Alasan: “Tidak seperti diri sendiri” Apabila Komited Pada Islam.


Salamun a’laikum to those have ‘faith’ ( i.e Mukminin ) – QS 06:54

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Amnya, lahirnya  bayi, kemudian dibesarkan oleh kedua ibu bapanya sehingga bayi itu daripada tidak berakal kepada faham, waras dan mampu menggunakan kapasiti akalnya dalam melaksanakan tindakan dan sebagainya. Hal ini, bak kata pepatah : “ibu bapa lah yang ‘mencorak’ anak mereka setelah dilahirkan di dunia ini seperti mencorak sehelai kain putih”.

Bahkan, sebenarnya, bukan setakat ibu bapa sahaja yang ‘mencorak’ anak mereka.

Cuba kita fikirkan dengan lebih mendalam pepatah melayu yang menjadikan analogi seorang bayi seperti sehelai kain putih :

Apabila sehelai kain putih  dipertanggung jawabkan untuk dicorakkan, amatlah dititik beratkan mengenai :

1. Bahan untuk mencorak/bahan mewarna   :  cat air, cat minyak, pensel warna, crayon, dan bahan2 pewarna yang dapat mewarna(mencorak) sehelain kain putih itu.

Maka, terpulanglah kepada si Pewarna/Pencorak memilih bahan mewarna bagi tujuan melaksankan tanggung jawab dia.

2. Bahan mewarna ‘tambahan’ : tidak kah kita perasan bahawa bukan sahaja bahan tertentu sahaja yang dapat menjalankan fungsi pencorakan, malah bahan2 seperti air tanah liat, lopak, najis, tanah dll juga mampu menghasilkan fungsi yang sama.

Oleh itu, (daripada point 1+2), terpulanglah kepada masing2 memilih bahan untuk tujuan mewarna 🙂 atau cuba mengelak sedaya-upaya daripada pewarna ‘tambahan’ dimasukkan/terkena pada sehelai kain itu.

3. Faktor persekitaran : kelembapan udara, keterikan cahaya matahari, kebersihan tempat dll juga memainkan peranan penting dalam mencapai hasil kepada pencorakan sehelai kain putih itu.

Mudah saja, bagaimana bayi di-didik dan dibesarkan, seolah2 seperti analogi yang dinyatakan. Allahu taa’la a’lam, mungkin ini lah faktor terbesar yang memberi kesan pada pendidikan bayi :

1. Ibu bapa (sudah tentu! Merupakan fitrah bahawa ibu bapa mula2 mendidik anak2 dan merupakan kesan yang terawal kepada kehidupan mereka).

2. Persekitaran :

    • Kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya (seumpama dengannya).
    • External interest‘ datang kepadanya; hobi, permainan, teknologi, dan sebagainya.
    • External information‘ yang dia dapati; media massa, bahan bacaan, gossip, bahan mengumpat orang ramai dan sebagainya.
    • Dll.

Maka membesarlah dia dengan sedemikian rupa , (mungkin ‘ada-lah’) campur sedikit ‘rebellious stage/phase‘, buat percubaan ‘itu-ini’ kononnya untuk mencari diri sebenar (kerap berlaku semasa remaja), dan akhirnya mengisyhtiharkan dirinya sebagai : “INILAH AKU” / “INILAH AKU YANG SEBENAR” / “AKU ADALAH AKU” / “AKU MENJADI DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ENGKAU TAHU MENGENAI AKU” dan ayat-ayat seumpama dengannya.

Jikalau terdapat seorang insan yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam belajar, dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan didikan sederhana dalam pemahaman Islam (juga mengikuti arus pemahaman tipikal orang-orang Islam di kawasannya), memiliki hobi dan minat seperti orang-orang lain (berhibur, bersukan dan sebagainya), dan (nakal) suka menyakat kawan2nya.

