikut panduan Paediatrics Protocols Kementerian Kesihatan Malaysia, normal milestone kanak-kanak untuk sosial skil kanak-kanak antaranya kebolehan menguruskan “fungsi pundi kecing/bladder function” seperti berikut:
2 tahun- dry by day (kering pada waktu siang)
3 tahun – dry by night. (kering pada waktu malam)

Pada pengamatan saya, kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki kerana mereka lebih cepat matang dan bercakap berbanding lelaki. Psikologinya , kanak-kanak lelaki lebih banyak bermain-main berbanding perempuan yang lebih fokus dan “skema”. Ilmu ini saya peroleh semasa kursus keibu bapaan oleh pakar motivasi “Pak Uteh”. Dan ini amat benar kerana sepanjang saya memeriksa kesihatan rutin kanak-kanak di Klinik Kesihatan, memang majoriti milestone kanak-kanak perempuan lebih cepat.

Oleh itu, ibu bapa jangan terlalu membandingkan anak-anak anda dengan anak org lain sehingga anda merasa stress ata menekan kemampuan anak-anak kecuali jika terdapat red flags dalam milestone anak anak spt M CHAT yg tidak normal atau tanda Autsime Spectrum disorder. Topik ni saya cerita lain kali ye.

Berikut adalah tips potty training yg tak seberapa daripada saya yang masih setahun jagung menjadi ibu.

1. Kenal pasti kebolehan anak terutama apabila anak anda sudah boleh bercakap dan memahami arahan.

2. Percaya kepada “kebolehan” anak anda utk menjalani potty training. Memang rasa susah, tapi kalau anda tidak yakin dengan anak anda, selamanya ia akan menjadi susah.

3. Bincang dengan suami dan yang paling baik, buat sama-sama. Rancang timeline dan strategi utk potty train anak anda. Buat dalam suasana yg santai dan seronok.

4. Setelah berbincang, kami pun melakar peta minda dan strategi . Hujung tahun 2016, saya dan suami akan tulis azam 2017 di kertas mahjung dan tampalkan di dinding. Antara azam kami, adalah utk potty train fateh , deadline (March 2017) dan strateginya ( intensive 1 week dan berkala -weekend every 2 weeks)
Tulis simple sahaja. Setiap hari kami tgk azam tu, jadi kami termotivasi utk melaksanakannya.

5. Seperti biasa, perlu explain pada anak apa yang perlu dilakukan dan kenapa dia perlu potty training. Guna bahasa mudah dan seronok. Macam biasa boleh ckp, otromen dan boboboi tak pakai pampers.

6. Untuk ibu bekerja, saya sarankan ambil cuti utk fasa intensif.
Saya bahagikan kepada 2 fasa. Fasa intensif (1 minggu)
Fasa berkala (setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali)

Mulakan dengan peringkat dry by day.
Tak apa, waktu tidur pakai diaper dulu.
Jangan terlalu nak cepat 100% diaper free.
Enjoy your moment.
No rush. Take it easy.

7. Beli underwear yang ada kartun kegemaran anak.

8. Terangkan konsep dan kering menggunakan deria mata, rasa dan perasaan.
Basah – sad, tak best, geli, dirty.
Kering- happy, best, cantik.

Saya terangkan melalui pemahaman deria. Saya gunakan pelbagai deria utk optimumkan pemahaman anak. cth:
Letakkan 2 helai underwear kegemarannya.

Sehelai dalam keadaan kering. Kemudian saya lukis gambar emoticon happy menggunakan kapur di atas lantai.

Sehelai lagi , saya basahkan . Kemudian saya lukis gamabr emoticon menangis .

Jadi dia faham, underwear kering = happy
kalau basah = sad

Lakukan aktiviti ini secara outdoor seperti halaman rumah. Fresh air helps!

9. Belikan potty utk bantu anak anda buang air dengan mudah. Tak perlu yg mahal. Kat kedai Mr DIY pun ada.

10. Jangan biasakan letak potty di tempat selain toilet. Set minda anak, nak kencing , kena pergi toilet. Jangan letak potty kat ruang tamu, dan suruh anak kencing je kat ruang tamu.

11. Kawal emosi ibu. Jangan marah kalau anak accident. Bagi galakan.

12. Puji Puji Puji dan peluk ana jika mereka berjaya kencing di toilet.

13. Boleh gunakan reward “bintang/gambar kegemaran anak” setiap kali anak berjaya. Saya print gambar kereta mainan dan gunting kecil2 dan tampal kertas di dinding. Kalau fateh berjaya, saya tampalkan sehelai gambar kereta sebagai reward.

