Hello & Salamun A’laikum – QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dalam bulan Ramadan, amalan tradisi yang tidak pernah malap dalam kalangan masyarakat melayu adalah, ketika hampir waktu berbuka, pasti emak kita mengirim juadah yang dimasak ke rumah-rumah jiran, malah emak kita juga menerimanya daripada mereka. Amalan turun-temurun ini adalah satu adat tradisi sejak zaman-berzaman, dan sebagai seorang anak yang melihat ibu yang sungguh-sungguh melakukan itu, terasa ingin meneruskannya kerana dari pandanganku adalah satu amalan yang sangat baik.
Sebenarnya, amalan tradisi itu bukan satu kebiasaan atau adat masyarakat tertentu. Percayalah, ia adalah sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah ﷺ lebih seribu empat ratus tahun lalu. Ya, mungkin kita menganggapnya satu adat, dan kita melakukannya kerana asas amalan masyarakat kaum melayu yang berbudi dan sopan santun. Namun, ketika dahulu, barangkali, sunnah Baginda ﷺ sudah hidup dalam kehidupan masyarakat muslim dahulu kala, diturunkan dari zaman ke zaman, diperlihatkan kepada generasi ke generasi akan datang, lalu diikuti tanpa banyak soal. Maka, akhirnya, tercetak pada mentaliti kita bahawa ia adalah satu amalan tradisi atau adat, maka tidak tahu-menahu pun ia adalah sunnah nabi ﷺ.
Saya berhasrat untuk merungkaikan ketidak tahuan kita akan perkara ini, malah memperelokkan lagi amalan ini ditambah dengan amalan-amalan yang lain, agar ia bukan satu bentuk turun-temurun yang pandang sekadar ‘baik’ sahaja, malah ia merupakan amalan soleh serta diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wa taa’la. Ini berbalik kepada, setiap amalan itu perlulah diketahui mengapa ia dilakukan. Islam mengajar, setiap amalan itu pasti dengan niat dan tujuan. Niat yang ikhlas dan tujuan mengimarahkan Ramadan dengan sunnah Baginda ﷺ dengan amalan sunat ini ke arah objektif bulan Ramadan itu sendiri yang sudah termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 183; لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ; supaya kita bertaqwa.
Amalan yang diperkatakan sejak awal penulisan ini adalah sebahagian galakan dalam isi khutbah nabi Muhammad ﷺ pada hujung bulan Syaaban bakal memasuki bulan Ramadan, diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, daripada Salman al-Farisi radiallahu a’nhu. Berikut adalah isi-isi penting khutbah:
[NOTA: Untuk membaca teks penuh Khutbah Rasulullah ﷺ , sila klik di SINI]
0. Ramadan adalah bulan berkat, terdapat satu malam lebih baik daripada seribu bulan. Allah jadikan puasa dalam bulan ini adalah ibadah wajib, dan solat malamnya adalah ibadah sunat.
1. Dalam bulan Ramadan, mendekatkan diri kepada Allah dengan melakasanakan satu amalan sunat, perbandingannya sama seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan-bulan yang lain.
2. Melakukan amalan wajib dalam Ramadan, perbandingannya sama seperti melakukan amalan wajib tujuh puluh kali ganda dalam bulan-bulan lain.
3. Ramadan adalah bulan sabar; sesiapa sabar, ganjarannya syurga.
4. Ramadan adalah bulan diberi keluasan dan ditambahkan rezeki kepada orang-orang beriman.
5. Sesiapa yang memberi orang makan untuk berbuka (iftar) kepada orang berpuasa (saum) walaupun hanya sebijik kurma atau seteguk air biasa atau seteguk susu; Allah memberi ganjaran kepadanya berupa keampuanan dosa-dosa, bebas daripada api neraka, dan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit.
6. Sesiapa yang memberi minum sampai kenyang kepada orang berpuasa; Allah memberi ganjaran kepadanya diberikan minuman daripada telaga nabi ﷺ di hari Qiamat kelak yang menyebabkan dia tidak haus sehingga masuk ke syurga.
