Alasan: “Tidak seperti diri sendiri” Apabila Komited Pada Islam.


Salamun a’laikum to those have ‘faith’ ( i.e Mukminin ) – QS 06:54

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Amnya, lahirnya  bayi, kemudian dibesarkan oleh kedua ibu bapanya sehingga bayi itu daripada tidak berakal kepada faham, waras dan mampu menggunakan kapasiti akalnya dalam melaksanakan tindakan dan sebagainya. Hal ini, bak kata pepatah : “ibu bapa lah yang ‘mencorak’ anak mereka setelah dilahirkan di dunia ini seperti mencorak sehelai kain putih”.

Bahkan, sebenarnya, bukan setakat ibu bapa sahaja yang ‘mencorak’ anak mereka.

Cuba kita fikirkan dengan lebih mendalam pepatah melayu yang menjadikan analogi seorang bayi seperti sehelai kain putih :

Apabila sehelai kain putih  dipertanggung jawabkan untuk dicorakkan, amatlah dititik beratkan mengenai :

1. Bahan untuk mencorak/bahan mewarna   :  cat air, cat minyak, pensel warna, crayon, dan bahan2 pewarna yang dapat mewarna(mencorak) sehelain kain putih itu.

Maka, terpulanglah kepada si Pewarna/Pencorak memilih bahan mewarna bagi tujuan melaksankan tanggung jawab dia.

2. Bahan mewarna ‘tambahan’ : tidak kah kita perasan bahawa bukan sahaja bahan tertentu sahaja yang dapat menjalankan fungsi pencorakan, malah bahan2 seperti air tanah liat, lopak, najis, tanah dll juga mampu menghasilkan fungsi yang sama.

Oleh itu, (daripada point 1+2), terpulanglah kepada masing2 memilih bahan untuk tujuan mewarna 🙂 atau cuba mengelak sedaya-upaya daripada pewarna ‘tambahan’ dimasukkan/terkena pada sehelai kain itu.

3. Faktor persekitaran : kelembapan udara, keterikan cahaya matahari, kebersihan tempat dll juga memainkan peranan penting dalam mencapai hasil kepada pencorakan sehelai kain putih itu.

Mudah saja, bagaimana bayi di-didik dan dibesarkan, seolah2 seperti analogi yang dinyatakan. Allahu taa’la a’lam, mungkin ini lah faktor terbesar yang memberi kesan pada pendidikan bayi :

1. Ibu bapa (sudah tentu! Merupakan fitrah bahawa ibu bapa mula2 mendidik anak2 dan merupakan kesan yang terawal kepada kehidupan mereka).

2. Persekitaran :

    • Kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya (seumpama dengannya).
    • External interest‘ datang kepadanya; hobi, permainan, teknologi, dan sebagainya.
    • External information‘ yang dia dapati; media massa, bahan bacaan, gossip, bahan mengumpat orang ramai dan sebagainya.
    • Dll.

Maka membesarlah dia dengan sedemikian rupa , (mungkin ‘ada-lah’) campur sedikit ‘rebellious stage/phase‘, buat percubaan ‘itu-ini’ kononnya untuk mencari diri sebenar (kerap berlaku semasa remaja), dan akhirnya mengisyhtiharkan dirinya sebagai : “INILAH AKU” / “INILAH AKU YANG SEBENAR” / “AKU ADALAH AKU” / “AKU MENJADI DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ENGKAU TAHU MENGENAI AKU” dan ayat-ayat seumpama dengannya.

Jikalau terdapat seorang insan yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam belajar, dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan didikan sederhana dalam pemahaman Islam (juga mengikuti arus pemahaman tipikal orang-orang Islam di kawasannya), memiliki hobi dan minat seperti orang-orang lain (berhibur, bersukan dan sebagainya), dan (nakal) suka menyakat kawan2nya.