KEMUDIAN, apabila satu masa, selepas dia mempelajari dan memperolehi pengetahuan sahih mengenai Islam yang sebenar, tiba2 perubahan berlaku pada dirinya : (sebagai contoh)

  • Lebih menghormati dan bersantun kepada sahabat handai demi memahami ikatan kasih-sayang dan silaturahim dirinya kepada mereka.
  • Belajar bukan sahaja untuk mencapai impian cita-cita sejak daripada kecil lagi, malah menanamkan niat dan matlamat bagi pembangunan ummah Islam, justeru ingin mencapai/mendapat redha Allah subhanahu wa taa’la. (mardhatillah).
  • Faham batasan2 berhibur, malah mengelakkan diri daripada berhibur melampaui batas . (Pendek kata, berhibur boleh, tapi janganlah melampaui batas dalam syariah dan menyebabkan pembaziran masa lebih kepada berhibur dan sebagainya).
  • Cuba untuk tidak lalai dan menjaga waktu solat wajib 5 waktu sehari semalam. Malah membiasakan diri dalam menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu fajar /  subuh (sunat rawatib).
  • Kefahaman Islam yang sebenar menjadikan neraca dalam kehidupan bagi mengenal dan menapis segala tindak-tanduk jahiliyyah. [ I  hope this point could be our sharing next time, insha Allah ]
  • Dan lain-lain.

Oleh itu, adakah PERUBAHAN DIRI pada insan ini setelah memahami Islam, menunjukkan dia TIDAK SEPERTI DIRI SENDIRI ?

Bagi pendapat saya, insan itu masih seperti dirinya sendiri, cuma menjadi LEBIH BAIK daripada sebelumnya. Apa pendapat kamu?

MENJADI LEBIH BAIK ‘, contoh lain, terdapat 3 orang doktor :

  • 1. Dr. A= Ber-etika dalam pekerjaan dan kepada pesakit + menjaga masa + tidak tinggal solat wajib + bersungguh-sunnguh dalam merawat pesakit.
  • 2. Dr. B = (sama seperti Dr. A)
  • 3. Dr. C = (sama seperti Dr. A) + ber-da’wah + cuba memahamkan orang lain mengenai fikrah / pemikiran Islam yang sebenar + terlibat dalam badan NGO dan sukarela ( sebagai contoh MERCY Malaysia , etc ) + + + + demi mendapat keredhaan, pahala, rahmat dan syurga Allah subhanahu wa taa’la ( mengaut keuntungan dunia dan akhirat ).

Kita dapati, ketiga-tiga doktor Muslim ini adalah doktor yang sangat baik (secara jujur dan realitinya kalau kita dapati seorang doctor seperti Dr. A , memangla sangat2 bersyukur), TETAPI perbuatan/amalan siapa yang terbaik ? Maka yang TERBAIK (dengan kadar yang PALING dia mampu) itu lah sepatutnya perlu diterapkan dalam sanubari setiap orang yang bergelar MUSLIM.

al-Quran al-Karim ada menyatakan :

” Maha Limpah Keberkatan Tuhan yang menguasai ( segala ) kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. ” ( Quran. Surah al-Mulk i.e Tajuk ke 67 : ayat 1-2 )

________________________________________

Oleh itu, :

  • 1. Marilah bersama-sama kita menjadi LEBIH BAIK daripada sebelumnya 🙂 !
  • 2. Sebelum itu, betapa pentingnya memahami Islam yang sebenar itu agar tertegaknya agama Allah subhanahu wa taa’la dalam diri sendiri / individu dahulu, kemudian carilah potensi diri dalam memperbaiki amalan demi Islam ( i.e Allah subhanahu wa taa’la dan Rasul-Nya salallahu a’laihi wa salam khususnya dan ummah Islam secara amnya ).
  • 3. [ Bagi pendapat saya ] Bukankah elok, apabila setiap individu yang beragama Islam itu, benar-benar memahami Islam yang sebenar iaitu ber-a’kidah yang sejahtera (anti-syirik), ibadah-nya yang sahih (faham bahawa daripada sumber Kitab Allah al-Karim dan ajaran Rasullullah salallahu a’laihi wa salam), berpengetahuan luas dll.

Maka, individu-individu Muslim ini sudah tentu faham akan tujuan dan matlamatnya di atas bumi ini, pentingnya persaudaraan dan kesatuan ummah Islam (dan sebagainya), justeru itu pergabungan dan fingsi individu-individu faham ini akan membawa kepada tingkatan-tingakatan menuju kepada negara Islam (sebagai contoh). Sebuah negara Islam itu tiada jika kerajaan Islam tidak diwujudkan. Kerajaan Islam tidak terbentuk jika tiadanya masyarakat Islam. Masayarakat Islam lahir daripada keluarga-keluarga Islam. Keluarga-keluarga Islam ini terdiri daripada individu-individu Muslim.

