Moscow Halal Expo 2011.

Hello & Salamun A’laikum.
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[Announcement & News]

Once again, the Moscow Halal Expo is back! (was established since 2010).

Moscow Halal Expo 2011, which opens May 26 at the Crocus Expo, will bring together manufacturers of Russia, Malaysia, Indonesia, Iran and Turkey1.

The exhibition will be held on May 26, from 11 am till 7:00 pm, on May, 27 and 28 from 10:00 am to 7:00 pm.

What shall we get by visiting the exhibition?2 🙂

  1. You can learn a lot about the market development of production and trade in halal industry.
  2. You will get acquainted with the companies brands engaged in the production of halal products in Russia and its regions, as well as learn about the companies planning to implement projects related to Islamic finance and investment.
  3. You can establish useful business contacts and connections.
  4. You will be able to learn more and try some dishes in the menu of Moscow halal restaurants.
  5. You will have useful and good time.
  6. You will see the products of national crafts of Muslims in Russia and other countries.
  7. You will get acquainted with new collections in Muslim fashion.

More detail [HERE].


_

Nota Penulis :

Ter-ingat semasa awal2 penulis sampai di-bumi Moscow,Russia Federation ini, di-mana sbg se-org muslim, mmg sangat-lah risau ada-kah senang utk mendapat-kan bahan2 halal di negara ini y bukan negara Islam.

Alhamdulillah, dgn ada-nya pameran halal y di-kelola-kan & di-urus-kan oleh org Islam Russia sendiri merupakan satu usaha y sgt penting bukan shj mem-beritahu apa-kah Halal y di-maksud-kan di-sisi Islam, malah mem-perkenal-kan org ramai khas-nya masyarakat Russia mengenai Islam. Ini merupakan salah satu cara dakwah y boleh dikata-kan ber-kesan.

Memang menarik! Di-jemput hadir~

15 Mei . . Malapetaka Telah Berlaku!

Siri ‘Palestina Jangan Dilupakan’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII

~Hello~
and
Salamun A’laikum to those with the ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Precious, Most Merciful.

[NOTE : Artikel asli adalah sebuah entry yang dimuatkan & ditulis oleh Dr.Hafidzi Mohd Noor, Director of PACE di-dlm blog-nya,Lambaian Islah.]
Untuk membaca wacana asli karangan beliau [KLIK DI SINI]

Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) sedangkan hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari aksi-aksi terror oleh gerombolan bersenjata Yahudi zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampong halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 63 tahun penderitaan itu kini diwarisi oleh tidak kurang dari 5 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 63 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apatheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 63 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Aqsa Syarif Memperingati Ulangtahun Nakbah ke 63 (pada tahun 2011).

Walaubagaimanapun ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini adalah kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Bahkan senario pasca Israel mula dibahas oleh penganalisis konflik Palestin-Israel atas unjuran entiti Israel bakal lenyap dari lanskap politik timur tengah. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah, kini Israel yang digelar sebagai rogue state atau negara penyangak. Situasi yang digambarkan oleh guru Sejarah Barat terunggul Arnold Toynbee mungkin tidak lagi benar.

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Dunia kini mula memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk menyuarakan hak mereka. Perkembangan terkini yang melanda dunia Arab memberi ruang yang amat luas untuk rakyat Arab yang selama ini dipenjara oleh rejim-rejim kukubesi di negara masing-masing untuk menyatakan sokongan terbuka mereka ke atas perjuangan rakyat Palestin. Mereka bukan sahaja bebas menyatakan sokongan bahkan mereka bebas bertindak membantu rakyat Palestin dan mengeluarkan mereka dari penghinaan yang ditimpakan selama ini oleh rejim Zionis yang dilindungi oleh pemimpin-pemimpin Arab. Senario ini amat berbeza apabila Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009. Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi lapangan sasar untuk membunuh rakyat awam yang tidak bersenjata. seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan.