KEMUDIAN, apabila satu masa, selepas dia mempelajari dan memperolehi pengetahuan sahih mengenai Islam yang sebenar, tiba2 perubahan berlaku pada dirinya : (sebagai contoh)

  • Lebih menghormati dan bersantun kepada sahabat handai demi memahami ikatan kasih-sayang dan silaturahim dirinya kepada mereka.
  • Belajar bukan sahaja untuk mencapai impian cita-cita sejak daripada kecil lagi, malah menanamkan niat dan matlamat bagi pembangunan ummah Islam, justeru ingin mencapai/mendapat redha Allah subhanahu wa taa’la. (mardhatillah).
  • Faham batasan2 berhibur, malah mengelakkan diri daripada berhibur melampaui batas . (Pendek kata, berhibur boleh, tapi janganlah melampaui batas dalam syariah dan menyebabkan pembaziran masa lebih kepada berhibur dan sebagainya).
  • Cuba untuk tidak lalai dan menjaga waktu solat wajib 5 waktu sehari semalam. Malah membiasakan diri dalam menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu fajar /  subuh (sunat rawatib).
  • Kefahaman Islam yang sebenar menjadikan neraca dalam kehidupan bagi mengenal dan menapis segala tindak-tanduk jahiliyyah. [ I  hope this point could be our sharing next time, insha Allah ]
  • Dan lain-lain.

Oleh itu, adakah PERUBAHAN DIRI pada insan ini setelah memahami Islam, menunjukkan dia TIDAK SEPERTI DIRI SENDIRI ?

Bagi pendapat saya, insan itu masih seperti dirinya sendiri, cuma menjadi LEBIH BAIK daripada sebelumnya. Apa pendapat kamu?

MENJADI LEBIH BAIK ‘, contoh lain, terdapat 3 orang doktor :

  • 1. Dr. A= Ber-etika dalam pekerjaan dan kepada pesakit + menjaga masa + tidak tinggal solat wajib + bersungguh-sunnguh dalam merawat pesakit.
  • 2. Dr. B = (sama seperti Dr. A)
  • 3. Dr. C = (sama seperti Dr. A) + ber-da’wah + cuba memahamkan orang lain mengenai fikrah / pemikiran Islam yang sebenar + terlibat dalam badan NGO dan sukarela ( sebagai contoh MERCY Malaysia , etc ) + + + + demi mendapat keredhaan, pahala, rahmat dan syurga Allah subhanahu wa taa’la ( mengaut keuntungan dunia dan akhirat ).

Kita dapati, ketiga-tiga doktor Muslim ini adalah doktor yang sangat baik (secara jujur dan realitinya kalau kita dapati seorang doctor seperti Dr. A , memangla sangat2 bersyukur), TETAPI perbuatan/amalan siapa yang terbaik ? Maka yang TERBAIK (dengan kadar yang PALING dia mampu) itu lah sepatutnya perlu diterapkan dalam sanubari setiap orang yang bergelar MUSLIM.

al-Quran al-Karim ada menyatakan :

” Maha Limpah Keberkatan Tuhan yang menguasai ( segala ) kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. ” ( Quran. Surah al-Mulk i.e Tajuk ke 67 : ayat 1-2 )

________________________________________

Oleh itu, :

  • 1. Marilah bersama-sama kita menjadi LEBIH BAIK daripada sebelumnya 🙂 !
  • 2. Sebelum itu, betapa pentingnya memahami Islam yang sebenar itu agar tertegaknya agama Allah subhanahu wa taa’la dalam diri sendiri / individu dahulu, kemudian carilah potensi diri dalam memperbaiki amalan demi Islam ( i.e Allah subhanahu wa taa’la dan Rasul-Nya salallahu a’laihi wa salam khususnya dan ummah Islam secara amnya ).
  • 3. [ Bagi pendapat saya ] Bukankah elok, apabila setiap individu yang beragama Islam itu, benar-benar memahami Islam yang sebenar iaitu ber-a’kidah yang sejahtera (anti-syirik), ibadah-nya yang sahih (faham bahawa daripada sumber Kitab Allah al-Karim dan ajaran Rasullullah salallahu a’laihi wa salam), berpengetahuan luas dll.

Maka, individu-individu Muslim ini sudah tentu faham akan tujuan dan matlamatnya di atas bumi ini, pentingnya persaudaraan dan kesatuan ummah Islam (dan sebagainya), justeru itu pergabungan dan fingsi individu-individu faham ini akan membawa kepada tingkatan-tingakatan menuju kepada negara Islam (sebagai contoh). Sebuah negara Islam itu tiada jika kerajaan Islam tidak diwujudkan. Kerajaan Islam tidak terbentuk jika tiadanya masyarakat Islam. Masayarakat Islam lahir daripada keluarga-keluarga Islam. Keluarga-keluarga Islam ini terdiri daripada individu-individu Muslim.

