Berbahagiakah kita apabila bersama?

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Secara jujurnya, atas kelemahan diri yang daku akui sejak kecil lagi, susah payah sudah merasai dalam mengharungi kehidupan sehinggakan mencari-cari pada siapa ingin aku bergantung sekurang-kurangnya menjadi teman kepada kekeliruan dan kekosongan hidup, tambahan kerana daku kurang di-didik bagaimana dalam mengenal erti hidup ini. Akhirnya, terjalin satu ikatan istimewa sebagai teman rapat.

Pengalaman ini menyedari akan kehadiran mereka seperti bukan sekadar sahabat, bahkan daku menganggap sebagai saudara kandungku. Indah benar dalam persahabatan yang terpaut dari hati ke hati. Kebersamaan sentiasa sudah tentu melakarkan seribu satu corak kehidupan yang dibina bersama.

Apakah yang menyeronokkan apabila kita bersama?
Kita boleh tertawa riang asyik sangat dengan bergurau senda?
Melakukan aktiviti yang mengerah keringat akhirnya menghasilkan kepuasan?
Berbual-bual kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan?

Ya, itulah pada asasnya, ia menggembirakanku pabila bersama kalian,
Terfikir jua adakah semua itu hanya “gembira” tetapi menambahkan lagi kekosongan?
“Kosong” jika tidak bersama-sama kalian tatkala bersendirian,
Hati tidak tertahan peritnya, kebosanan, “tidak tahu nak buat apa”,
Fikiran runsing mula merancang yang macam-maam dan bukan-bukan untuk mengisi kekosongan,

Cubalah renungi dan bermuhasabah dahulu,
Adakah itu membahagiakan hati, akal dan jiwamu?
Apakah gembira bersifat sementara yang dicari atau ketenangan dan kebahagiaan yang hendak diabadikan?
Ya, mereka itu saudara, sahabat, kawan dan teman rapat,
Namun, benar-benarkah terjawab semua persoalan kehidupan semasa kita bersama?

Usahlah didampingi kerana keduniaan semata-mata,
Kita yakini dan imani dunia ada, akhirat juga ada,
Kita, insan punyai hati, akal dan juga jiwa,
Janganlah terlalu hendak memfokuskan atau memberatkan salah satunya,
Berkawan sehingga ke akhir hayat pun tidak salah sebenarnya,
Janganlah bersahabat di dunia, tetapi saling menuding jari di akhirat, ke naraka pula akhirnya,

Isilah semuanya dengan sesuatu yang bermanfaat dan berguna,
Gunakanlah dengan cara terbaik mana pun dan mestilah tidak melanggar syariatNya,
Insha Allah, bahagia bersama-sama dan berkekalan, tidak jemu dan surut itu sudah pastinya.

Ameen.

от души : Raimi Radin.
[Daripada Heart & Soul ]

Memuhasabah talian persahabatan yang dibina.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


[kredit gambar]

Kadang-kadang melihat diri ini; tidaklah hebat persahabatanku seperti orang lain. Mereka bercanda, tertawa girang, bersuka ria. Lantas terlontar kata-kata manis seindah bahasa dari hati-hati mereka, yang bisa dituturkan menerusi tulisan-tulisan di mana sahaja ruang-ruang yang mampu diterjemahkan dan dipaparpkan kepada khalayak bahawa “Indahnya pertalian yang terbina ini!”

Lalu aku terdiam seribu bahasa. Dek mengorek memori-memori lama pahit dan manis bersama sahabat-sahabat, aku cemburu dengan mereka yang meluahkan cinta dan kasih sempurna; maka aku berfikiran panjang. Memuhasabah ikatan yang terbina antara daku dan dia, mereka dan kalian.

Mengapa ya kita bersahabat?
Oh, ternyata kita “satu kepala”,
Oh, ada “chemistry” antara kita,
Oh, tidak disangkakan ada persamaan pada diri kita,
Oh, “itu dan ini”; adakah itu permulaan atau tujuan persahabatan yang terbina?

Terfikir daku merenung jauh,
Mengapa tali persahabatan semakin luluh,
Apakah kelemahan di sebalik semua itu?
Pecah, retak, hancur, punah; apabila difikirkan “apa yang terlah terbina boleh jatuh runtuh”,

Manusia datang dan pergi,
Dahulu banyak persamaan tetapi kini barangkali tidak lagi,
Dahulu kita begitu namun barangkali sekarang kita begini,

Segala pujian hanya bagiNya,

Kini daku pertemukan satu jawaban,
Atas dasar apa persahabatan kita bisa berkekalan,
Dalam menempuh onak kehidupan dunia dan akhirat bersamaan,
Itulah ukhuwah yang bermaksud persaudaraan,

“Saudara” itu kuat pertaliannya,
Bukan terikat kerana ada kepentingannya,
Tetapi berkasih-sayang ada alasannya,
Kita se-“aqidah” dan dari Adam itulah jawabannya,

Saudara itu tidak mementingkan diri sendiri,
Berlapang dada, saling mencintai dan akhlaknya sentiasa berprestasi,
Saling mengutamakan saudara lain daripada diri sendiri,
Begitulah indahnya ukhuwah persaudaraan yang selalu dicari,
Moga-moga berkekalan dan kita ketemu di syurga di akhir hayat nanti.

Ameen.
Uhibbukumu fillah :]

от души : Raimi Radin.
[Daripada Heart & Soul  ]

Apakah seorang muslim itu malas untuk survive?