14. Di hujung intensive training, jangan lupa raikan usaha anak anda dengan token penghargaan. Saya cuma bawa Fateh pergi kedai mainan second hand bundle dan belikan set kereta api Thomas kegemarannya.

15. Diingatkan di sini, jangan expect anak anda berjaya dan terus diaper-free lepas tu.
Intensive training ini hanyalah exposure utk mereka dan meninggalkan “jejak memori ” apakan itu potty training dalam minda mereka.

16. Jangan lupa bagitahu guru taska utk bantu anak dan galakkan mereka kencing di toilet. Tapi jangan terlalu bebankan guru. Kita bekalkan juga diaper. Guru hanya membantu. The main role player adalah ibu bapa.

Target kami , Fateh mesti diaperless sebelum March 2017, tapi tidak kesampaian.
Fateh masih memakai diaper selepas itu kerana saya dan suami kedua-duanya bekerja.
Dan saya pula mula mengalami morning sickness yang teruk apabila disahkan mengandung.
Jadi kami tak dapat pantau fateh sepenuhnya. Hanya sesekali sebulan ,kami dpt train fateh di hujung minggu.

In the end of day, we dont look at the outcome, but we enjoy the process.
Make it fun and playful.

Moga bermanfaat.

Image may contain: text
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Good Bye Botol Susu!

 

Good bye seems to be the hardest words, but not this time around!

Selain mengucapkan selamat tinggal kepada Astro, Celcom, hutang set buku Grolier bulan ini, kami juga mengucapkan satu lagi selamat tinggal kepada botol susu anak bujang saya.

Alhamdulillah, Fateh telah berjaya mengharungi seminggu kem latihan “Good bye botol susu” .

Congratulation my big boy! Your are ummi’s superboy!

Apart of explaining to our child why he needs to cut off the habit at the beginning of the training, dont forget to include “wrap up session” at the end of it.
It symbolizes the triumph and appreciation of his effort.

So I decided to launch “closing ceremony” of “Good Bye Botol Susu” , officiated by my own trainee, Fateh.
Simple indeed, i just asked him to to say out loud “Byee botol susu” or “Fateh suka minum susu cawan” while throwing the bottles into the dustbin – I let him doing this by his own.

I recorded a video and showed to him.
And I could see his broad smile.
I could smell the positive vibrant.

And I am pretty sure, he is proud of himself.
And more important, his self confidence level boost up!

At the end of the day, this is what you aim for your children.
Trust and confidence.
Self resilience.
Patience.

And of course, we went out for special dinner with small cakes and balloon , and with loads of love.

Alhamdulillah, ala kuli hal. This 3 years of child spacing has been wonderful for me to have a beautiful period of one-to-one moment with my first born. It may not be perfect, but I managed to spend memorable time to equip him before the arrival of his new partner-in-crime.

May Allah help us all, my dearest mothers comrade to raise our little caliphs.

#parenting skill polished
#38 going to 39 weeker
#family-planning

Sedikit tips:
1. Pada peringkat awal, terangkan kepada anak mengapa dia perlu berhenti botol susu. Gunakan bahasa mudah dan jelas.
Bagi anak saya,saya terangkan dia sudah 3 tahun dan akan menjadi abang.
Kalau minum botol, gigi cepat rosak.
Dan dia akan ke sekolah Little Caliph tahun depan. Akan belajar membaca dan menghafal quran. Jadi perlu minum susu dalam cawan.
2. Mempergunakan karakter hero kesukaannya dan menyatakan mereka semua tak minum botol susu.
3. Ibu dan ayah perlu bekerjasama untuk menjayakan sebarang training , termasuk potty training and bottle feeding wean off.
4. Hati kena kental. Setiap kali anak merengek, perlu pandai alihkan perhatian. Jangan mudah marah.
5. Beli cawan kesukaannya. Biar dia pilih gambar kartun apa.
6. Create a little bit “trauma experience” untuk membuatkan anak mulai rasa tak nak botol susu lagi. Saya letakkan sesudu kecil bawang kisar ke dalam susunya. 2 Kali buat, terus tak nak dah. 🙂
7. Puji . Puji. Puji anak. Peluk anak bila dia berjaya minum susu dalam cawan.
8. Join anak minum susu dalam cawan. Minum bersama. Kemudian basuhlah cawan bersama-sama.
9. Di akhir training, bagitahu anak, dia sudah berjaya dan anda bangga dengannya. Biar dia buang sendiri botol susu .Buat dia rasa bangga.
10. Sambutlah kejayaannya mengikut kemampuan anda. 🙂