[ Note : let’s fresh up our mind ] Sebagai contoh, sistem urinari ‘urinary sytem‘, adalah merupakan salah satu sistem yang terbesar dan teramat penting dalam tubuh badan seseorang kerana fungsi-fungsinya yang amat penting, iaitu bukan setakat membuang air kecil sahaja (di mana orang ramai tahu dengan hanya mengalaminya), malah banyak lagi [ Lihat fungsi sistem urinari di sini ]. Daripada organ-organ yang kita nampak dalam sistem ini, tetapi terdapat satu unit yang paling asas sebagai ‘jentera’ kepada berfungsinya sistem ini iaitu : ‘Nephron‘ terletak pada buah pinggang/ ‘kidney‘ (dikenali sebagai ‘Functional Unit of Kidney‘). Rosaknya ‘nephron‘, tidak teraturlah fungsi-fungsi sistem urinari/’urinary system‘ itu lalu memberi kesan buruk, bukan setakat pada sistem itu sahaja, malah kepada sistem-sistem badan yang lain, maka lahirlah ‘signs and syndromes of disease‘ pada tubuh badan menunjukkan orang itu sakit !

Daripada contoh ini, sama juga dengan kita. Jika Islam itu adalah ‘world order‘ diandaikan sebagai tubuh badan. Sudah semestinya sistem-sistemnya adalah Islam. Terkandung negara-negara Islam dan seterusnya. Oleh itu, Functional Unit‘ bagi Islamic world order itu sudah tentu adalah individu2 Muslim (diandaikan sebagai ‘nephron‘).

Oleh demikian itu, saya menyeru diri saya dan kalian, mari ke arah, malah menjadi individu yang faham mengenai Islam, insha Allah, dengan fahamnya tujuan dan matlamat kehidupan di dunia ini, insha Allah kita akan berlumba-lumba untuk menjadi LEBIH BAIK dalam setiap amalan kita.

  • 4. Apabila kita memperkatakan mengenai ‘amalan yang lebih baik‘, bukanlah menyuruh setiap individu Muslim itu membuat amalan2 tambahan (ibadah sunat, bukan bida’h), SEOLAH-OLAH “CARBON COPY OF EACH OTHER”. Alhamdulillah, ibadah2 khusus yang wajib (dan perkara-perkara prinsip), semua kita laksanakan tanpa kurang dan menambah ( bida’h ). Oleh itu, fahamilah umat Islam itu sama dalam perkara-perakara prinsip tetapi berbeza dalam perkara-perkara cabang/furuk .

**Cuba kita perhatikan  keadaan sekeliling kita. Terdapat orang miskin dan kaya. Ada orang cepat menghafal dalam pelajaran, ada orang kena usaha lebih untuk menghafal. Ada orang cepat memahami sesuatu, ada orang kurang. Jikalau terdapat 2 orang lelaki kelihatan normal tubuh badan mereka, keupayaan melakukan kerja keras pada seorang  lebih daripada seorang yang satu lagi. Dan sebagainya.

Maka, janganlah hairan ( lebih-lebih lagi, jangan memandang rendah, riyak dan takbur terhadap Muslim yang lain), amalan-amalan baik setiap individu Muslim itu, kita akan lihat berbeza-beza.

Sebagai contoh, ada orang lebih senang untuk solat sunat rawatib berbanding puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Ada orang rajin membantu dalam membuat kerja-kerja keras untuk orang ramai, tetapi kurang fasih lidahnya dalam berbicara menyampaikan mesej dan peringatan. Ada orang hebat dalam tulisannya dalam membela dan menerangkan Islam yang sebenar tetapi dia tidak mampu menghulurkan bantuan wang dan harta benda kepada harakah / gerakan da’wah / jemaa’h. Dan sebagainya. [ Note : this point should in the other major topic that we should discuss. So far, until here, I hope the point that I would like to share, you would follow and understand it ]


  • 5. Sungguh Allah subhanahu wa taa’la berfirman :

” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya . . . “ ( Quran. Surah al-Baqarah i.e Tajuk ke 2 : ayat 286 ) [ Lihat di sini ]

Fahami firman Allah subhanahu wa taa’la ini. Dan ingatlah ! Meskipun amalan-amalan baik itu merupakan amalan-amalan tambahan demi mengumpul pahala dan mendapat rahmat dan keredhaan Allah subhanahu wa taa’la, adalah merupakan kesan daripada fahamnya peringatan daripada Allah subahanahu wa taa’la ( iaitu ) :