Protes besar-besaran yang dianjurkan di seluruh dunia terutama di kotaraya Eropah dan Amerika Syarikat telah mencetuskan usaha tersusun untuk membantu rakyat Palestin. Seruan untuk memulau dan memboikot Israel diterajui di peringkat global. NGO yang memperjuangkan hak rakyat Palestin mula membentuk jalinan dan meng-koordinasi bantuan di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini akhirnya membuahkan tekad untuk memecahkan tembok kepungan Gaza melalui melalui misi-misi kemanusiaan.

Kemuncak kepada inisiatif misi kemanusiaan ini ialah Freedom Flotilla yang berakhir dengan tragedi Mavi Marmara di perairan antarabangsa. Sekali lagi Israel bertindak biadap dengan membelakangkan undang-undang antarabangsa dengan menyerang kapal Mavi Marmara yang tidak bersenjata dan mengakibatkan 9 orang sukarelawan Turki terbunuh. Rakyat Malaysia turut terkesan dengan tragedi ini kerana Freedom Flotilla turut disertai oleh 12 warga Malaysia termasuk dua dari Aqsa Syarif. Serangan biadap yang jelas merupakan satu pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa telah mendapat bantahan dan kutukan dari masyarakat sivil terutama dari negara-negara Barat. Komuniti antarabangsa yang semakin simpati dengan nasib rakyat Palestin terus menyusun inisiatif bantuan kemanusiaan sehingga dilancarkan pula misi Konvoi Darat (Viva Palestina 5) yang melibatkan lebih dari 200 ambulan dan kenderaan pelbagai guna yang memulakan perjalanan dari London menuju Gaza. Konvoi darat ini juga turut disertai oleh 12 orang sukarelawan Malaysia, di mana 7 mewakili Aqsa Syarif dan 5 dari Viva Palestina Malaysia.

Berbanding siri bantahan yang dianjurkan di negara-negara barat menyokong rakyat palestin dari tahun 2009 hingga 2011, negara-negara Arab terus membisu dan menunjukkan sikap dingin terhadap perjuangan rakyat Palestin. Apabila bantuan datang dari segenap pelosok dunia untuk membantu rakyat Gaza, Mesir terus menutup sempadan masuk ke Gaza dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Rejim Hosni Mubarak tidak mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa supaya sempadan dibuka dan bantuan segera diberikan kepada penduduk Gaza. Sebenarnya Hosni Mubarak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel dan mengikut sahaja telunjuk Amerika Syarikat dan Eropah yang ingin memastikan Gaza terus dijkepung. Bagi Hosni Mubarak, keselamatan Israel paling utama dan pengaruh HAMAS perlu dibanteras. Jika sekatan dilonggarkan kedudukan Israel akan tergugat. Senario ini pastinya akan menggoyahkan kedudukan rejim Mubarak. Lantaran itu Hosni Mubarak terus mengambil sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin dan membiarkan mereka berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk di abad ini. Bukan sahaja Mesir, bahkan seluruh Negara-negara Arab termasuk Jordan, Arab Saudi, dan Negara-negara Teluk terus berdiam diri meskipun mereka boleh menggerakkan pelbagai inisiatif dan sumber untuk membebaskan rakyat Palestin dari kepungan dan kezaliman rejim Zionis. Hakikatnya mereka adalah khadam yang berkhidmat kepada Israel. Mereka diupah oleh Amerika untuk memastikan keselamatan Israel terus terpelihara dari ancaman rakyat Arab. .

Angin perubahan mula bertiup pada awal tahun 2011. Satu demi satu rejim Arab bermula dengan Tunisia ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Revolusi ‘Jasmine’ telah menumbangkan rejim kuku besi Ben Ali di Tunisia. Rakyat Mesir yang mendapat inspirasi dari kebangkitan di Tunisia kemudiannya menumbangkan pula rejim Hosni Mubarak. Kini Libya pula dicengkam oleh pergelutan di antara rakyat dan rejim Muamar Gadafi dan bakal menyaksikan satu lagi negara despot Arab ditumbangkan. Beberapa riak kebangkitan rakyat juga sedang berlaku di Syria, Jordan dan Bahrain. Kebangkitan rakyat Negara-negara Arab ini telah membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan kuku besi diktator Arab dan yang lebih penting lagi memerdekakan mereka dari penghinaan yang ditimpakan oleh rejim-rejim Arab yang melindungi Israel. Selama berpuluh tahun rakyat Arab dan umat Islam dihina oleh pemimpin mereka. Kini mereka mula menghirup udara kebebasan untuk menebus maruah yang tercalar di tanah air mereka dan juga di bumi Palestin.

