Our Missions.


Salamun A’laikum to those have ‘faith’ ( i.e Mukmins ) – QS 06 : 54

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Rib i’ bin A’mir.

Beliau ialah seorang Muslim, yang barang kali tidak ramai mengenalinya. Beliau bukanlah salah seorang sahabat Rasulullah salallahu alaihi wa salam, bahkan beliau  hidup semasa pemerintahan Amirul Mukminin Umar al-Khattab radiallahu a’nhu. Beliau dilantik menjadi wakil kepada tentera Muslim berjumpa dengan jeneral Parsi yang terkenal dalam sejarah, iaitu Rostam, dalam menyampaikan mesej tujuan kedatangan para mujahidin ke bumi Parsi. Jawapan Rib i’  kepada Rostam :

” Allah subhanahu wa taa’la yang menghantar kami ke sini !

Untuk MENGELUARKAN sesiapa yang Dia kehendaki !

Daripada mengadikan diri sesama hamba, makhluk, kepada hanya menghambakan diri kepada Allah subhanahu wa taa’la !

Daripada kekejaman agama, kepada keadilan Islam !

Daripada dunia yang sempit di mana manusia bertungkus-lumus bertarung kerananya, kepada keluasan dunia dan akhirat untuk melihat satu pandangan kehidupan yang luas ! “

Rib i’ hanya seorang Muslim yang pada kaca mata manusia mungkin melihatnya seperti orang biasa, namun, hanya berdasarkan pegangan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah Muhammad salallahu a’laihi wa salam, beliau benar-benar faham peranan sebagai seorang Muslim dan dapat menyimpulkan mesej, misi Islam dengan baik.

Nah ! Ambillah kata-kata beliau sebagai salah satu contoh dalam menjalankan tanggunggajawab kita sebagai Muslim. [ Nota : Adakah anda tahu tanggung jawab anda ? Sebelum itu, adakah anda tahu mengapa anda di jadikan ? ]

Sila cek website ini : [ klik di sini ]  🙂

_____________________________

Allahu Taa’la A’lam.

Allah subhanahu wa taa’la knows best.

_____________________________


3 thoughts on “Our Missions.

  1. Good one.But at first place, i’m not sure if i pronounce his name right..people behind name, the fight behind the name, yea..i want to remember his name..again..rib.e ?

    • yes….how you pronounce his name is correct..but for your information the last word ‘e’ in arabic would be ‘ain’…

      ha….good to hear if you want to remember him, but i hope you would remember his words too…

Leave a comment