 

21272353_10155128206544858_2657928509709283007_n.jpg

 

Pemergian Seorang Ayah

gambar Ayah dan FatehIni adalah ayahku, Namanya Sarjan Radin Bin Masuning. Gambar ini diambil semasa Hari Raya tahun 2015, di mana ketika itu aku adalah seorang doktor pelatih di Hospital Selayang, tidak dapat bercuti pulang ke kampung, dan keluargaku datang ke Selayang untuk bersama-sama kami dalam menyambut Aidilfitri dengan suasana penat selepas on call.

Beliau merupakan anggota polis berpangkat Sarjan dan ketika itu masih berkhidmat di IPK Johor. Beliau sangat aktif dalam bersukan terutamanya bola sepak, futsal dan badminton. Oleh sebab itu, meskipun pada umur 50-an, susuk tubuh beliau ‘fit’ dan tidak buncit kebiasaan lelaki yang sudah mula berumur dan berumah tangga. Tidak pernah dimasukkan ke hospital kerana sakit. Cuma, sedikit kekurangannya, iaitu seorang aktif merokok.

Beliau kembali ke rahmatullah pada bulan Februari 2016. Cerita pemergian beliau telah di sunting dalam satu berita dalam akhbar Harian Metro ;

Ayah Harian Metro

Perginya insan yang aku “sayangi”, namun tidak pernah terkeluar perkataan itu dari mulutku kepada beliau.

Beliau adalah ayah yang pada mulanya, aku tidak berapa rapat. Namun, beliau menjalankan tanggung jawab sebagai seorang ayah; menyekolahkanku, menghantarku ke sekolah, membiayaiku untuk belajar, memberiku makan dengan kemampuan dan kesungguhan beliau.

Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, aku diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA); ia merupakan sekolah berasrama penuh di Tanjung Agas, Muar, Johor. Maka, bermulalah episod aku berjauhan dengan kedua ibu bapaku, membuatkan aku mengerti sepenuh hatiku, betapa pengorabanan ibu bapaku tidak ternilai. Di sinilah titik permulaan aku mula rapat dengan ayahku.

Bertambah-tambah rapat lagi, apabila aku terbang ke Russia pada 2006 selama 6 tahun mempelajari ilmu perubatan; sehinggalah aku pulang ke Malaysia pada 2012 dan memulakan kehidupan sebagai doktor pelatih pada Disember 2012; ayah lah tempat aku mengadu keluh kesah kepenatan mengharungi kehidupan seorang insan.

Aku tahu, bahawa ayahku sangat gembira apabila mendapat menantu, apatah lagi mendapat cucu pertama beliau, Mohamad Fateh Al Ghazi , pada Mei 2014.

Beliau sanggup berulang alik Skudai (Johor) – Selayang (Selangor), kerana kami memerlukan bantuan, menjaga Fateh, ketika insiden kereta Perodua Viva ku hilang; keberadaan beliau ketika kami susah member nafas lega dan semangat, menyambut perayaan meskipun kami sukar untuk pulang ke Johor disebabkan tugas, dan banyak lagi.

AyahYa, kini beliau sudah tiada; apa yang dikhabarkan dalam berita di atas adalah benar. Jenazah beliau diusung ke Jabatan Forensik Hospital Kluang untuk di bedah siasat punca kematian; ternyata ia adalah serangan jantung. Beliau pergi secara tiba-tiba tanpa meninggalkan pesanan; tinggalnya ahli keluarga yang sentiasa bergantung padanya meskipun sudah besar panjang; meninggalkan tanggung jawab besar kepadaku sebagai abang dan anak sulung untuk mengemudi bahtera keluarga yang masih memerlukan kebergantungannya.

Aku terasa sangat sepi dan sunyi. Beliau lah orang yang aku selalu mengadu banyak hal dan tempat aku meluahkan perasaanku kepada banyak kekacauan. Kini, tempat beliau tiada pengganti, tidak pada isteriku malah tidah pada sesiapa pun. Entah berapa kali aku akan sentiasa kenangkan beliau dan menitiskan air mataku.