Sesungguhnya angin perubahan yang berlaku di timur tengah adalah berita paling baik bagi rakyat Palestin sejak 63 tahun tragedi Nakbah. Bahkan ia adalah berita terbaik sejak hampir 100 tahun yang lalu apabila Palestin digadai oleh perutusan rahsia yang terkandung dalam Hussein McMahon Correspondents (1915), konspirasi jahat British dan Peranchis dalam perjanjian rahsia Sykes-Picot (1916) dan di Parlimen British dengan sehelai dokumen keparat bernama Deklarasi Balfour (1917). Siri-siri pengkhianatan dan siasat keji di antara pemimpin Arab yang berkepentingan dan kuasa barat seperti yang diputuskan oleh PBB lewat UNSCOP dan Partition Plan dan resolusi 181 telah memberi lesen kepada zionis untuk merancang siri-siri keganasan ke atas rakyat Palestin yang mencetuskan tragedi Nakbah.

Ketika rencana ini ditulis, Menteri Luar Mesir mengumumkan sempadan Rafah ke Gaza akan dibuka dalam masa yang terdekat dan ia akan terus dibuka bagi menamatkan kepungan israel ke atas Gaza yang sudah melewati lima tahun sejak 2006. Ini disusuli pula dengan persetujuan HAMAS dan FATAH untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai landasan penyatuan rakyat Palestin di dalam membebaskan Palestin dari pendudukan Zionis.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada kerajaan Mesir atas pendirian yang ditunggu sejak sekian lama. Aqsa Syarif juga mengalu-alukan penyatuan HAMAS dan FATAH, satu perkembangan yang mendapat dokongan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat wujudnya satu front rakyat Palestin di dalam menghadapi Zionis Israel. Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Arab yang telah berjuang bersama rakyat Palestin untuk menumbangkan sekatan-sekatan yang menghalang pembebasan bumi Palestin di negara mereka sendiri. Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada semua pejuang hak asasi dan sukarelawan yang tidak pernah gentar berhadapan dengan ancaman Israel untuk membantu membebaskan rakyat Palestin.

Sempena ulangtahun Nakbah yang ke 63 Aqsa Syarif akan memperkuat azam untuk ’MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA”

Dr Hafidzi Mohd Noor
bp Pengerusi
Aqsa Syarif Bhd
15 Mei 2011

Lebih Lihat Kepada Kesan/Hasil/Natijah-nya.

Hello & Salamun A’laikum.
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dlm al-Quran al-Karim, Allah subhanahu wa taa’la ada men-cerita-kan kpd kita ttg nabi Musa a’laihi salam & Firaun.

Allah subhanahu wa taa’la memerintah-kan Musa a’laihi salam agar pergi kpd Firaun; mendekati-nya, ber-dakwah kpd-nya, menawar-kan kpd-nya utk disuci-kan jiwa-nya, & menunjukkan satu jalan hidayah maka dia di-kehendaki takut akan Allah subhanahu wa taa’ala [rujuk Quran(79):15-19].

Firaun itu y merupa-kan satu figure ketika itu se-org y hebat, kuat, mewah, ber-kuasa, malah meng-akui diri-nya sbg tuhan : أَنَاْ رَبُّكُمُ الاٌّعْلَى / “aku tuhan-mu, yang ter-tinggi[rujuk Quran(79):24] ; namun tetap pergi juga Musa a’laihi salam datang kpd-nya sprt apa y di-perintahkn oleh Allah azza wa jalla.