[ Note : let’s fresh up our mind ] Sebagai contoh, sistem urinari ‘urinary sytem‘, adalah merupakan salah satu sistem yang terbesar dan teramat penting dalam tubuh badan seseorang kerana fungsi-fungsinya yang amat penting, iaitu bukan setakat membuang air kecil sahaja (di mana orang ramai tahu dengan hanya mengalaminya), malah banyak lagi [ Lihat fungsi sistem urinari di sini ]. Daripada organ-organ yang kita nampak dalam sistem ini, tetapi terdapat satu unit yang paling asas sebagai ‘jentera’ kepada berfungsinya sistem ini iaitu : ‘Nephron‘ terletak pada buah pinggang/ ‘kidney‘ (dikenali sebagai ‘Functional Unit of Kidney‘). Rosaknya ‘nephron‘, tidak teraturlah fungsi-fungsi sistem urinari/’urinary system‘ itu lalu memberi kesan buruk, bukan setakat pada sistem itu sahaja, malah kepada sistem-sistem badan yang lain, maka lahirlah ‘signs and syndromes of disease‘ pada tubuh badan menunjukkan orang itu sakit !

Daripada contoh ini, sama juga dengan kita. Jika Islam itu adalah ‘world order‘ diandaikan sebagai tubuh badan. Sudah semestinya sistem-sistemnya adalah Islam. Terkandung negara-negara Islam dan seterusnya. Oleh itu, Functional Unit‘ bagi Islamic world order itu sudah tentu adalah individu2 Muslim (diandaikan sebagai ‘nephron‘).

Oleh demikian itu, saya menyeru diri saya dan kalian, mari ke arah, malah menjadi individu yang faham mengenai Islam, insha Allah, dengan fahamnya tujuan dan matlamat kehidupan di dunia ini, insha Allah kita akan berlumba-lumba untuk menjadi LEBIH BAIK dalam setiap amalan kita.

  • 4. Apabila kita memperkatakan mengenai ‘amalan yang lebih baik‘, bukanlah menyuruh setiap individu Muslim itu membuat amalan2 tambahan (ibadah sunat, bukan bida’h), SEOLAH-OLAH “CARBON COPY OF EACH OTHER”. Alhamdulillah, ibadah2 khusus yang wajib (dan perkara-perkara prinsip), semua kita laksanakan tanpa kurang dan menambah ( bida’h ). Oleh itu, fahamilah umat Islam itu sama dalam perkara-perakara prinsip tetapi berbeza dalam perkara-perkara cabang/furuk .

**Cuba kita perhatikan  keadaan sekeliling kita. Terdapat orang miskin dan kaya. Ada orang cepat menghafal dalam pelajaran, ada orang kena usaha lebih untuk menghafal. Ada orang cepat memahami sesuatu, ada orang kurang. Jikalau terdapat 2 orang lelaki kelihatan normal tubuh badan mereka, keupayaan melakukan kerja keras pada seorang  lebih daripada seorang yang satu lagi. Dan sebagainya.

Maka, janganlah hairan ( lebih-lebih lagi, jangan memandang rendah, riyak dan takbur terhadap Muslim yang lain), amalan-amalan baik setiap individu Muslim itu, kita akan lihat berbeza-beza.

Sebagai contoh, ada orang lebih senang untuk solat sunat rawatib berbanding puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Ada orang rajin membantu dalam membuat kerja-kerja keras untuk orang ramai, tetapi kurang fasih lidahnya dalam berbicara menyampaikan mesej dan peringatan. Ada orang hebat dalam tulisannya dalam membela dan menerangkan Islam yang sebenar tetapi dia tidak mampu menghulurkan bantuan wang dan harta benda kepada harakah / gerakan da’wah / jemaa’h. Dan sebagainya. [ Note : this point should in the other major topic that we should discuss. So far, until here, I hope the point that I would like to share, you would follow and understand it ]


  • 5. Sungguh Allah subhanahu wa taa’la berfirman :

” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya . . . “ ( Quran. Surah al-Baqarah i.e Tajuk ke 2 : ayat 286 ) [ Lihat di sini ]

Fahami firman Allah subhanahu wa taa’la ini. Dan ingatlah ! Meskipun amalan-amalan baik itu merupakan amalan-amalan tambahan demi mengumpul pahala dan mendapat rahmat dan keredhaan Allah subhanahu wa taa’la, adalah merupakan kesan daripada fahamnya peringatan daripada Allah subahanahu wa taa’la ( iaitu ) :