[Note: artikel asal daripada Heart & Soul]

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Aku terbaca satu soalan dan jawapan (question & answer) yang telah di paparkan di dinding muka buku semalam. Ada seorang bertanyakan soalan kepada ustazah tentang apakah hukum dengan menyebut Ooo. M. Giiii (oh my god).

Yang menarik perhatianku, bukanlah terhadap soalan itu, di mana aku sedia maklum, akhir-akhir ini, apabila orang muda mengekspresikan reaksi mereka kepada sesuatu dengan menyebut “o m g”, terasa berlainan dan begitu kelas lagi dan juga dengan nada yang tersendiri, ehem. Bahkan, aku hanya nak menumpukan jawapan ustazah itu yang penuh dengan maksud tersirat.

Ustazah tidaklah menjawab dengan menyatakan hukum, adakah ia makruh, haram atau sebagainya; malah, ia menyelesaikan dengan penerangan yang ringkas untuk difikirkan kerana masalah ini boleh diselesaikan tanpa meminta bantuan beliau.

Penulisan ini bukanlah aku hendak menumpukan kepada masalah anak muda atau berleluasanya ikutan-ikutan yang glamorous. Tetapi, aku ingin menumpukan kepada masalah tentang diri manusia yang bergelar muslim ini, lebih spesifik kepada individu muslim; di manakah tahap kemampuan dia utk survive di dunia ini.

Berbalik soalan seorang muslim awal tadi; bukan sahaja PERKATAAN god ini adalah berbahasa inggeris, malah ia boleh dijantinakan (genderize) kepada god (tuhan lelaki) dan goddess (tuhan perempuan). Berbeza dengan tuhan yang disebut di dalam bahasa arab iaitu rabb, tidak dijantinakan dengan adanya tuhan perempuan. Baik, letak tepi untuk maksud perkataan; dalam Quran ada menyebut, mafhumnya, “tidakkah dengan mengingati Allah maka hati menjadi tenang?”. Nah, seorang muslim tidakkah kita ini hidup penuh ketuhanan? Bukankah kita sentiasa mencari peluang untuk sentiasa mengingatiNya? Termasuk juga dalam percakapan kita. Jadi, bijakkah kita menyebut penuh kelas dan glamorous yang entah betul ke nak ingat tuhan, atau kita menyebut “ya Allah” atau lebih advance “astaghfirullah” “alhamdulillah” dan lain-lain itu menambahkan fokus dan khusyuknya memperingati tuhan?

Secara jujur, aku berasa risau, kerana soalan seperti ini ditanya kepada yang pakar. Risau dengan adakah seseorang muslim itu tidak dapat memikirkan dan menentukan yang terbaik untuk hidup dan survival dalam perjalanan hidup ‘bermusafir’ di muka bumi sebelum ke destinasi sebenar kita iaitu akhirat nanti?

Agak parah, bahkan sungguh hairan; kita diberi petunjuk yang nyata dengan mudah lagi segera iaitu Quran tetapi tidak menyedarkan diri bahawa itu adalah guide book-nya. Ironinya apabila pandai mengaku dan membaca kitab itu tetapi tidak faham sepatah pun. Lagi tak best; iaitu langsung tidak tadabbur / menghayati isi kitab itu. Lalu bagaimana nak memastikan diri mampu berdikari, menentukan dan mengambil manfaat sekurang-kurangnya suatu itu boleh atau tidak dengan panduan yang telah sedia ada dan sebagainya.

Tidak dapat dielakkan, kadang-kadang sesuatu yang sangat besar nilai dan pentingnya memerlukan pandangan dan komentar pakar. Sebagai contoh, “ustaz/ah, apakah hukum saya di Malaysia ini bersenang-lenang dan damai tidak membuat apa-apa untuk saudara-saudara saya di Syria yang ditindas dan bertumpahan darah mempertahankan haq dan keadilan sana?Apakah perlu saya ke sana mengangkat senjata? . .” Ini juga apa yang diajar oleh Allah subhanahu wa taa’la, mafhumnya, “maka bertanyalah kepada ahlinya (yang punyai pengetahuan) jika kamu tidak mengetahui.”

Individu muslim itu dibentuk dan dididik agar membentuk seorang yang benar-benar terbuktinya muslim dan benar katanya tatkala mengatakan “aku seorang muslim” ; ternyata bukan sekadar tempelan semata-mata pada kad pengenalan, bahawa beragama islam. Dia dibentuk dengan memenuhi sifat-sifat yang penting (sekurang-kurangnya 10 muwassafat tarbiyah), termasuklah luas pengetahuan dan mampu mengurus kehidupan atau berdikari. Dengan erti kata lain, peribadi itu terbentuk untuk memampukan seorang muslim itu survive sebagai individu pada ASASnya sebelum dia perlu survive kepada hidup berumah tangga, bermasyarakat dan seterusnya.

Ingatlah, manusia sangat variasi dari segala macam : fikrah, pengalaman, kefahaman, pengetahuan dan sebagainya. Suatu hari, tatkala kita bersama-sama, bergaul, mengikuti, berinteraksi, bertembung, mempelajari daripada orang lain; atau keadaan yang tidak mengizinkan kerana tiada sesiapa yang boleh dirujuk; akhirnya, kepada diri sendiri dikembalikan untuk diputuskan ini dan itu; ini juga menentukan survival individu muslim itu agar bersusah-payah dan bersungguh-sungguh berada di atas trek yang betul, benar dan membawa kepada redha dan lurus kembali kepada rabbul jalil.

Wallahu a’lam.