Yes! Pd pandangan kasar kita, memang patut pun Firaun itu menolak seruan Musa a’laihi salam ; awal2 pun dah boleh agak dah.

TETAPI Musa a’laihi salam, ber-usaha dgn tetap pergi!

Ini-lah y men-jadikan satu pengajaran y benar kpd kita! Ini mengajar kita bhw meski-pun se-seuatu itu pd mata kasar-nya nampak mustahil, tetapi ke-barangkalian utk tidak mustahil itu ada ;

Kita dapati Musa a’laihi salam tidak argue dgn Allah subhanahu wa taa’la apabila dtg perintah utk seruan Islam kpd Firaun itu y memang mustahil-lah dia nak terima kalau ikut pandangan kita sejak awal2 lagi ; ini mengajar kita utk ber-sangka baik kpd Allah subhanahu wa taa’la.

Akhir-nya, bukan-lah Firaun itu y menerima Islam, BAHKAN ahli2 sihir-nya sujud & akui al-Haq y di-bawa & di-pertonton-kan (mukjizat/kekuasaan Allah subhanahu wa taa’la) oleh Musa a’laihi salam[rujuk Quran(20):65-70] ; sungguh2 kebatilan itu ter-hapus apabila kebenaran y nyata itu ter-bukti kebenaran-nya. Allahu Akbar!

Perhatikan-lah! Allah subhanahu wa taa’la merahsia-kan kesan dakwah Musa a’laihi salam. Lihat! Meski-pun Firaun menolak, tetapi org lain y menerima Islam, iaitu ahli2 sihir-nya. Subhanallah!

Ini-lah pengajaran y baik utk kita, bukan setakat dlm meng-aplikasi-kan pengajaran itu di dlm medan dakwah, malah mana2 urusan y kita lakukan di atas muka bumi ini.

Drpd kisah tauladan ini, penulis ingin mengingat-kat diri sendiri & sharing kpd pembaca ; apabila melakukan sesuatu perkara y baik atau tidak mendatang-kan kemurkaan Allah subhanahu wa taa’la, lakukan-lah tanpa meng-ambil berat y me-lampau2 ter-hadap kesan , hasil atau natijah-nya.

Ya! se-org medical student cth-nya ; secara logik-nya dia belajar medic 5-6 tahun, graduate & akan men-jadi se-org doktor ; TETAPI hakikat-nya, kita tidak tahu atau tidak pasti benar-kah dia akan men-jadi doktor? hati-nya akan ber-ubah? dia akan lebih ber-minat kpd se-suatu y lain? atau setelah memegang se-gulung ijazah, dia tidak akan menerus-kan profession-nya sbg doktor(hanya nak title shj)?& sebgai-nya.

al-Quran banyak tempat menerang-kan hakikat ini ; Oleh itu, di-sini ter-dapat 2 elemen secara am-nya dlm kita melakukan sesuatu perkara :

  1. Usaha ke arah kesan atau natijah itu, &
  2. Kesan / hasil / natijah.

Kita memang tak tahu apa-kah benar2 kita akan ber-akhir seperti y di-sangka-kan, di-harap-kan & sbg-nya ; kita tahu, itu urusan Allah jalla wa a’la[rujuk Quran (76):30/(08):24/(25):02] , kita tak dpt mengawal-nya. TETAPI, usaha itu adalah satu y di-mana kita boleh control dgn kuasa y kita ada ; maka, tumpu-kan pd usaha itu & ber-tawakal-lah kpd Allah subhanahu wa taa’la di atas usaha kita itu.

Mashallah! ini-lah sifat Islam y ada pd se-org muslim ; Moga2 usaha & ke-taqwa-an se-org muslim itu akan di-perkenan-kan oleh-Nya, Tuhan sekalian a’lam. Ameen.

[Surah at-Talaq(65):02-03]

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً – وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ

حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

makna : “. . .se-siapa yang ber-taqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan bagi-nya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan-nya) – Serta memberi-nya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkakan-nya ; dan se-siapa y ber-tawaqal kepada Allah, maka Allah cukup-lah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguh-nya Allah ber-kuasa melaksana-kan segala urusan-Nya.