Maka sesiapa yang berat timbangannya ( i.e pahala ) ,( manakala ringan timbangan dosanya). Maka dia di dalam kehidupan yang di redhai ( i.e syurga Allah subhanahu wa ta’ala ). Dan sesiapa yang ringan timbangannya ( i.e pahala ), ( manakala berat timbangan dosanya ). Maka tempat kembalinya adalah ( neraka ) Hawiyyah. Dan tahukah kamu apakah ( neraka ) Hawiyyah itu ? ( Neraka Hawiyyah itu adalah ) Api yang sangat panas. ” ( Quran al-Karim. Surah al-Qaria’h. i.e Tajuk ke 101 : ayat 6-11 )

Ingat ! Janganlah melampaui batas melakukan amalan-amalan tambahan ( sebagai contoh ingin solat malam 1000 rakaat pada 1 malam tanpa tidur kerana suka bersolat dan sayang kepada Allah subhanahu wa taa’la dan lain-lain ), BERSEDERHANALAH dan ISTIQAMAH. Ambil contoh kesederhanaan dalam ibadah-ibadah sunat ini daripada Rasululullah salallahu a’laihi wa salam :

Rasulullah salallahu a’laihi wa salam bersabda ( Hadith daripada Anas bin Malik radiallahu a’nhu ) :

” . . . . Adapun diriku, demi Allah! Aku adalah orang yang paling takut dan paling taqwa kepada-Nya di antara kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka, mengerjakan solat dan juga tidur, serta menikahi wanita. Oleh kerana itu, barangsiapa tidak menyukai sunnahku, dia bukan termasuk golonganku. “ ( Muttafaqun a’laihi-ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim; Hadith dalam Bab Kesederhanaan dalam Ketaatan dalam Kitab Riyadush Solihin karya Imam an-Nawawi. )


  • 6. Allahu taa’la a’lam, kemungkinan ada nasihat-nasihat yang lain yang sama atau seumpama dengannya dan kalian dapat manfaatkan sebagai peringatan diri kalian.

_________________________________

Allahu Taa’la A’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

______________________________

Demi Masa.


~ Hello ~

and

Salamun A’laikum to those have ‘faith’ ( i.e Mukminin ) – QS 06 : 54

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Marilah ! Janganlah kita bermalas-malasan. Jika kita bermalas-malasan, kita akan ketinggalan dalam melakukan perbuatan2 yang baik, amalan2 soleh, atau dalam bahasa Inggeris : ‘ good deeds ‘. Sesungguhnya, sudah tentu setiap perbuatan yang baik itu ada ganjaran pahalanya daripada Tuhan yang Maha Memberi ( al-Wahhab ) subahanahu wa ta’ala.

Jikalau suka  bermalas-malasan, pasti kita akan kekurangan dan terlepas dalam melakukan perbuatan baik dan amalan soleh. Justeru itu, kita akan rugi dalam mengumpul pahala, seperti yang kita tahu, ia merupakan bekalan kita semasa Hari Kebangkitan Manusia selepas setiap insan itu menikmati MAUT ( al-yaumul Qiyamah i.e The Day of Resurrection ).

Sungguh, Allah subhanahu wa ta’ala sudah pun mengingati kita  :

Maka sesiapa yang berat timbangannya ( i.e pahala ) ,( manakala ringan timbangan dosanya). Maka dia di dalam kehidupan yang di redhai ( i.e syurga Allah subhanahu wa ta’ala ). Dan sesiapa yang ringan timbangannya ( i.e pahala ), ( manakala berat timbangan dosanya ). Maka tempat kembalinya adalah ( neraka ) Hawiyyah. Dan tahukah kamu apakah ( neraka ) Hawiyyah itu ? ( Neraka Hawiyyah itu adalah ) Api yang sangat panas. ” ( Quran al-Karim. Surah al-Qaria’h. i.e Tajuk ke 101 : ayat 6-11 )

Tahukah kamu bahwa masa adalah SALAH SATU daripada ciptaan2 Allah a’zza wa jalla ? [ NOTE : Don’t be annoyed with this question, I know you knew it already ! In case to remind you, thank you . ]

Fikirkanlah ! Bumi  berputar di atas paksinya, manakala bulan merupakan satelit semula jadi bumi juga berputar di atas paksinya, berputar mengelilingi bumi pada orbitnya. Begitu juga bumi mengililingi matahari pada orbitnya. Lengkapnya fasa-fasa bulan daripada anak bulan ke satu lagi anak bulan melahirkan ‘Lunar Calender‘ yang digunakan dalam Kalender Tahun Hijrah. Sebaliknya, lengkap satu putaran bumi mengelilingi matahari melahirkan ‘Solar Calender‘ di mana ia digunakan dalam Kalender Tahun Masihi.