Aku berharap kita dapat bertemu di Jannah; di mana agar aku akan selalu memperbaiki diriku dan menjadikan saham akhirat ayahku untuknya mendapat rahmat dan makrifah, membolehkan kita menemui ilahi di syurga sana.

Nota :
Gambar 1 – Arwah ayah, Sarjan Radin Bin Masuning, bersama cucu pertamanya, Mohamad Fateh Al Ghazi.

Gambar 2 – Keratan suntingan akhbar Harian Metro di media sosial, Facebook (FB).

Gambar 3Atas : sijil kematian arwah ayah, sebab kematian : “coronary atherosclerotic disease” = penyakit di mana saluran jantung sempit / tersumbat; Bawah : laporan bedah siasat forensik (post mortem), mendapati 2 saluran jantung, LCA (Left Coronary Artery) dan RCA (Right Coronary Artery) : “Total Occlusion”, bermaksud 100% tersumbat.

al Faqir Abu Fateh, 26.08.2017

Tips untuk mengawal perbelanjaan bil keluarga

Saya sentiasa mencari Jalan utk mencapai financial freedom keluarga melalui pembacaan tentang pengurusan kewangan.
Financial freedom di sini bukan bermaksud nak kaya ya. Tetapi mengoptimumkan kemampuan pendapatan melalui kaedah berjimat, tabungan atau pelaburan.
Apatah lagi, sy dan suami sedang belajar, kami perlu berhati hati berbelanja.

Antara cara yg sedang sy usahakan utk penjimatan bil:

1) menukar telco celcom kpd webe. Unlimited data with lower charge compared to other telco.

2) bertukar drpd astro basic (rm45/month) kpd my free TV. Rm199 sepanjang hidup. Klu astro setahun dah rm540. Padahal langgan siaran basic je dan x tgk hari2.

3) membayar bil menggunakan kredit card utk mendapatkan discount dan point yg boleh redeem.

4) berdisiplin bayar hutang credit card utk cantikkan ccris.

5) cepat2 train fateh utk diaper free dan wean off formula feeding supaya allowance diaper dan susu fateh boleh di transfer utk adik baru.

6) setiap bulan , kami peruntukan setiap kategori perbelanjaan secara tetap.
Duit runcit- plastik ikea(uncang) hijau
Duit mkn luar- plastik merah etc etc.
Jadi Klu duit dlm uncang semakin susut sblm hujung bulan, sendiri mau igt lah ye. Sila berjimat.

 

20842295_10155097871789858_269748450807792536_n.jpg

7) mengoptimumkan penggunaan voucher/kupon tesco/mydin utk perbelanjaan runcit.

8) redeem segala mcm points -air Asia big, petron, maybank card dsb.

9) bawa bekal ke tempat kerja.

10) tutup power point plug elektrik apabila tinggalkan rumah. Ini menjimatkan bil.

11) wujudkan group WhatsApp financial suami isteri utk “reporting” duit yg telah dibelanjakan. Supaya senang trace.

20842085_10155097871854858_6018719671412820810_n.jpg

12) kumpul dan compile kan resit yg boleh claim LHDN.

13) buat folder kewangan terutama yg melibatkan aset, pembelian rumah,tanah, file LHDN, bayaran pendidikan. Mana tau, aset2 besar sebegini boleh claim rebate pada masa akan dtg.

20953566_10155098062169858_3100483740783414791_n.jpg

Oh dlm berjimat,jgn lupa hak2 kpd org yg memerlukan spt infaq dan sedekah. Cuba konsisten setiap bulan walaupun sedikit.

Juga merancang pelaburan jangka pjg seperti rumah atau property.
Hutang pula kena disiplin bayar,kerana itu adalah amanah.
Dan insurance perlindungan utk diri dan keluarga perlu ada.

 

20933844_10155097881914858_7576995830089684436_o.jpg

Inshaallah kami masih belajar lagi utk memperbaiki skill kewangan. Masih bertatih tatih lagi.

Ya Allah,Engkau berkatikan lah setiap rezeki kami.
Cukupkanlah kami dgn keberkatan itu.

 

Contoh bahan rujukan kami dan kursus pengurusan wang yang dihadiri.

20915614_10155097871909858_4154856725263244910_n.jpg

 

20915601_10155098063164858_9194938241351473546_n.jpg