Di dlm agama ini ; ad-Deen ini ; selagi kita hidup, kita tidak tahu, apa-kah kesudahan kita nanti. Kita hidup mungkin 60-70 tahun ; awal2 kita ber-semangat, kita hebat dlm memegang & istiqamah(konsisten) dlm cara hidup ini ; TETAPI boleh jadi pd hujung2-nya kita kufur. .kita ingkar. . kita nifaq. . kita lalai. . ter-tutup hati kita. . kita takbur dlm agama. . kita lupa. . kita ‘liberal’ dlm agama. .& mcm2 lagi.

Ini-lah sebenar-nya y ber-laku ; dan contoh2 sejarah dlm ke-rahsia-an ini juga ter-bukti & boleh di-ambil pengajaran. Cth-nya, dulu2 Saddam Hussein itu adalah kawan baik USA, memerintah se-cara kuku besi & kejam di Iraq, TETAPI di akhir2 hayat-nya dia berubah, dia menentang USA ;

Allah. . ! Bagaimana-lah kita ini ; Kena-lah banyak ber-ingat & ber-doa-lah.

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

makna : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah(petunjuk) kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguh-nya Engkau Maha Pemberi.” [Quran(03):08]

Jaga2! Jangan ber-malas-malasan!1|2|3


Kenapa Kita Tak Suka Mati?

Hello & Salamun A’laikum.
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Orang ber-tanya : “Kenapa kita tak suka mati?
Di-jawab : “Sebab kita bina dunia, kemudian kita musnah-kan akhirat. Tidak mungkin kita suka kpd negeri y telah musnah itu.”

Allah~

Kita selalu di-peringat-kan supaya jgn lupa kpd akhirat. Jgn lupa bekalan utk negeri akhirat.

[Surah al-Ana’m(6) : ayat 32]

وَمَا الْحَيَوةُ الدُّنْيَآ إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الاٌّخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

makna : “Dan tiada-lah kehidupan dunia itu selain drpd main2 & senda-gurau sahaja; dan sesungguh-nya negeri ahirat itu lebih baik bagi orang2 y ber-taqwa. Tidak-kah kamu ber-a’kal?”

Dunia ini ada-lah ladang akhirat1. Kita ber-cucuk tanam di dunia. Hasil tuaian-nya di akhirat kelak.
Oleh itu, ber-cucuk tanam-lah dgn tanaman y akan meng-hasil-kan hasil-an y baik2, y cantik2, y akan subur belaka, y akan meng-hasil-kan buah y enak2, y meng-hasil-kan bunga2 y harum & sebagai-nya.

Begitu-lah demikian analogi kpd amal per-buatan & cara kita hidup di dunia ini.
Jangan-lah lupa ke-hidup-an kita bukan-lah di-dunia ini shj.

Kita hidup, kemudian mati, ke alam barzah kita nanti.
Kemudian kita di-bangkit-kan. Hidup kembali kita di satu kehidupan di negeri akhirat.

Allah~

Bagaimana-lah kita ini~ 😥

Sbg cth: kita menuntut ilmu, moga2 ilmu itu di-gunakan utk kebaikan dlm kehidupan, menyuci-kan diri lalu men-jadi salah satu jalan utk di-permudah-kan kita ke syurga , insha Allah;

Jadi, tak payah-lah dgn ilmu itu kita asyik2 nak argue itu-dan-ini, kdg2 boleh timbul-kan pertengkaran, berpecah-belah & sbg-nya ; atau ilmu itu di-tuntut tinggi2 & di-sertakan dgn riya’, ingin di-puji, sombong, takbur dll ; Ini-lah y di-maksudkan dunia itu di-bina, pd masa y sama dia musnah-kan negeri akhirat-nya! ;

Nau’zubillahi min zalik.

[sharing video : Tazkiratul-maut ; mayat itu akan di-ikuti dgn 3 perakara]