Setiap kedudukan matahari di atas kepala kita, daripada terbitnya ia dari timur dan terbenamnya ia dari barat menjadi ilham manusia kepada ukuran masa bagi saat,minit dan jam di mana lengkapnya 24 jam menandakan 1 hari telah berlalu.

Terbit dan terbenamnya matahari itu menjadikan 1 hari itu terbahagi kepada 2 iaitu siang ( day ) dan malam ( night ).

Nah ! Apakah kita tertinggal melakukan perbuatan dan amalan yang mendatangkan keuntungan dunia dan akhirat kerana bermalas-malasan dengan sengaja ?

Oh wahai generasi anak Adam, tahukah kamu bahawa kamu sudah rugi setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun ? Apakah tiada peringatan datang kepadamu ? Ataupun kita sengaja mengabaikan peringatan2 Allah subhanahu wa taa’la ?

Demi masa. ( Manusia kira bahawa dia tahu hal ehwal mengenai masa, penyusunan dan ketetapan masa, walhal Maha Suci Allah subhanahu wa taa’la, Dia yang menciptakan masa, maka Dia yang maha mengetahui berbanding  manusia. ) Sesungguhnya al-Insan ( manusia ) dalam kerugian ( iaini SEMUA jatuh ke dalam neraka ). KECUALI ( orang-orang ) yang beriman ( believers ) serta beramal soleh serta saling berwasiat ( menasihati,berpesan ) dengan al-Haq ( kebenaran ) serta saling berwasiat dengan sabar.” ( Quran al-Karim. Surah al-A’sr. i.e Tajuk ke 103 : Ayat 1-3 )

Apakah tidak jelas lagi ? Atau kita tahu tetapi tidak memahaminya ? Atau kita tahu, sudah cukup faham tetapi tidak melaksanakannya ? Cuba kita beralih kepada soalan yang penting ini : Apakah yang dimaksudkan dengan Iman ? Sudah tentu kita akan menjawab berdasarkan jawapan skema iaitu : ” membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan melakukannya dengan perbuatan. ” Tidak kah kita terperangkap dengan jawapan kita tadi dan tertanya2 adakah kita ini tergolong dalam orang beriman mengikut difinisi tersebut ?

Baiklah. Saya menasihati diri saya dan diri anda. Berhati-hatilah ! Bertaqwa lah ( takut akan Allah subhanahu wa taa’la ) ! Mengapa kita amat perlu berhati-hati ?

1. Saban waktu berselisih ganti. Saat demi saat. Jam demi jam. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Sungguh anak Adam itu menghampiri Maut ( i.e mati ) sebenarnya. Adakah kotak pemikiran kita hanya menyatakan umur sahaja bertambah dan kita semakin tua ? Apabila ‘muda’ itu semakin jauh dan menghampiri ‘tua’, hakikatnya, yang semakin hampir itu adalah MATI ( al-Maut ) dan HARI AKHIRAT ( al-yaumul akhirah ).

2. Janganlah meletakkan ‘azam‘ itu hanya pada setiap tahun baru menjelang. Sungguh membina individu agar menjadi lebih baik itu haruslah berlaku setiap masa. Hari ini kita silap, sudah semestinya kita harus berubah, berazam agar kesilapan tidak akan berulang pada esok harinya. Pemikiran ini ( mind set ) sepatutnya perlu disebatikan dalam pemikiran lebih2 lagi kepada orang-orang yang menjadikan satu tradisi di mana setiap tahun baru perlu dengan azam baru. Malah ada juga yang mengatakan azam tahun lepas masih tidak berjalan, kerana sikap tidak berubah dan berada di takuk yang lama. Apakah perubahan itu perlu pada setiap tahun baru atau pada setiap ketika ? Maka fikirkanlah wahai manusia yang diprogram mindanya ! ( termasuk saya )

3. Orang kata : ” Masa itu emas “. Ya, kita setuju, adapun orang mengatakan : ” Time is money “. Ya, betul juga. Tetapi, tiada kata-kata yang lebih baik melainkan Kalam Allah subhanahu wa taa’la (al-Quran al-Karim) dan kata-kata Muhammad Rasulullah salallahu a’laihi wa salam.