7. Bulan Ramadan, pada permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka.
8. Sesiapa yang meringankan beban hamba sahaya dalam bulan Ramadan; maka Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari neraka.
9. Ada dua perkara yang Allah redha kepada kita iaitu: bersaksi tiada ilah kecuali Allah, dan bermohon keampunan daripadaNya.
10. Ada dua perkara yang kita tidak boleh hindarkan kerana amat memerlukannya iaitu: meminta syurga daripada Allah, dan meminta dihindarkan dari api neraka daripadaNya.
________________________
Selamat Beramal.
Wallahu taa’la a’lam
________________________
Khutbah Rasulullah ﷺ
Memasuki bulan Suci Ramadan
Ibn Khuzaimah telah meriwayatkan dari Salman radiallahu a’nhu, yang berkata: Rasulullah ﷺ berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda ﷺ bersabda:
«أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيْمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيْضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيْهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيْهِ فَرِيْضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِيْنَ فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيْهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَرَ فِيْهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوْبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكاَنَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ»، قَالُوْا: لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفْطِرُ الصَّائِمَ، فَقَالَ: «يُعْطِي اللهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ، أَوْ شُرْبَةِ مَاءٍ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوْكِهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ، وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: (1) خَصْلَتَيْنِ تُرْضُوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ، (2) وَخَصْلَتَيْنِ لاَ غِنىَ بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ الَّلتَانِ تُرْضُوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ: فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَتَسْتَغْفِرُوْنَهُ، وَأَمَّا الَّلتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا: فَتَسْأَلُوْنَ اللهَ الْجَنَّةَ، وَتَعُوْذُوْنَ بِهِ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ أَشْبَعَ فِيْهِ صَائِمًا سَقَاهُ اللهُ مِنْ حَوْضِيْ شُرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتىَّ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ»
“Wahai manusia, sungguh kalian dinaungi satu bulan yang mulia lagi penuh berkah. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasa di dalamnya sebagai amalan wajib. Shalat malamnya sebagai ibadah sunah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebajikan, maka sebanding dengan orang yang melaksanakan amalan wajib di bulan yang lain. Dan, barangsiapa yang melaksanakan kewajiban di dalamnya, maka hal itu seperti orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajiban di pada bulan lain. Ia adalah bulan sabar, dan sabar itu balasannya adalah surga. Bulan dimana diberikan keluasaan, dan bulan ditambahkannya rizki orang-orang yang beriman. Barangsiapa memberikan makanan kepada seseorang yang shaum untuk berbuka, maka hal itu akan menjadi ampunan bagi dosa-dosanya dan menjadi pembebas dari api neraka, dan ia akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun.
Para sahabat berkata: “Tidak semua kami mempunyai sesuatu untuk memberikan makan orang yang berpuasa.” Nabi ﷺ pun bersabda:
“Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, meski berupa biji kurma atau seteguk air, atau seteguk susu. Bulan ini adalah bulan yang di permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan bagian akhirnya adalah pembebas dari api neraka. Barangsiapa meringankan tugas hamba sahaya di bulan Ramadhan, maka Allah akan mengampuninya dan akan membebaskannya dari api neraka. Ada dua perkara yang akan menjadikan Tuhan kalian ridha, dan dua perkara lagi tidak bisa kalian hindarkan (*bermakna ia amat diperlukan oleh kalian). Dua perkara yang menjadikan Tuhan kalian redha adalah bersaksi, bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan memohon ampunan kepada-Nya. Sedangkan dua perkara yang tidak bisa kalian hindarkan adalah kalian harus meminta surga kepada Allah, dan berlindung kepada-Nya dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa sehingga kenyang, maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari telaga-ku dengan sekali tegukan yang akan menjadikannya tidak dahaga setelah itu, hingga dia masuk surga.”
[Ibn Huzaimah, Shahih Ibn Huzaimah, juz VII, hal. 115]