Sebenarnya saya ada berkongsi sedikit cerita dan pengalaman saya potty train anak sedikit masa lalu di dada FB. Cuma tidaklah dinyatakan tips atau panduan kerana saya pun menggunakan resepi dan tips orang lain dan saya masih belum nampak keberhasilannya. Masa tu, peringkat cuba jaya.
Untuk pengetahuan ibu-ibu, mengikut panduan Paediatrics Protocols Kementerian Kesihatan Malaysia, normal milestone kanak-kanak untuk sosial skil kanak-kanak antaranya kebolehan menguruskan “fungsi pundi kecing/bladder function” seperti berikut:
2 tahun- dry by day (kering pada waktu siang)
3 tahun – dry by night. (kering pada waktu malam)
Pada pengamatan saya, kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki kerana mereka lebih cepat matang dan bercakap berbanding lelaki. Psikologinya , kanak-kanak lelaki lebih banyak bermain-main berbanding perempuan yang lebih fokus dan “skema”. Ilmu ini saya peroleh semasa kursus keibu bapaan oleh pakar motivasi “Pak Uteh”. Dan ini amat benar kerana sepanjang saya memeriksa kesihatan rutin kanak-kanak di Klinik Kesihatan, memang majoriti milestone kanak-kanak perempuan lebih cepat.
Oleh itu, ibu bapa jangan terlalu membandingkan anak-anak anda dengan anak org lain sehingga anda merasa stress ata menekan kemampuan anak-anak kecuali jika terdapat red flags dalam milestone anak anak spt M CHAT yg tidak normal atau tanda Autsime Spectrum disorder. Topik ni saya cerita lain kali ye.
Berikut adalah tips potty training yg tak seberapa daripada saya yang masih setahun jagung menjadi ibu.
1. Kenal pasti kebolehan anak terutama apabila anak anda sudah boleh bercakap dan memahami arahan.
2. Percaya kepada “kebolehan” anak anda utk menjalani potty training. Memang rasa susah, tapi kalau anda tidak yakin dengan anak anda, selamanya ia akan menjadi susah.
3. Bincang dengan suami dan yang paling baik, buat sama-sama. Rancang timeline dan strategi utk potty train anak anda. Buat dalam suasana yg santai dan seronok.
4. Setelah berbincang, kami pun melakar peta minda dan strategi . Hujung tahun 2016, saya dan suami akan tulis azam 2017 di kertas mahjung dan tampalkan di dinding. Antara azam kami, adalah utk potty train fateh , deadline (March 2017) dan strateginya ( intensive 1 week dan berkala -weekend every 2 weeks)
Tulis simple sahaja. Setiap hari kami tgk azam tu, jadi kami termotivasi utk melaksanakannya.
5. Seperti biasa, perlu explain pada anak apa yang perlu dilakukan dan kenapa dia perlu potty training. Guna bahasa mudah dan seronok. Macam biasa boleh ckp, otromen dan boboboi tak pakai pampers.
6. Untuk ibu bekerja, saya sarankan ambil cuti utk fasa intensif.
Saya bahagikan kepada 2 fasa. Fasa intensif (1 minggu)
Fasa berkala (setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali)
Mulakan dengan peringkat dry by day.
Tak apa, waktu tidur pakai diaper dulu.
Jangan terlalu nak cepat 100% diaper free.
Enjoy your moment.
No rush. Take it easy.
7. Beli underwear yang ada kartun kegemaran anak.
8. Terangkan konsep dan kering menggunakan deria mata, rasa dan perasaan.
Basah – sad, tak best, geli, dirty.
Kering- happy, best, cantik.
Saya terangkan melalui pemahaman deria. Saya gunakan pelbagai deria utk optimumkan pemahaman anak. cth:
Letakkan 2 helai underwear kegemarannya.
Sehelai dalam keadaan kering. Kemudian saya lukis gambar emoticon happy menggunakan kapur di atas lantai.
Sehelai lagi , saya basahkan . Kemudian saya lukis gamabr emoticon menangis .
Jadi dia faham, underwear kering = happy
kalau basah = sad
Lakukan aktiviti ini secara outdoor seperti halaman rumah. Fresh air helps!
9. Belikan potty utk bantu anak anda buang air dengan mudah. Tak perlu yg mahal. Kat kedai Mr DIY pun ada.
10. Jangan biasakan letak potty di tempat selain toilet. Set minda anak, nak kencing , kena pergi toilet. Jangan letak potty kat ruang tamu, dan suruh anak kencing je kat ruang tamu.
11. Kawal emosi ibu. Jangan marah kalau anak accident. Bagi galakan.
12. Puji Puji Puji dan peluk ana jika mereka berjaya kencing di toilet.
13. Boleh gunakan reward “bintang/gambar kegemaran anak” setiap kali anak berjaya. Saya print gambar kereta mainan dan gunting kecil2 dan tampal kertas di dinding. Kalau fateh berjaya, saya tampalkan sehelai gambar kereta sebagai reward.
14. Di hujung intensive training, jangan lupa raikan usaha anak anda dengan token penghargaan. Saya cuma bawa Fateh pergi kedai mainan second hand bundle dan belikan set kereta api Thomas kegemarannya.
15. Diingatkan di sini, jangan expect anak anda berjaya dan terus diaper-free lepas tu.
Intensive training ini hanyalah exposure utk mereka dan meninggalkan “jejak memori ” apakan itu potty training dalam minda mereka.
16. Jangan lupa bagitahu guru taska utk bantu anak dan galakkan mereka kencing di toilet. Tapi jangan terlalu bebankan guru. Kita bekalkan juga diaper. Guru hanya membantu. The main role player adalah ibu bapa.
Target kami , Fateh mesti diaperless sebelum March 2017, tapi tidak kesampaian.
Fateh masih memakai diaper selepas itu kerana saya dan suami kedua-duanya bekerja.
Dan saya pula mula mengalami morning sickness yang teruk apabila disahkan mengandung.
Jadi kami tak dapat pantau fateh sepenuhnya. Hanya sesekali sebulan ,kami dpt train fateh di hujung minggu.
In the end of day, we dont look at the outcome, but we enjoy the process.
Make it fun and playful.
Moga bermanfaat.