Daripada Ibnu Umar radiallahu a’nhuma katanya : ” Rasulullah salallahu a’laihi wa salam memegang bahuku lalu Baginda bersabda : ” Hendaklah kamu berada dalam dunia seolah-olah kamu berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan ( mengembara ). ” Dan Ibnu U’mar radiallahu a’nhuma berkata : ” Jika kamu berada di waktu petang, maka janganlah kamu menunggu pagi; dan apabila kamu berada di waktu pagi, maka janganlah kamu menunggu petang. Dan gunalah sihat kamu bagi masa sakit kamu; dan dari hidup kamu bagi masa mati kamu. ” ” ( Riwayat al-Bukhari; Hadith ke 40 dalam kitab Hadith 40 karya Imam an-Nawawi ).

4. Berhati-hatilah dengan NIAT kita ? Kenapa ? Kerana, bukan setakat perbuatan baik dan amalan soleh itu hendaklah TEPAT dan BETUL, niat individu itu juga menjadi pokok perhitungan ganjaran pahala daripada Allah subhanahu wa taa’la,

Daripada Umar bin al-khattab radiallahu a’nhu katanya : ” Aku dengar Rasulullah salallahu a’laihi wa salam bersabda : ” Setiap amalan itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya; Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang akan dia memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya; Maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. ” ” ( Muttafaqun a’laihi – dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim; Hadith no.1 dalam Kitab Hadith 40 dan Kitab Riyadush Solihin karya Imam an-Nawawi. )

Pengajaran dan komentar hadith ini senang sahaja untuk di fahami :

  • Setiap amal dan perbuatan itu sudah semestinya dengan niat.
  • Rasulullah salallahu a’laihi wa salam melafazkan hadith ini semasa peristiwa hijrah dari Makkah ke YathribMadinah ), maka situasi itu menjadi satu contoh apa yang di maksudkan Nabi salallahu a’laihi wa salam mengenai NIAT, iaitu seperti berikut :
  1. Ada orang berhijrah dengan niat kerana Allah dan RasulNya. Maka perbuatan hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya. ( Terbaik )
  2. Ada seorang hamba Allah berhijrah dengan niat hendak mengekori seorang wanita yang berhijrah ke Yathrib kerana suka dan teringin mengahwini wanita itu. Maka perbuatan hijrah itu sudah tentu dapat dengan kadar apa yang di niatkannya itu.
  • Dan ingatlah ! NIAT dan LAFAZ adalah 2 perkara yang berbeza. Niat di HATI dan Lafaz di LIDAH atau MULUT.

______________________________

Kesimpulannya :

  • 1. Isilah masa sebanyak-banyaknya dengan perkara yang menguntungkan diri sendiri di dunia dan di akhirat. Itulah yang terbaik.
  • 2. Sebagai contoh, dari perkara yang kecil iaitu, ketika berbual-bual dengan rakan-rakan, berkata-kata dengan perkataan yang baik itu lebih baik daripada berkata-kata kesat ( yang selalu menjadi penyedap perbualan orang masa kini- yare yare~ *sigh* ) ; kepada perkara yang besar iaitu, kerapkanlah diri meyemak al-Quran : tilawah dan memahami terjemahannya serta ber-tadabbur ;  dan sebagainya.
  • 3. Janganlah menunggu masa yang lapang baru teringat mengenai penggunaan masa yang betul.
  • 4. Surah al-A’sr itu sendiri sudah menunjukkan jalan penyelesaian untuk menghindarkan diri daripada kerugian.
  • 5. Dan tidak lupa juga JANGAN BERMALAS-MALASAN !
  • 6. Allahu taa’la a’lam, kemungkinan ada nasihat-nasihat yang lain boleh dimanfaati bagi menggunakan masa lebih efektif disamping beribadah dalam mendapat ganjaran pahala dan redha Allah subhanahu wa taa’la.

[ credit to Hadi Pahmi, MAI, Moscow, Russian Federation ]

______________________________

Allahu taa’la a’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

___________________________