Maka sesiapa yang berat timbangannya ( i.e pahala ) ,( manakala ringan timbangan dosanya). Maka dia di dalam kehidupan yang di redhai ( i.e syurga Allah subhanahu wa ta’ala ). Dan sesiapa yang ringan timbangannya ( i.e pahala ), ( manakala berat timbangan dosanya ). Maka tempat kembalinya adalah ( neraka ) Hawiyyah. Dan tahukah kamu apakah ( neraka ) Hawiyyah itu ? ( Neraka Hawiyyah itu adalah ) Api yang sangat panas. ” ( Quran al-Karim. Surah al-Qaria’h. i.e Tajuk ke 101 : ayat 6-11 )

Ingat ! Janganlah melampaui batas melakukan amalan-amalan tambahan ( sebagai contoh ingin solat malam 1000 rakaat pada 1 malam tanpa tidur kerana suka bersolat dan sayang kepada Allah subhanahu wa taa’la dan lain-lain ), BERSEDERHANALAH dan ISTIQAMAH. Ambil contoh kesederhanaan dalam ibadah-ibadah sunat ini daripada Rasululullah salallahu a’laihi wa salam :

Rasulullah salallahu a’laihi wa salam bersabda ( Hadith daripada Anas bin Malik radiallahu a’nhu ) :

” . . . . Adapun diriku, demi Allah! Aku adalah orang yang paling takut dan paling taqwa kepada-Nya di antara kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka, mengerjakan solat dan juga tidur, serta menikahi wanita. Oleh kerana itu, barangsiapa tidak menyukai sunnahku, dia bukan termasuk golonganku. “ ( Muttafaqun a’laihi-ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim; Hadith dalam Bab Kesederhanaan dalam Ketaatan dalam Kitab Riyadush Solihin karya Imam an-Nawawi. )


  • 6. Allahu taa’la a’lam, kemungkinan ada nasihat-nasihat yang lain yang sama atau seumpama dengannya dan kalian dapat manfaatkan sebagai peringatan diri kalian.

_________________________________

Allahu Taa’la A’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

______________________________

7 thoughts on “Alasan: “Tidak seperti diri sendiri” Apabila Komited Pada Islam.

  1. salam..
    hmm..mnarik..
    ajak mnsia mnjd lbh baik..
    sikit2 mngubah diri mndekati PenciptaNya dan mngamalkan islam yg sebenarnye..
    jazakallah utk pkongsian ini..
    bg sikit sbnyk tmprn pd diri..
    istiqamah xmudah tapi bukan mustahil..
    juz nk tegur ksilapan di bhgian kesimpulan post ni..
    point ke4..
    puase sunat isnin dan khamis.bkn jumaat..
    walhualam..=)

  2. salam.

    yerp, saya selalu jumpa orang cakap “at least, kita tak hipokrit”.
    Memang tak hipokrit, tapi tak salah ‘hipokrit’ untuk jadi yang lebih baik kan..
    This is what my senior said to me while in school.
    And I do agree with her.

    this line below,

    fahamilah UmmahIslam itu sama dalam perkara-perakara prinsip tetapi berbeza dalam perkara-perkara cabang / furuk .

    erm , boleh bagi contoh lagi..

    • wasalam warahmatullahi wabarakatuh ,

      ” . . . . sama dalam perkara2 prinsip tetapi berbeza dalam perkara2 cabang . . ”

      dengan erti kata :

      1) Perkara2 prinsip adalah perkara yang tidak perlu diragui, mesti atas dasar keyakinan, wajib di patuhi and etc; Sebagai contoh tergolong dalam point ini adalah bab A’kidah; tidak ada seorang pun boleh berbeza pendapat mengenai perkara yang syrik di mana ia terang dan nyata dan sebagainya; Bab Ibadah; tidak ada seorang pun boleh berbeza pendapat bahawa solat wajib itu 5 waktu sehari semalam kerana terkandungnya nas-nas yang sahih lagi nyata; dan sebagainya.

      2) Perkara2 yang cabang / furuk adalah perkara di mana perkara2 yang boleh adanya berbeza pendapat asalkan tidak melanggar nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah; Contoh ( yang paling ketara ) tergolong dalam point ini adalah dalam bab Mua’malah ( bermaksud amalan2 seharian dan seumpama dengannya ); Sebagai contoh, berkaitan dengan muzik, ia tidaklah haram tetapi banyaknya pendapat dalam perbincangan, alat muzik mana yang boleh dan tidak boleh, dan sebgainya;

      Allahu Taa’la A’lam.
      Allah subhanahu wa taa’la knows better.

Leave a comment